Thursday, June 25, 2009

SURAT KEPADA SAUDARAKU HIZBUT TAHRIR


Dahulu, saya sempat bersama kalian dalam beberapa bulan. Mungkin kematangan untuk memahami kalian masih pendek. Tetapi, semoga coretan hatiku yang pendek ini mampu didengari oleh kalian. Bahkan, saya berharap agar surat ini dapat dibaca oleh kalian.

Saya sedar, bahawa perjuangan yang dibawa oleh Gerakan Hizbut Tahrir adalah memperjuangkan untuk mengembalikan khalifah. Bahkan, tujuan tersebut jugalah yang diperjuangkan oleh PAS. PAS tidak pernah menolak kehadiran kalian di dalam medan pertempuran di Malaysia. Kalian sendiri menyedari perkara itu.

Tetapi, sepanjang beberapa bulan saya bersama kalian, kalian agak suka dan lantang untuk menyalahkan PAS. Kalian mengatakan PAS itu tersilap perjuangan, kurang tarbiyah, lemah tanzim dan sebagainya. Tetapi, apabila saya berada di dalam PAS, tidak pula saya mendengar mereka menghentam kalian. Mungkin saya belum mendengarinya.

Bahkan, ketika bersama kalian, alhamdulillah beberapa ilmu dan pemahaman, dapatku cedok di dalam halaqah ini. Kekuranganku langsung tidak dapat memberi faedah kepada gerakan kalian, dan kalian tidak pernah menolak kehadiranku. Tetapi, hatiku sering tertanya-tanya, kenapakah kalian begitu semangat untuk menolak PAS berbanding UMNO?

Mungkin usrah saya sahaja yang begitu. Bahkan saya belum mengenali kesemua ciri-ciri gerakan ini. Tidak mengapalah. Mungkin apa yang saya lihat ini hanyalah segelintir keburukan yang tidak sepatutnya diperkatakan. Mungkin juga kesilapan saya dalam memahami dan mendengar.

Saya menyedari bahawa perjuangan kita adalah sama. Kita sama-sama memperjuangkan untuk menegakkan khalifah. Bahkan mengembalikan khalifah yang sudah lenyap. Tetapi, tidak bermakna kita berhak menjatuhkan gerakan lain yang juga memperjuangkan perjuangan yang sama. Kalian berkata kepada saya, PAS telah menggunakan saluran yang salah dalam memperjuangkan khalifah, jadi kita perlu membetulkannya.

Antara yang dikatakan "salah" ialah, menyertai politik kotor, kurang tanzim dan sebagainya. Sedangkan kalian hanya membuat tuduhan kosong tanpa isi. Kalian sendiri tidak memahami dan tidak tahu membezakan di antara politik Islam, politik kotor, dan politik yang dibenarkan.

Politik kotor apakah yang kalian maksudkan? Adakah PAS juga mengamalkan rasuah? Adakah PAS juga mengamalkan penipuan? Adakah PAS itu dan ini? Sekiranya benar PAS itu menipu dan merasuah, persilakan untuk betulkan. Sekiranya tidak mampu, maka teruskanlah perjuangan kalian itu.

Saya sedih apabila mendapati point lebih bagi UMNO dengan kewujudan kalian. UMNO berbangga dengan kewujudan dua jemaah Islam yang bergaduh. Tetapi, kalian masih berkeras untuk menyalahkan PAS, sedangkan UMNO hanya goyang kaki melihat kemunculan kalian untuk menjatuhkan PAS. Saya berbangga sekiranya kalian tidak berbuat demikian, bahkan bersama-sama mengembalikan khalifah, walaupun cara kita berlainan.

Sekiranya kalian mempunyai cara yang lebih baik untuk mengembalikan khalifah, maka persilakanlah dengan cara tersebut. Tetapi, janganlah pula menjatuhkan perjuangan orang lain, yang menggunakan cara yang berbeza, sedangkan perjuangan kita sama. Apakah dosa PAS sehingga kalian menghukumkan begini?

Minta maaf, apa yang saya katakan ini berdasarkan ruang skop usrah yang saya ikut di bawah gerakan kalian. Saya berharap apa yang saya katakan ini, bukanlah hakikat gerakan kalian ini. Mungkin saya salah, dan mungkin saya silap.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MASIH TIADA VAKSIN PENCEGAH BAGI WABAK SELSEMA UMNO

Setakat ini, kita kerap mendengar tentang kemunculan virus selesama babi. Sehinggakan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup disebabkan wabak ini. Namun, tidak dinafikan juga, semenjak selesainya masalah kerajaan perpaduan di dalam PAS, telah menyebabkan tersebarnya virus yang baru, iaitu Selsema UMNO.

Virus ini muncul disebabkan tangisan UMNO terhadap kegagalan mereka memecahbelahkan PAS, dan kegagalan mereka menjadikan PAS hamba bagi mereka. Semua rancangan mereka tersebut gagal, dan menyebabkan mereka mengalami selsema disebabkan tangisan mereka yang tidak berkesudahan itu.

Hari semakin hari, Najib yang menjadi Presiden UMNO, adalah orang yang mengalami serangan virus ini yang paling teruk. Bahkan siang malam beliau memikirkan vaksin pencegahnya. Sehingga sekarang, vaksin tersebut masih gagal ditemui. Kalau sebelum ini, beliau menyangka bahawa kerajaan perpaduan adalah Vaksin yang dapat menghilangkan peningnya selama ini, rupa-rupanya ia menjadi sebaliknya.

Rupa-rupanya beliau pula mengalami sakit yang lain. Hilang sakit kepala yang sedikit, tetapi menyebabkan selesama UMNO yang teruk. Siang malam dok sedut ingus, sambil air mata meleleh mengalir. Saya doakan semoga beliau tidak menemui vaksin tersebut, melainkan beliau keluar daripada UMNO dan menyertai PAS. Anda akan tersenyum apabila bersama PAS. Tiada lagi selesema UMNO.

Inilah saranan saya kepada beliau dan semua orang UMNO. Jangan biarkan selesema anda itu berterusan sehingga mati. Sertailah PAS sebelum anda mati disebabkan selesam itu, atau mati dalam keadaan masih mengalami selesema UMNO. Allah SWT adalah empunya kerajaan dan kekuasaan. Dia mampu untuk menterbalikkan UMNO dalam sekelip mata.

Bahkan, UMNO yang selama ini merasa senang dengan kejahatan yang mereka lakukan, mereka lupa bahawa mereka itu pada mula penciptaan mereka hanya setitis air mani. Langsung tidak mampu untuk merosakkan Islam. Tetapi, apabila Allah SWT memberikan akal kepada mereka, mereka suka untuk berfikir tentang perancangan untuk menghancurkan Islam, agama Allah SWT.

Sehingga hari ini, masih tiada lagi vaksin pencegah selesema UMNO...

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, June 24, 2009

ALLAH TAK PERNAH BIARKAN

Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim (Surah Ibrahim : 42)

Anda sering rasa dizalimi? Tetapi kita jarang merasai apabila kita menzalimi orang. Hakikatnya kita perlu tahu bahawa Allah itu tidak pernah membiarkan sesiapa. Dia tidak pernah membiarkan kezaliman itu berleluasa. Kerana Allah itu Maha Adil. Apabila kita menonton televisyen, kita pasti bersuara “Kesiannya mereka… “. Adakah Allah membiarkan sahaja?

Soalan ini hanya dilontarkan oleh mereka yang tidak tahu tentang ayat yang dibacakan sebelum ini. Atau kadangkala mereka terlupa. Oleh itu, janganlah kita lupa, dan ingatlah selalu bahawa Allah tidak akan biarkan sesiapa pun dizalimi. Allah juga tidak akan membiarkan orang yang zalim terus dengan kezalimannya. Allah itu Maha Adil.

Allah SWT berfirman..

… Sesungguhnya Allah hanya menangguhkan balasan mereka hingga ke satu hari yang terbeliak mata mereka (Surah Ibrahim : 42)

Kezaliman mereka tidak dibalas sekarang, tetapi ia ditangguhkan ke satu masa yang lebih sesuai dengan kezaliman mereka. Seorang pemimpin negara, kadangkala “terlepas pandang” dalam menjatuhkan hukuman. Contohnya apabila seseorang yang bersalah, tetapi menang di kandang mahkamah. Maka, adakah mereka akan selamat? Sampai bilakah mereka boleh bebas ketawa?

