Wednesday, April 22, 2009

KEMELUT DI PERAK : SIAPA JUARA DAN SIAPA PULA YANG TERKUBUR?


Persoalan juara dan kubur ini dapat dijawab dengan beberapa pemahaman yang mudah. Kita tidak perlu menunggu keputusan mahkamah perbicaraan di antara Zambry dan Mohd Nizar. Tetapi cukup sekadar kita membuat kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali. Kaedah yang digunakan oleh Imam al Ghazali di dalam persoalan susah ini, adalah dengan menggunakan “andaian dan pembahagian”.

Di sini, kita menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan jawatan ini. Kita menggunakan watak Zambry sebagai contoh. Zambry kemungkinan menang, dan kemungkinan kalah dalam perbicaraan tersebut. Sekiranya beliau menang, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar, sehinggalah pilihanraya akan datang.

Sekiranya kalah dalam perbicaraan kali ini, beliau akan turun daripada takhta haram, dan mendapat cacian dan kejian daripada banyak pihak terutamanya seluruh rakyat Perak sendiri. Bahkan Barisan Nasional akan dilenyapkan sehabis-habisnya kerana kejahatan mereka merampas kerajaan Perak telah disahkan. Sudah pasti BN akan terkubur, dan terpaksa berkempen lebih 30 tahun untuk mengembalikan kepercayaan tersebut.

Kita kembali kepada kemungkinan pertama. Iaitu sekiranya beliau menang dalam perbicaraan, beliau akan terus sebagai MB sehinggalah pilihanraya akan datang. Adakah beliau masih dapat kekal dengan jawatan MB selepas itu? Sekiranya beliau kalah pun sudah melahirkan kebencian, apatah lagi sekiranya beliau menang? Lebih ramai orang membencinya! Bahkan di dalam pilihanraya tersebut akan menyaksikan Barisan Nasional Perak akan terkubur dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

Maka, hasil daripada kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali ini, menghasilkan satu kesimpulan. Samada Zambry menang dalam kes ini ataupun kalah, akhirnya Barisan Nasional tetap dikuburkan. Cuma berbeza dari sudut masa. Samada terkubur selepas perbicaraan, atau terkubur selepas pilihanraya akan datang. Hasilnya, BN tetap terkubur!

Wahai Zambry dan kuncu-kuncu anda, fahamilah kaedah ini dengan sebenar-benarnya. Kamu semua tetap akan terkubur. Cuma tidak pasti bilakan masa kamu dikuburkan. Oleh itu saya menasihatkan kamu supaya bertaubat sebelum ditanya oleh Malaikat Kubur! Bertaubatlah sebelum dipalitkan tahi oleh manusia setelah kamu dikuburkan tersebut.

Saya yakin, setelah Zambry dan BN terkubur, satu dunia akan mencaci pemerintahan Zambry dan mukanya akan kekal diabadikan di hati-hati pejuang supaya menjadi tauladan yang dibenci. Sama seperti Firaun yang mayatnya diabadikan, tetapi pengabadiannya itu menjadi pengajaran yang berguna untuk generasi mendatang.

Oleh itu, saya sekali lagi menasihatkan kepada Zambry supaya bertaubat sebelum terkubur. Bagaimanakah kaedah taubat tersebut? Sertailah Pakatan Rakyat! Taubat anda sudi kami terima dengan berlapang dada. Kembalilah ke dalam PR sebelum anda terus berkubur dan nama anda menjadi sebutan sebagai penjenayah yang tidak dipenjarakan. Saya yakin, sekiranya anak yang masih di bangku sekolah atau berada di mana-mana university, akan menanggung malu dengan kelakuan anda.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

5 comments:

  1. "Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat." - Harakah, 29 Julai 2008.

    5 bulan kemudian....

    “Kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana V6 yang tinggi mendorong Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.” - Harakah, 12 Disember 2008.

    Kah Kah Kah!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ape nk dikah kahkan..dh zambry lagi penyapu..nk jdkan kereta kebanggaan negara konon..nk ngabih duit rakyat ader le..tkyah komen nizar..nk ty hang...80 000 setahun sebiji v6 markup nk kenyang perut tajoi rosli ngan pemimpin umno kaaa??
    toksah jd seorang berotak penyapu ler..sokong umno bermakna sokong rasuah..sokon rasuah mcm duk dlm tong najis..

    ni baru kah kah kah!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. sudah2lah duk dlm umno..sian ..jadi penyapu...kalo bagus gt..dan rasa bagus sgt..kate rampasan kuasa bagus..rasa bn betul..mari lwn pilihanraya..jadi pemimpin yg berteloq..ni ckp berdegor2..teloq takdak nk wat apa?? jantan takdak..harapkan gigi je nampak dlm gelap nk wat apa?? pastu duk terjerit2 dlm masjid simpang?? awat duk rasa jd mb haram bangga kaaa..hahaha len kali selalu ler dtg masjid..boleh jd imam ..tu sebab hati dh karat hitam..dengki bila Nizar jd imam..hati busuk..jemaah tgk sendiri gelagat akhlak buruk pemimpin umno..

    ReplyDelete
  4. umno laa ni tgh duk gali kuboq depa..semua serba tk kena ..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Kerajaan jaga rakyat bukan diri wakil rakyat dan kroni sendiri aje.

    ReplyDelete