Hari ini telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul yang didapati bersalah terhadap pembunuhan Altantuya. Walaubagaimanapun, mereka berdua dilihat bertopeng sampai ke sudah. Entah betul atau tidak mereka itu Azilah dan Sirul. Waktu mereka keluar dari mahkamah dan Najib keluar daripada Istana, hampir sama, iaitu di antara jam 10.30 hingga 11 pagi tadi.
.
Di dalam artikel ini, saya tertarik untuk menceritakan larangan Nabi Muhammad SAW kepada orang Islam daripada membunuh ahli zimmah atau kafir zimmi (orang bukan beragama Islam, yang berada di Negara Islam)…
.
“Orang yang membunuh seorang lelaki (atau perempuan) zimmi tidak akan mencium bau syurga, sedangkan baunya boleh dicium dari sejauh 70 tahun perjalanan” (Abu Daud : 2760)
.
Di dalam Fiqh al Manhaji (Bab Jihad) telah menjelaskan bahawa berdasarkan hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW mengharamkan pembunuhan kafir zimmi. Selain itu, terdapat hadis-hadis lain yang menjelaskan perkara yang sama. Hakikatnya, itulah tegahan Nabi Muhammad SAW. Itulah… mereka tak dengar kata..
.
.
Tentang persoalan “kambing hitam”, Allah sahaja yang tahu hakikatnya. Tetapi, disebut juga di dalam Fiqh Manhaji di dalam bab Jenayah…
Tentang persoalan “kambing hitam”, Allah sahaja yang tahu hakikatnya. Tetapi, disebut juga di dalam Fiqh Manhaji di dalam bab Jenayah…
.
Jika pemerintah mengeluarkan arahan untuk membunuh seseorang tanpa hak. Sekiranya pesuruh yang diberi arahan tersebut tidak mengetahui kezaliman dan kesalahan pemerintah, maka hukuman mati atau diyat (berdasarkan keputusan wali mangsa) dan kafarah akan dikenakan ke atas “pemerintah”. Sementara orang yang disuruh itu pula tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini kerana pelaku di sini adalah jentera pemerintah yang diperlukan dalam pentadbiran negara (polis sebagai contoh). Sekiranya pesuruh ini dipertanggungjawabkan sudah tentu tiada siapa yang akan menkalankan hukuman hudud. Apatah lagi, pada kebiasaannya semua arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah mestilah berdasarkan alasan yang dibenarkan. Malah mentaati pemerintah adalah wajib selagi mana tidak diketahui ia melanggar perintah Allah. Orang yang disuruh ini juga tidak akan dikenakan membayar kafarah kerana melakukan pembunuhan tersebut.
.
Namun sekiranya orang yang disuruh itu mengetahui tentang kezalimah dan kesalahan pemerintah, orang yang disuruh tersebut akan dikenakan qisas (bunuh balas) sekiranya tiada unsur tekanan oleh pemerintah yang diterima sebagai satu paksaan. Ini kerana dalam keadaan ini, arahan yang dikeluarkan tidak wajib ditaati.
.
Dengan melaksanakan arahan ini, hukumnya sama seolah-olah orang yang disuruh itu membunuh mangsa tanpa keizinan pemerintah. Pemerintah akan hanya dikira berdosa sekiranya perintah yang dikeluarkan bersifat zalim, tetapi tiada hukuman dikenakan ke atasnya. Namun sekiranya orang yang disuruh berkeyakinan bahawa arahan tersebut wajib ditaati walaupun salah, “pemerintah perlu dipertanggungjawabkan, bukannya orang yang disuruh”. Ini kerana batas ketaatan kepada pemerintah tidak diketahui secara jelas oleh ramai orang. Sekiranya orang yang disuruh itu takut kepada tekanan pemerintah, hukumnya sama seperti orang yang dipaksa, kedua-duanya akan dikenakan qisas dan sebagainya.
.
Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment