Saturday, April 11, 2009

MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 3)

Di dalam sirah Nabi Muhammad SAW juga, telah disebut cerita tentang keislaman beberapa orang Yahudi. Ya, tidak dinafikan, ada juga orang Yahudi yang memeluk agama Islam, kerana terkesan dengan kelembutan Nabi Muhammad SAW terhadap golongan bukan Islam. Apatah lagi penganut agama Budha dan Hindu di Malaysia, sudah pasti akan terkesan dengan kelembutan Islam terhadap mereka.

Abdullah bin Salam adalah seorang Yahudi yang memeluk agama Islam kerana dakwah Baginda SAW. Setelah beliau mengucap dua kalimat syahadah, Baginda SAW pun menjemput orang-orang Yahudi datang ke rumahnya, dan Abdullah bin Salam pun masuk. Nabi Muhammad SAW bertanya, “apakah pandangan kamu tentang Abdullah..?”

Mereka menjawab bahawa Abdullah adalah seorang yang baik, bagus dan daripada keluarga yang bagus. Baginda SAW bertanya lagi.. “apa pandangan kamu sekiranya beliau memeluk agama Islam?” Mereka menjawab, “dialah paling hina dan datang daripada keluarga yang hina”. Lalu Abdullah bin Salam pun mengucap dua kalimah syahadah di hadapan mereka.

Hari ini bagaimana? Remaja-remaja Islam sudah berkilo-kilo menganut Kristian, bukan kerana Islam, tetapi setelah dibiarkan oleh orang-orang Islam, dan dibiarkan oleh kerajaan yang dikatakan Islam. Adakah dengan memfatwakan bilangan orang murtad, sudah selesai kerja, kemudian senyap? Dimanakah “hakim” (pemimpin) yang menjatuhkan hukuman ke atas orang yang murtad ini?

Lihatlah betapa besarnya hikmah daripada sunnah Nabi Muhammad SAW. Baginda memberi kebebasan kepada mana-mana kafir zimmi untuk beribadah. Tetapi mengHARAMkan murtad, kerana murtad bukan bererti kebebasan beragama, bahkan diertikan sebagai menghina Islam. Ya, sesiapa yang menghina Islam sudah dikatakan murtad. Berhati-hatilah dalam pertuturan dan perbuatan.

Lihatlah kepada persoalan, adakah Nabi Muhammad SAW juga dikatakan menyamaratakan di antara agama kerana perjanjian dengan orang Yahudi yang telah diceritakan sebelum ini? Tidak sama sekali! Oleh itu terjawablah persoalan kita selama ini. PAS bersedia bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO hendak melaksanakan undang-undang Islam, dan bersetuju menolak segala anasir kezaliman dan rampasan hak.

Sekiranya UMNO tidak mahu, maka PAS tidak pun mengharap sangat! Kalau tidak mahu,.. sudah.. Kami bersama-sama orang yang mahu, walaupun mereka itu adalah seorang ahli zimmah.

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

1 comment:

  1. ADUH PENING ORANG SEKARANG INI! AGAMA DAN PARTI DISAMAKAN,
    APA ITU AGAMA DAN APA ITU PARTI?
    JAUH TERSASAR !!!!!

    ReplyDelete