Wednesday, March 11, 2009

MELAYU ITU AKAN PUPUS - RAJA DR. NAZRIN SHAH


Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..

“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”

Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.

Sepertimana yang kita ketahui, Bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang bertamadun adalah dengan Agama Islam. Bahkan ia ditambah lagi dengan pengayaan Bahasa Melayu yang sangat intim dengan Bahasa Arab yang menjadi bahasa sumber Islam iaitu al Quran dan Sunnah. Pembelajaran al Quran dan Sunnah diterjemahkan dan dipraktikkan oleh Bangsa Melayu yang beragama Islam.

Begitu juga budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam sendiri, seperti dari sudut pemakaian, ketaatan dan sebagainya. Tetapi, hari ini, Bangsa Melayu dilihat semakin pupus kerana penolakan mereka terhadap Islam yang membentuk mereka menjadi sebuah bangsa yang betamadun.

Bangsa-bangsa di seluruh dunia itu menjadi mulia kerana Islam. Bukan kerana nama bangsa tersebut. Apakah yang terjadi sekiranya bangsa tersebut menolak Islam? Lihatlah, sejarah Negara Arab, bangsa Arab mulia kerana Islam. Sekiranya hari ini mereka menolak Islam, merekalah orang paling hina.

Begitu juga negara barat yang dilihat sebagai bangsa yang mulia, sedangkan mereka dimuliakan oleh manusia yang buta. Mana mungkin kepercayaan tiadanya Allah SWT adalah satu perkara yang mulia. Zina yang berleluasa juga, adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada mereka. Tetapi, di manakah Melayu hari ini?

Melayu akan menjadi satu bangsa yang hina sekiranya mereka menolak Islam. Bangsa Melayu akan pupus sekiranya mereka terus memuliakan barat. Hakikat hari ini, pemBARATan Melayu semakin berleluasa dan seorang Bapa Melayu dan Ibu Melayu berkemungkinan bercita-cita untuk melahirkan Anak Orang Putih!

Ingatlah, di antara tanda kesudahan alam (Kiamat) ialah orang kafir akan menjadi ikutan dan tauladan, walaupun mereka masuk ke lubang cacing sekalipun. Trend hari ini sudah pun diBARATkan oleh media massa, dan anak-anak Melayu berlumba-lumba mem”pelat”kan lidah masing-masing kononnya mereka berbahasa Inggeris.

Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :

“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau

bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

60 BILLION : IKAN YANG DIUMPAN DENGAN AYAM?


Isu 60 Billion ini menjadi hangat apabila Najib membuat kejutan di sidang parlimen semalam. Pimpinan PKR dan termasuk saya sendiri, terkejut dengan kejutan yang dibuat. Sejauh manakah kebenaran dan hakikat 60 billion ini hanya Allah sahaja yang tahu. Timbul juga persoalan di kalangan pembaca, dari manakah Najib boleh memperolehi 60 billion ini?

Sejauh manakah persoalannya akan terjawab dalam masa yang terdekat. Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk meraih pengaruh rakyat untuk menaikkannya sebagai PM? Saya tidak berniat untuk memfitnah sesiapa, tetapi, apa yang dikhuatiri, 60 billion itu seperti umpan (rapala) yang diletakkan di dalam tasik untuk memancing ikan-ikan.

Umpan yang diletak kali ini, sangat menarik. Apakah tujuan di sebaliknya? Saya khuatir bahawa beliau (Najib) hanya meraih pengaruh untuk mendapat sokongan semua pihak bagi kenaikannya sebagai PM. Namun, siapa tahu?. Allah lebih mengetahui. Saya bukan menuduh, tetapi sekadar melontarkan persoalan untuk dijawab oleh semua.

Ramai yang boleh mempertikaikan artikel ini, dengan mengatakan bahawa, bukankah 60 billion itu dibentangkan di dalam parlimen, takkanlah ia hanya “mainan”? Saya menjawab, “Pernah tak anda melihat seseorang memancing dengan berumpankan seekor ayam?”. Sekiranya kita adalah sang ikan, kita akan mempercayainya dengan mengatakan “Takkanlah pemancing sanggup mengorbankan seekor ayam untuk dijadikan umpan?”

Tetapi, apakah hakikatnya? Si pemancing lebih berpuas hati sekiranya dapat menaikkan seekor Ikan Toman, walaupun terpaksa mengorbankan seekor lembu pun untuk dijadikan umpan. Fikirkan analogi ini. Namun, saya tidak memfitnah sesiapa, tetapi sekadar mengajak semua supaya berfikir dan memerhatikan dengan teliti.

Hakikatnya, ketelusan di dalam pengurusan wang, itulah yang paling penting. Tidak mahu terdapat di sana kroni, rasuah dan sebagainya. Berjaga-jagalah dengan taktik Najib, kemungkinan ia hanyalah gimik, atau dia sendiri hendak merasuah semua rakyat Malaysia? Fikirkan dengan teliti, jangan mudah terpengaruh dengan umpan.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Tuesday, March 10, 2009

KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?


Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.

Pertama : Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua : Aurat itu perlu di sembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?

Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.

Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.

Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga.

Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

Kesimpulan

Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!

Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

SI ZALIM YANG DILAKNAT



Allah SWT berfirman

Dan siapakah yang lebih zaim daripada orang yang mengada-ngadakan suatu pembohongan terhadap Allah? Mereka ini akan dihadapkan kepada Tuhan mereka (yang mereka bohongi), dan para saksi akan berkata, “orang-orang inilah yang telah berbohong terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, laknat Allah terhadap orang yang zalim. (iaitu) mereka yang menghalang dari jalan Allah, dan mengingini agar jalan tersebut bengkok, dan mereka itulah orang yang tidak percaya kewujudan Hari Akhirat (Surah Hud : 18-19)

Di dalam dua ayat al Quran ini, mengandungi banyak perkara yang perlu diperhatikan, dan ia jelas menunjukkan bahawa segala situasi tersebut berada di hadapan mata kita. Namun, masih ramai yang tidak menyedari, bahkan menuduh al Quran sebagai sesuatu yang kolot.

Pertama

Mahkamah Allah SWT yang diadili dengan penuh keadilan dan Allah tidak menzalimi sesiapapun, melainkan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. Orang yang ketika di dunia melakukan pembohongan terhadap Allah SWT, samada dengan menafikan kewujudan Allah SWT, menolak syariat Allah dan sebagainya. Mereka yang menafikan kewujudan Allah SWT seperti mereka yang langsung tidak mempercayai bahawa Allah SWT mampu untuk membalas segala kejahatan yang dilakukan. Mereka menyangka penghinaan mereka terhadap al Quran adalah satu perkara biasa, dan tidak mengganggu gugat kedudukan mereka.

Ketika golongan ini diadili di mahkamah Allah SWT, jutaan saksi yang didatangkan, tiada seorang pun yang dirasuah, dipolitikkan dan sebagainya sepertimana yang mereka mampu lakukan di dunia ini. Mereka dihadapkan terus di hadapan Tuhan yang ketika di dunia dahulu menjadi bahan ejekan dan penghinaan mereka.

Sekiranya di dunia, manusia yang menderhakai raja atau sultan sudah dianggap satu perbuatan yang terkutuk, tetapi, mereka dengan mudah menderhakai Allah setiap saat dan ketika. Mereka tidak merasakan bahawa kezaliman yang mereka lakukan itu, akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Di mahkamah inilah mereka diadili dengan kesalahan mereka disaksikan oleh semua makhluk Allah, termasuk mulut mereka yang memberi arahan, tangan mereka yang mengatur rancangan jahat dan sebagainya.

Di dunia juga, sesiapa sahaja boleh mempolitikkan kes, dengan mengada-ngadakan sebuah kes untuk menzalimi seseorang. Bahkan saksi-saksi palsu yang didatangkan oleh orang yang zalim ini dirasuah, semata-mata untuk menjatuhkan seseorang. Tetapi di mahkamah Allah nanti, semua rakyat akan menjadi saksi terhadap semua kezaliman dan penganiyaan tersebut. Bahkan tiada seorang pun yang dirasuah, atau dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan.

Kedua

Perkara kedua yang disebut oleh Allah SWT, adalah susulan dari perkara sebelumnya. Allah SWT menerangkan pula ciri-ciri orang yang zalim yang dimaksudkan. Di dalam ayat ini, digariskan sebanyak tiga ciri-ciri orang zalim yang mendapat laknat Allah SWT.

Pertama : Menghalang Jalan Allah

Jalan Allah SWT ialah jalan lurus yang menuju kebenaran. Kebenaran yang hakiki ialah pelaksanaan al Quran dan as Sunnah, menegakkan keadilan di muka bumi berlandaskan kedua-duanya dan sebagainya. Namun hari ini, terdapat golongan yang berusaha untuk menghalang daripada terlaksananya hukum Allah SWT. Mereka menghantar tentera mereka untuk menyekat daripada keadilan Allah SWT terlaksana.

Kedua : Berusaha Untuk Membengkokkan Jalan Tersebut

Selain dari itu, mereka juga berusaha untuk menjadikan Jalan Allah SWT tersebut bengkok, dengan berusaha agar orang lain mengingkari agama yang sebenar. Bermacam-macam usaha yang dilakukan agar orang lain menyangka Islam itu hanya pada nama, Islam itu kolot dan ketinggalan, Islam itu menyekat dan mengongkong, dan sebagainya. Inilah hasil usaha mereka untuk membengkokkan jalan Allah SWT.

Ketiga : Tidak Beriman Dengan Akhirat

Tidak beriman dengan akhirat boleh dilihat pada ciri-ciri mereka yang langsung tidak merasai bahawa kezaliman yang mereka lakukan di dunia ini dibalas di akhirat kelak. Mereka mengatakan “kenapa perlu takut untuk menolak hukum Allah? Kita ada polis!”. Mereka juga gila mengumpulkan harta berbukit-bukit tidak kira halal atau haram, seolah-olah mereka tidak sedar segala duit haram itu akan membakar mereka di akhirat. Mereka tidak percaya semua ini, dengan mengatakan “karut”.

Kesimpulan

Ketiga-tiga sifat inilah yang menunjukkan bahawa seseorang itu bergelar SI ZALIM YANG MENDAPAT LAKNAT ALLAH. Mereka dihakimi di mahkamah Allah SWT kerana kezaliman yang mereka lakukan. Bahkan mereka memiliki 3 sifat ini, dan mereka diazab oleh Allah SWT kerana mereka sendiri yang melakukannya. Mereka sendiri yang menghalang daripada terlaksananya hukum Allah, dan berusaha menyeleweng undang-undangNya. Mereka sendiri jugalah yang tidak memikirkan bahawa mereka akan dibalas di akhirat kelak.

Sedarlah wahai orang zalim yang mendapat laknat Allah. Bukan sahaja bergelar penderhaka Allah SWT, bahkan mendapat laknatNya pula. Selama hidup di dunia ini, mereka boleh melakukan apa sahaja kekejaman, ini kerana mereka sendiri yang membenci Agama Islam. Sekiranya orang-orang barat menghina Nabi Muhammad SAW dengan lukisan, tetapi di Malaysia orang-orang ini menghina undang-undang Allah SWT dengan mulut mereka! Bukankah orang-orang ini lebih jahat daripada orang-orang barat?

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

DEMOSTRASI PPSMI ADALAH MEMALUKAN – RAFIDAH


Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz telah membuat kenyataan di dalam akhbar Berita Harian bahawa Demostrasi Membantah PPSMI yang diadakan pada 7 Mac lalu, disifatkan sebagai memalukan. Beliau menyatakan lagi bahawa dahulunya Masyarakat Melayu dianggap beradab, tetapi hari ini, Demostrasi Membantah PPSMI menjatuhkan peradaban Melayu katanya.

"Kita malu sebagai rakyat Malaysia yang dulunya dianggap bertamadun dan beradab, hari ini silap sikit dan apabila ada isu, berarak dan berdemonstrasi berpanjangan, malu kita pada dunia luar.

"Kalau ini tabiat kita, negara akan maju dari segi fizikal saja, tetapi mentaliti dan sikap masih lagi tidak bertamadun," katanya selepas majlis ramah mesra calon yang bertanding pada Perhimpunan Agung Umno dengan perwakilan wanita Umno Kelantan, di Kota Bharu, semalam.

Inilah beberapa petikan daripada Berita Harian yang menghairankan banyak pihak. Daripada kenyataan Rafidah, jelas menunjukkan bahawa kedangkalannya di dalam isu ini. Persoalan yang timbul, siapakah yang memalukan masyarakat Melayu? Bukan setakat memalukan, bahkan menjahanamkan bangsa sendiri. Tidakkah masyarakat dunia terkejut apabila bahasa Melayu cuba dijahanamkan oleh bangsanya sendiri?

Persoalan kedua, siapakah yang tidak bertamadun dan tidak beradab? Adakah mereka yang menuntut kebenaran, bahkan menyelamatkan bangsa sendiri daripada dipupuskan oleh UMNO, dianggap tidak beradab? Adakah penyelamat bangsa dianggap tidak bertamadun? Kenapakah kekejaman FRU dan Polis tidak dilabelkan sebagai satu perbuatan yang tidak bertamadun?

Ketika kehadiran saya di Demostrasi Membantah PPSMI, terdapat golongan kurang upaya yang hanya berkerusi roda, kanak-kanak kecil, orang-orang tua atau golongan emas, dan ramai lagi. Mereka berkumpul untuk menunjukkan semangat mereka untuk menyelamatkan Bahasa Melayu daripada dipupuskan dari muka bumi ini.

Tetapi, malangnya, apakah balasan yang dihukumkan kepada mereka ini? Mereka disuap dengan gas-gas pemedih mata dan dimandikan dengan semburan air, dikasari dan sebagainya? Inikah penyelamat bangsa? Lebih teruk apabila mereka pula yang dihukumkan sebagai tidak bertamadun, tidak beradab dan memalukan!

Golongan-golongan lemah ini berhimpun menyatakan hasrat mereka untuk membetulkan kesilapan kerajaan dalam melaksanakan PPSMI, tetapi mereka dikasari sedangkan keganasan apakah yang dilakukan oleh golongan lemah ini? Ketika demo tersebut, saya terlihat seorang tua tidak mampu untuk berdiri kerana lemah setelah disuap dengan gas pemedih mata.

Beberapa orang Unit Amal segera mendapatkannya dan memapah ke kawasan yang selamat. Kemudian sebuah kenderaan membawanya keluar jauh dari tempat tersebut. Di manakah keadilan dan hemah polis? Masih lagi Rafidah boleh menyifatkan mereka ini sebagai tidak bertamadun. Mereka berdemo sudahlah tidak mendapat sesen pun, bahkan mengeluarkan duit pula untuk bersama-sama membetulkan kesilapan kerajaan.

Lebih teruk lagi apabila mereka pula yang dihujani dengan semburan air, dikasari dan dijamu dengan gas pemedih mata, tanpa belas kasihan. Adakah rakyat Malaysia sudah dianggap binatang oleh kerajaan? Adakah mereka tidak sedar bahawa “kami” juga rakyat Malaysia yang berhak menentukan halatuju negara kami.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Monday, March 9, 2009

PENENAMAN POKOK, TUGU KEMUNCAK PENDERHAKAAN – ZAMBRY


Akhbar Berita Harian hari ini menghairankan saya dengan kenyataan Zambry yang sangat memalukan bahkan menampakkan kekurangan kreadibilitinya sebagai seorang pembangkang Kerajaan Perak. Sudahlah mengaku sebagai Menteri Besar Perak secara tidak sah, membentuk kerajaan bayangan, dibuatnya pula kenyataan yang sangat pelik dan jelik.

"Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak”, kata Zambry.

Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah, adakah tanam pokok pun dianggap derhaka? Apakah lagi alasan mereka untuk melabelkan YAB Nizar sebagai penderhaka?

"Soalnya mereka sudah mendapat kelulusan MBI atau belum (untuk menanam pokok dan tugu berkenaan). Mereka (pembangkang) juga memberi tafsiran kepada rakyat dengan manipulasi politik bahawa apa yang mereka lakukan itu benar," katanya.

Zambry cuba mengaitkan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan perbuatan yang dilakukan oleh YAB Nizar tersebut. Satu kenyataan yang menunjukkan bahawa Zambry sendiri kehabisan modal untuk memburuk-burukkan Menteri Besar Perak sehingga terpacul kenyataan yang menjatuhkan kreadibiliti dirinya sendiri.

Zambry juga akan hilang jawatannya sebagai Menteri Besar Bayangan tidak lama lagi kerana perbuatannya tersebut. Rakyat Malaysia sendiri akan menghukum kejahatan dan kecelaruan yang dilakukan oleh tangannya sendiri. Lihatlah, Allah SWT berkuasa untuk memberikan pangkat seseorang dan menghilangkannya, bahkan berkuasa menaikkan martabat seseorang dan menjatuhkan kedudukannya dalam sekelip mata.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

KENAPAKAH DALANG PPSMI PULA YANG DITANYA?

Lucu dan geli hati apabila melihat gelagat pimpinan UMNO yang semakin hari melakukan tindakan yang semakin tidak rasional dan memburukkan kreadibiliti mereka sendiri. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, salah seorang yang telah mentertawakan orang ramai dengan menuduh bahawa ia adalah dalang pihak pembangkan. Sejauh manakah kebenarannya?

Beliau mendakwa lagi bahawa ia terbukti di dalangi oleh pihak pembangkang kerana terdapat beberapa pimpinan PKR yang turut sama di dalam perhimpunan 100 000 itu. Apabila saya terbaca kenyataan tersebut, terus ketawa melihat hujah dangkal yang diberikan. Berhujah dengan perkara sebegini, budak sekolah rendah pun boleh.

Dakwaan bahawa ia didalangi oleh PKR, adalah satu perkara yang tidak munasabah. Adakah disebabkan kehadiran mereka (pimpinan PKR) di dalam perhimpunan tersebut, disebabkan kesedaran mereka merupakan bukti ia didalangi PKR? Hakikatnya, Datuk Seri Hishamuddin sendiri tidak memahami erti sebenar PPSMI yang dibantah.

Rakyat Malaysia sendiri mempunyai kesedaran untuk memansuhkan PPSMI, dan mereka sanggup bertarung dengan cabaran untuk menuntut kebenaran, dan menyelamatkan bangsa sendiri. Tetapi, apa kata UMNO? Sangat memalukan. Perhimpunan tersebut adalah tanggungjawab semua, di atas satu kesedaran untuk menyelamatkan bangsa, bukanlah satu propoganda politik.

Adakah semua penentangan terhadap kerajaan akibat kesilapan mereka, boleh dituduh sebagai agenda politik PKR? Fikirlah sendiri, bukan PKR sahaja yang menolak UMNO, bahkan lebih ramai dari itu. Sedarlah, PPSMI memang tidak relevan! Ia adalah alat memupuskan bangsa Melayu! Sekiranya UMNO dikatakan pejuang bangsa, di manakah mereka di dalam PPSMI? Sepatutnya mereka lebih dahulu menolak PPSMI.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

WAHAI GOLONGAN CELAKA YANG MENYOKONG PPSMI!


Di dalam menyebut tentang isu PPSMI, saya terpanggil untuk memberikan sedikit pemahaman berguna, yang susah difahami oleh golongan-golongan celaka. Di sana terdapat beberapa golongan celaka yang mendakwa bahawa penentangan terhadap PPSMI merupakan satu perkara assobiah, nasionalis dan sebagainya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa “bahasa bukan faktor untuk maju”, “bagaimana hendak maju sekiranya Bahasa Inggeris pun tidak tahu”, dan sebagainya.

Di sini, terdapat beberapa pemahaman yang ingin diberikan kepada golongan-golongan celaka yang cuba membunuh bahasa sendiri. Terlebih dahulu, saya mengajak kepada semua golongan celaka ini untuk memahami erti “bahasa”. Sejak lahir, bahasa pertama yang didengari oleh umat Islam ialah laungan azan di dalam Bahasa Arab. Bayi yang baru lahir, bertutur dengan bahasa yang tidak difahami maknannya oleh ibunya sendiri, dan sebagainya.

Pertama

Sejarah telah menyaksikan bahawa pedagang-pedagang Arab ketika zaman kemajuan Melaka, mereka bertutur di dalam Bahasa Melayu, walaupun mereka berbangsa dan berbahasa Arab. Setelah itu, Melaka di jajah oleh Portugis dan sebagainya yang tidak pula menjajah bahasa kita. Mereka terpaksa menggunakan seorang anak Melayu sebagai pengalih bahasa, supaya mereka dapat berkomunikasi dengan bangsa Melayu.

Tetapi pada hari ini, Inggeris cuba menjajah negara kita dengan cara menginggeriskan anak-anak Melayu. Termasuk anak-anak Menteri, FRU, Polis dan golongan-golongan celaka yang menyokong PPSMI. Tidakkah mereka menyedari bahawa ia adalah satu bentuk penjajahan secara sembunyi untuk mempupuskan bangsa Melayu?

Bangsa Melayu hari ini, dikenali oleh dunia dengan bahasanya. Sekiranya hendak mengenali Melayu dengan rupa parasnya, sudah semakin susah. Ini kerana anak-anak Melayu sudah pun berfesyen bukan seperti bangsanya sendiri. Perempuan Melayu yang dahulunya berbaju kurung, bersopan, pemalu dan sebagainya, tetapi hari ini sudah menjadi lelaki! Bukankah ini semua disebabkan pengaruh mereka terhadap budaya Inggeris?

Hari ini, PPSMI cuba membentuk anak-anak Melayu yang berbahasa Inggeris. Apakah lagi cara untuk mengenali bangsa Melayu? Adakah kita mengenali Melayu dengan budaya? Ia sudah pun lenyap dek budaya kuning yang sudah lama menular. Ini kerana Melayu mengamalkan budaya yang hampir secocok dengan Islam, yang tidak disukai oleh penjajah. Adakah kita mengenali Melayu dengan pakaian? Pakaian Melayu sudah pun hilang, dan sudah dianggap kolot. Ini kerana pakaian Melayu itu menutup aurat, yang tidak digemari oleh penjajah.

Persoalannya di sini, bagaimanakah kita dapat mengenali dan mengetahui wujudnya bangsa Melayu di dunia ini? Adakah kita mengenali mereka dengan bahasa? Ya, ia masih lagi kekal hari ini. Walaupun budaya kuning sudah merosakkan anak bangsa, pakaian Melayu yang selari dengan Islam dicampak tepi, namun, masih wujud lagi “bahasa”. Dunia hari ini mengenal Melayu dengan bahasanya.

Apabila Bahasa Melayu sudah tidak dituturkan oleh anak Melayu, bagaimanakah kita hendak mengenali Melayu lagi? Melayu akan pupus! Dipupuskan oleh bangsa Melayu sendiri, atau dengan kata lain, dipupuskan oleh golongan celaka.

Kedua

Nasionalis? Golongan-golongan celaka ini mendakwa bahawa bantahan terhadap PPSMI adalah bersifat nasionalis, assobiah dan sebagainya, sedangkan pemahaman mereka terhadap nasionalis, langsung tidak difahami. Sekiranya ia dikatakan sebagai nasionalis, yang ditegah oleh Islam sendiri, mengapakah Islam tidak terhad di dalam Bahasa Arab sahaja? Adakah Feqah di dalam Bahasa Melayu itu adalah bukan Islam? Adakah Tauhid di dalam Bahasa Melayu itu bukan Islam? Sudah pasti tidak. Adakah ini juga dikatakan nasionalis? Sudah pasti tidak. Apa yang peliknya, adakah Sains dan Matematik yang selama ini dipelajari oleh Melayu adalah bukan Matematik dan Sains yang sebenar?

Hari ini, kebodohan golongan celaka ialah, mereka telah melampaui daripada Islam sendiri. Bahkan memaksa anak Melayu mempelajari ilmu dalam bahasa orang lain, bahkan bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang pernah menjajah Melayu satu ketika dahulu. Seolah-olah Inggeris datang menjajah, dan untuk memudahkan komunikasi mereka terhadap bangsa Melayu yang dijajah, mereka telah memaksa orang-orang Melayu memahami dan mengerti tutur kata mereka.

Golongan-golongan celaka juga tidak memahami dan buta sejarah. Itulah kebodohan mereka yang sangat ketara. Persoalannya, adakah Matematik dan Sains diasaskan oleh Inggeris sahaja? Adakah Inggeris yang menguasai semua ilmu di dunia ini? Bahkan Bangsa Yunani, Bangsa Arab, dan banyak lagi bangsa di dunia ini yang lebih dahulu mencipta ketamadunan tersebut. Yang peliknya, golongan-golongan celaka ini telah menobatkan dan mengiktiraf bahawa Sains dan Matematik adalah ilmu Inggeris.

Adakah menyelamatkan bangsa sendiri daripada kehancuran dan kepupusan ini, dikatakan sebagai nasionalis? Adakah tentera-tentera yang menjaga keamanan Malaysia juga dianggap nasionalis? Bukankah GMP adalah kesatuan yang menyelamatkan bahasa Melayu, adakah ia dianggap nasionalis? Itulah betapa bodohnya golongan-golongan yang celaka, memupuskan bangsa sendiri!

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Sunday, March 1, 2009

FAKTA MENARIK

.
KLON OBAMA DI INDONESIA!!
.
IKAN PARI BERMIGRASI - SUBHANALLAH
.
AMANAT PAK LAH KEPADA AHLI UMNO
.
PENEMUAN MENAKJUBKAN
Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun
.
10 KEMALANGAN YANG PALING MERUGIKAN
.
ROMPAKAN TERBESAR DI KURUN KE 20
.
ORANG KAYA DUNIA
.

ARKIB TAZKIRAH

.
24 Mac WAHAI GADIS MUDA, ENGKAU SEMAKIN TUA
.
21 Mac TIADA ERTI KESENANGAN JIKA TIDAK MENGALAMI KESUSAHAN
.
17 Mac BERAPAKAH NILAI KESEDIHAN ANDA?
.
15 Mac JAUHI DARIPADA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KEZALIMAN
.
13 Mac KERANA MANUSIA ITU LUPA
.
12 Mac TOLAK ISLAM KERANA “DEGIL”
.
11 Mac LAUNGAN TAKBIR MAMPU MENGHALAU SYAITAN
.
11 Mac MELAYU ITU AKAN PUPUS - RAJA DR. NAZRIN SHAH (SILA KLIK)
.
10 Mac KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT? (SILA KLIK) .
.
10 Mac SI ZALIM YANG DILAKNAT (SILA KLIK) .
.
26 Feb KRISIS PERAK DI DALAM AL QURAN (SILA KLIK)
.

ARTIKEL MAC 2009

31 Mac KALAU NIZAR BONEKA DAP, RASUAHLAH DIA SUPAYA JADI BONEKA BN PULA, KALAU BERANI!!
.
31 Mac PENGUNDI HANTU DISOROKKAN OLEH HISHAM
.
31 Mac BN HARUS TAHU, BUKAN PR SAHAJA YANG BENCIKANNYA
.
30 Mac APA KATA NIZAR TENTANG INSIDEN DI MASJID SIMPANG
.
30 Mac KISAH SEBENAR ENSIDEN DI MASJID SIMPANG, TAIPING
.
30 Mac SHAHRIZAT BERCAKAP DENGAN POKOK
.
30 Mac MAJLIS YASIN ZAMBRY DIRAMPAS, ATAU ZAMBRY TIDAK LAYAK MENJADI KHALIFAH YASIN?
.
30 Mac NIZAR MENGIMAMI SOLAT ZAMBRY, ISMAIL DAN MUHYIDDIN, HIKMAH YANG BEGITU BESAR
.
29 Mac ZAMBRY TIDAK TERKEJUT KERANA SUDAH TAHU KEKALAHAN
.
29 Mac POLIS BAKAL MENJADI PEMENANG DI BUKIT GANTANG?
.
28 Mac WAJARKAH MAHATHIR DITERIMA SETELAH MENCERCA MANTAN PRESIDEN UMNO?
.
28 Mac MAHATHIR GEMBIRA SETELAH PAK LAH BERUNDUR
.
27 Mac PERAK BANGKIT, SIAPA PUNYA ANGKARA?
.
27 Mac HARAKAH DIGANTUNG, HUJAH PULA MUNCUL
.
27 Mac SIAPA KATA PEMBANGKANG WALI ATAU MALAIKAT?
.
27 Mac PAK LAH KESAL, TETAPI MASIH TIDAK MENGAKUI KESILAPAN UNMO
.
26 Mac AKHBAR THE AUSTRALIAN MENDEDAHKAN KES NAJIB
.
26 Mac “HATI MALAYA” DAN ISMAIL SAFFIAN YANG KESEORANGAN
.
26 Mac ADENGAN MEMALUKAN OLEH WANITA UMNO!
.
26 Mac JANJI MANIS PIMPINAN UMNO YANG MASAM
.
25 Mac ADAKAH KERIS LAMBANG PERPADUAN ANTARA BANGSA?
.
25 Mac UMNO MEMANG SUDAH GILA
.
25 Mac HISHAMUDDIN KONONNYA SEORANG PENDEKAR
.
25 Mac NAJIB DIKEJAR HANTU ALTANTUYA
.
24 Mac BLOG, HARAKAH, SUARA KEADILAN, PLAK POKOK DAN SMS - TENTERA ALLAH YANG MENGHANTUI UMNO
.
24 Mac DILEMA DI ANTARA MB HARAM DAN PERHIMPUNAN HARAM
.
24 Mac TV 3 SEPATUTNYA LEBIH AWAL DIGANTUNG
.
24 Mac SPR, JANGAN LAKUKAN TUGASAN UMNO!
.
23 Mac SEKIRANYA LEMBAGA DISIPLIN BENAR-BENAR BERDISIPLIN, TIADA SIAPA YANG LAYAK BERADA DI DALAM UMNO
.
23 Mac HARI INI KITA LEMAH – SHAHRIZAT
.
23 Mac DENGARLAH NASIHATKU WAHAI NAJIB
.
22 Mac MEE SEGERA NAJIB DI BUKIT GANTANG
.
22 Mac RAFIDAH DAN KHAIRI, PENYEBAR FITNAH YANG DIFITNAH
.
21 Mac PENDEDAHAN TENTANG KES WANITA UMNO
.
21 Mac ARTIKEL LUCU : MAHATHIR DAN ZAID, SIAPAKAH YANG TIDAK WARAS?
.
21 Mac SPRM MENJATUHKAN AIR MUKA SENDIRI
.
20 Mac MEMANG BENAR UMNO PENYEBAR FITNAH
.
20 Mac KENAPA NAJIB JEMPUT MAHATHIR KE PERHIMPUNAN UMNO?
.
19 Mac “NIAT JAHAT” MINTA AGONG SEKAT NAJIB – MUHYIDIN
.
19 Mac ALI RUSTAM : SUDAH JATUH BARU NAK TEGADAH
.
19 Mac ALI RUSTAM DILARANG BERTANDING, MUHYIDIN PULA MENGGELABAH
.
19 Mac TOK GURU NIK AZIZ SENGAJA BERBUAT BEGITU
.
18 Mac ADAKAH DATUK ZAID IBRAHIM AKAN DIDAKWA DI BAWAH AKTA HASUTAN?
.
18 Mac BANGUNAN UMNO DIJAMPI DAN AKAN DIBOM?
.
18 Mac ANTARA 2 SPEAKER : MENJATUHKAN KREDEBILITI NAJIB DALAM PENTADBIRAN
.
17 Mac ISU DALAMAN UMNO : HAPUSKAN SEBAHAGIAN, SELAMATKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN?
.
17 Mac ADAKAH PAS BERGABUNG DENGAN UMNO KERANA MELAYU?
.
17 Mac TEORI KEJATUHAN UMNO
.
17 Mac GOBIND DIGANTUNG : PAKATAN RAKYAT DIBULI DI PARLIMEN?
.
16 Mac PLAK SUDAH HANCUR, POKOKNYA MASIH HIDUP
.
16 Mac ISU RUMAH MADIHAH : BETULKAN AKIDAH ANDA!
.
16 Mac TAWARAN KE TIMUR TENGAH, UNTUK MADIHAH
.
15 Mac HIKMAH DI SEBALIK PEMUSNAHAN PLAK POKOK
.
15 Mac GAMBAR KONTROVERSI
.
14 Mac PILIHANRAYA TIGA BUKIT : JANGAN MASUK LUBANG BIAWAK DUA KALI
.
14 Mac UMNO MENGHINA AGONG, TIDAK PERNAH DIDAKWA
.
14 Mac PENYOKONG NIZAR FANATIK?
.
13 Mac BENARKAH KEPUTUSAN SPM MENINGKAT KERANA PPSMI?
.
13 Mac PLAK POKOK DEMOKRASI JADI MANGSA (BERGAMBAR)
.
12 Mac RM 300 000 KOS PENERBANGAN KHIR TOYO : ORANG YANG MEMBAZIR SAHABAT SYAITAN (Sila Klik)
.
12 Mac RAHSIA, KENAPAKAH HISHAMUDDIN MAHU MENERUSKAN PPSMI? (Sila Klik)
.
11 Mac PERLEMBAGAAN DISONDOL! (Sila Klik)
.
11 Mac ADAKAH NIZAR AKAN DIHALANG DARIPADA MENGADAP RAJA? (Sila Klik)
.
11 Mac 60 BILLION : IKAN YANG DIUMPAN DENGAN AYAM? (Sila Klik)
.
10 Mac DEMOSTRASI PPSMI ADALAH MEMALUKAN – RAFIDAH (SILA KLIK)
.
9 Mac PENENAMAN POKOK, TUGU KEMUNCAK PENDERHAKAAN – ZAMBRY (SILA KLIK)
.
8 Mac KENAPAKAH DALANG PPSMI PULA YANG DITANYA? (SILA KLIK)
.
8 Mac WAHAI GOLONGAN CELAKA YANG MENYOKONG PPSMI! (SILA KLIK)
.