Tempoh hari, kita sudah pun mendengar bahawa Zambry telah membuat rayuan, dan rayuannya diterima pakai. Sedikit kekesalan yang ingin saya luahkan di sini ialah berkenaan sikap mahkamah yang mempraktikkan konsep Samy Vellu sepertimana artikel yang telah saya tulis sebelum ini. Kenapakah rayuan Zambry diterima sedangkan dia merayu supaya dibenarkan membuat silap?
Rayuan Zambry supaya menangguhkan jawatan MB yang sah, adalah satu perkara yang silap. Ini kerana Zambry tidak berjawatan apa-apa melainkan Pangkor sahaja. Apakah kelayakan beliau untuk menangguhkan jawatan MB? Sebelum ini beliau sudah memalukan Perak di hadapan mata dunia dengan mengangkat Ganesan sebagai Speaker Haram dan banyak lagi.
Adakah perbuatan beliau ini boleh dilepaskan begitu sahaja? Tidak semudah itu. Tetapi tindakan mahkamah rayuan yang menerima rayuan Zambry sepantas kilat itu membuatkan mahkamah seolah-olah membenarkan Zambry membuat salah. Saya tertarik untuk mengumpamakan dengan kisah seorang ayah dan anaknya.
Seorang ayah tidak akan membenarkan anaknya membuat jahat, walaupun ayahnya itu seorang jahat. Contohnya ayahnya seorang pencuri, tetapi dia tetap melarang anaknya daripada mencuri. Inilah sikap seorang ayah yang normal. Sekiranya ayah tersebut menyuruh anaknya membuat kejahatan, maka itu adalah yang kurang normal atau tidak normal.
Apa yang terjadi pada mahkamah dan Zambry, mahkamah membenarkan Zambry mengulangi kesilapannya dan kesalahannya. Kesalahannya itu sudah pun dibuktikan di dalam mahkamah, tetapi mahkamah masih membenarkan beliau untuk mengulangi kesalahan yang sama. Sudah pasti kita boleh menggelar bahawa mahkamah hari ini sudah kurang normal atau tidak normal.
Saya tidak mengatakan “tidak normal” itu sebagai “gila”. Tetapi saya mengatakan bahawa “tidak normal” itu ialah, tidak mengikut etika yang sebenar. Mahkamah manakah yang membenarkan pesalah mengulangi kesalahan yang sama? Perkara ini adalah perkara yang pelik, dan sepatutnya tidak wujud di Malaysia!
Mahkamah diwujudkan bagi menyelesaikan kes, tetapi hari ini, mahkamah telah memanjangkan kes-kes. Bilakah penyelesaiannya? Kita juga telah mengetahui bahawa Nizar membuat rayuan supaya mahkamah menolak rayuan Zambry, dan rayuan Nizar akan didengar pada 21 Mei, ditambah daripada tarikh asal. Malangnya, rayuan Zambry didengar dalam tempoh 7 jam!
Zambry yang sudah disahkan bersalah, begitu cepat rayuannya diterima, tetapi Nizar yang sudah disahkan sebagai MB yang sah, dipanjangkan tempohnya. Mahkamah yang normal, tidak akan mendengar rayuan Zambry! Tidak mungkin orang yang berdosa akan merayu kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya untuk terus melakukan dosa!
Sebaliknya dia akan meminta kepada Allah supaya memanjangkan umurnya supaya memberi kesempatan baginya untuk bertaubat! Tetapi mahkamah hari ini menerima rayuan orang yang berdosa supaya ia terus melakukan dosanya. Maka, mahkamah hari ini sudah dianggap berdosa, kerana melanggar etika sebagai mahkamah! Maka, saya syorkan kepada mahkamah hari ini supaya bertaubat sebelum terlambat.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

No comments:
Post a Comment