Isu yang mengatakan bahawa Nizar sebagai boneka DAP, hanyalah fitnah semata-mata. Dan Fitnah ini sudah banyak kali diingatkan oleh Pak Lah, supaya meninggalkan amalan tersebut dalam UMNO. Sampai hari ini, mereka yang mengatakan bahawa Nizar boneka DAP, masih tidak dapat mengemukakan bukti. Dan mereka yang melontarkan fitnah ini, umpama seorang yang melempar batu dari dalam semak, kemudian menyorok.
Persoalan yang saya ingin timbulkan supaya difikirkan bersama, terutamanya ahli UMNO sendiri, Nizar seorang Jurutera Professional, yang sudah memiliki harta peribadi yang lebih banyak daripada gaji sebagai wakil rakyat, duit apa lagi yang diperlukan olehnya? Adakah beliau dituduh menerima rasuah daripada DAP? Dipersilakan kepada SPR untuk menyiasat kalau ada bukti!
Adakah Nizar merasa terhutang budi kerana DAP memberi ruang kepadanya untuk naik menjadi MB? Wahai UMNO, sekiranya benar begitu, rasuahlah Nizar dan berilah ruang supaya dia menjadi MB, tetapi di bahagian BN! Amacam? Saya cabar BN berbuat demikian kalau mampu. Daripada dirasuah oleh DAP, lebih baik BN yang rasuah, lagi lumayan bukan?
Saya cabar kepada mana-mana orang kaya BN supaya merasuah Nizar, menghadiahkan kereta yang lebih mewah daripada Toyota Camry, rumah sebesar istana dan sebagainya sekiranya anda mendakwa Nizar dibeli oleh DAP! Beranikah anda? Atau hanya melempar batu dari belakang semak! BN pengecut!
Setakat ini, apa yang pernah saya dengar, BN mendakwa bahawa Nizar dibeli oleh DAP, Nizar terhutang budi dengan DAP kerana memberi ruang kepadanya sebagai MB, Nizar dihadiahkan Toyota Camry sehingga beliau sanggup menjadi boneka DAP. Sekarang ini, saya cabar BN pula, sekiranya benar semua dakwaan ini, buatlah lebih baik daripada apa yang DAP kurniakan kepada beliau.
Sedikit nasihat kepada orang-orang yang menyalahgunakan lidahnya untuk memfitnah orang. Pak Lah yang sebelum ini menjadi presiden kamu sudah banyak kali menasihat kamu, supaya tidak memfitnah orang. Nek Pidah pun sudah jenuh cakap. Tetapi, kamu masih melakukannya, kerana Nek Pidah pun kaki fitnah juga!
Hentikanlah menyebarkan fitnah, kelak fitnah itu akan memfitnah kamu kembali. Pimpinan UMNO sebelum ini sudah pun menerima amaran daripada Allah sebelum ini, tetapi mereka lupa, dan terus lupa. Di akhirat nanti lidah mereka akan menjadi saksi, dan ketika itu, mereka bukanlah dizalimi, tetapi mereka sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment