Wednesday, April 22, 2009

TIADA DALIL YANG DAPAT MENYATAKAN ZAMBRY ITU BENAR


Perak hari ini mengalami krisis yang sangat teruk dan memalukan sejarah tamadun Malaysia. Segalanya berpunca daripada tindakan Barisan Nasional sendiri yang bertindak melakukan rasuah dengan jelas. Tetapi, malangnya, sehingga hari ini kes ini masih ditulikan. Seolah-olah mereka yang melompat parti ini tidak bersalah.

Semalam, saya terbaca berita daripada Malaysiakini yang menyiarkan bahawa Mohd Nizar mendedahkan isi perbincangannya dengan Sultan Perak. Susulan daripada bacaan saya tersebut, saya masih lagi tidak tahu, bagaimanakah rakyat Perak boleh mengatakan bahawa Zambry berada di pihak yang benar? Sehingga hari ini, saya tidak menemui langsung “hakikat” yang mengatakan Zambry adalah seorang yang benar.

Tetapi, apabila melayari blog-blog pembela Negara, mereka asyik menyebut bahawa Nizar gilakan kuasa, walaupun Zambry telah layak sebagai Menteri Besar. Di manakah kelayakan tersebut? Atau ia hanya omongan kosong. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membuktikan bahawa Zambry berada di pihak benar.

Mungkin mereka berhujah bahawa kenaikan Zambry mendapat perkenan Sultan. Tetapi yang peliknya, bagaimanakah Zambry boleh “naik” itu? Sudah pasti disebabkan 3 orang mangkuk hayun yang melompat parti itu. Ingin saya memberi sedikit kefahaman kepada mereka yang masih mengatakan kebenaran di pihak Zambry, bahawa rakyat memilih 3 orang jahanam itu disebabkan mereka berada di atas tiket Pakatan Rakyat!

Setelah mereka berpaling tadah daripada PR, siapa lagi yang menyokongnya? Saya teringat kata-kata Nizar… “Saya berada di tiket PR, bukan atas nama peribadi”. Inilah kalam yang sepatutnya diutarakan oleh seorang pimpinan. Saya yakin, sekiranya Zambry menggunakan tiket peribadi, tiada siapa yang menyokongnya. Bahkan membencinya.

Begitu juga Najib. Saya menasihatkan Najib supaya tidak terlalu taksub dengan jawatan PM anda. Ini kerana anda dinaikkan sebagai PM dengan tiket BN, bukan dengan peribadi. Sekiranya anda berada di Parti Bebas, batang hidung anda pun orang tak kenal. Begitu juga PAS. PAS bergerak dengan tiket PAS, bukan atas nama individu.

Kemelut di Perak menampakkan lagi keaiban Barisan Nasional dalam berpolitik. Semakin hari, mereka dilabelkan sebagai orang yang tidak reti undang-undang. Ataupun digelar sebagai pencabul undang-undang. Adakah ini perjuangan Barisan Nasional selama ini? Najib pula sibuk dengan penerapan nilai murninya sedangkan dia sendiri yang menolak Islam di Malaysia.

Saya mempersilakan kepada Najib supaya melakukan keadilan yang anda utarakan itu. Laksanakanlah ia di Negeri Perak. Ajarlah anak buah anda yang bernama Zambry itu. Tetapi, malang sekali, rupa-rupanya Najib pun 2 X 5 Zambry. Saya teringat persoalan yang ditimbulkan kepada ustaz Ismail Kamus, …

“Bolehkah kita menggunakan jin untuk menyihir tentera Amerika?”

Ustaz Ismail Kamus menjawab.. “Jin yang dihantar untuk menyihir itu adalah adik beradik dengan tentera Amerika.. mana mungkin dia akan menjahanamkan adik beradiknya sendiri…”

Begitu juga dengan Najib dan Zambry. Mana mungkin Najib akan menjatuhkan Zambry (walaupun dia mencabul undang-undang sekalipun) kerana mereka adalah 2 X 5 sahaja. Najib akan terus dengan ucapannya yang dikatakan “murni”. Tetapi dalam masa yang sama, Zambry membuat onar di bumi Perak.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment:

  1. Saya setuju sesangat kerana UMNO lah maka saya dan semua rakyat PERAK telah ditimpa masaalah.

    ReplyDelete