Sekiranya seorang pesalah tersebut boleh menang di kandang mahkamah disebabkan kesilapan si hakim atau terlepas pandang, maka mereka tetap tidak terlepas dengan Allah.

Allah SWT yang tidak mengantuk, apatah lagi tertidur (Surah al Baqarah : 255)

Allah tidak pernah tertidur atau mengantuk. Maka adakah orang yang zalim itu boleh bebas dengan kezalimannya. Kita tunggu sahaja bilakah balasan terhadap mereka. Balasan tersebut akan di”kurnia”kan pada waktu yang selayak bagi kezaliman mereka. Mereka boleh sahaja terlepas daripada kesilapan mahkamah manusia, tetapi tidak mungkin boleh terlepas dari mahkamah Allah!

Allah tidak pernah merasa mengantuk atau tidur, apatah lagi tidak mungkin Allah itu tersilap, atau terlepas pandang. Maka, serahkanlah segala kezaliman mereka kepada Allah. Usah bimbang, doa orang yang dizalimi itu direct kepada Allah.

Jauhkanlah diri daripada doa-doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang di antara doa tersebut dan Allah (Jami’ Saghir : 178)

Tuesday, June 23, 2009

UMNO CUBA MAIN API, AKHIRNYA BAKAR DIRI SENDIRI

Sedikit ulasan tentang apa yang terjadi tentang hangatnya isu Kerajaan Perpaduan. Akhirnya UMNO terbakar dengan api yang mereka nyalakan. Mereka nyalakan api tersebut, pada mulanya ingin membakar PAS, tetapi akhirnya, mereka sendiri terbakar. Padan muka.. Di dalam artikel ini, mari kita melihat, beberapa persoalan ilmiah tentang perkara ini.

Pimpinan melihat bahawa tindakan bersatu dengan UMNO, hanya memecahbelahkan PAS sendiri. Ini kerana unsur yang disuntik oleh UMNO ialah fitnah untuk memecahbelahkan PAS. Maka, tindakan yang wajar ialah “menghindar”kan diri daripada fitnah ini. Sudah berapa ramai yang terjerat dalam fitnah UMNO ini?

Kalau sebelum ini, ramai yang mempersoalkan bahawa, PAS yang tidak mahu bersatu dengan UMNO, PAS sengaja biarkan UMNO dalam kesesatan, PAS itu dan PAS ini. Tetapi hari ini, anda boleh lihat sendiri. Ramai orang kata, gejala social hari ini disebabkan PAS, kerana PAS sibuk dengan politiknya, sehingga mengabaikan masalah social.

Tetapi, hakikatnya, orang yang menghina PAS ini, hanya duduk goyang kaki di rumah, sambil menonton televisyen.. Haprak punya orang.. Maka hari ini, segalanya telah terdedah. PAS bukan hendak biarkan UMNO dalam kesesatan, tetapi, UMNO itu yang membahayakan PAS. Akhirnya kita tidak hingin untuk bersama dengan kesesatan ini, kerana khuatir kita akan tersesat sama.

Walaupun pada mulanya ingin berdakwah, tetapi dibimbangi dakwah yang kita harapkan, sehingga menyebabkan PAS berpecah belah. Maka, dipersilakanlah UMNO untuk berseorangan dengan kejahatan mereka. Semoga mereka tidak pecahkan kita lagi…

Mungkin kita boleh katakan sebagai gimik. Pada mulanya, saja nak tengok, apakah yang akan terjadi sekiranya bergabung dengan UMNO.. Tetapi, hasilnya memang tidak menyeronokkan. Akhirnya, kita memang tidak boleh bersama UMNO. Mungkin UMNO terlalu gopoh untuk mengharapkan bantuan PAS, tetapi akhirnya ia hilang daripada pengharapan mereka.

Senyuman Najib hanya sekejap. Keinginan untuk melihat PAS berpecah, akhirnya bertukar masam, apabila harapannya tergendala disebabkan mulut-mulut orang-orangnya. Ramai sangat pimpinan UMNO yang gatal mulut. Sepatutnya mereka perlu berdiam diri, dan tidak masuk campur dalam masalah Kerajaan Perpaduan. Tetapi, malangnya, beberapa orang di kalangan mereka terlampau gopoh untuk mendapatkannya. Akhirnya.. padanlah dengan muka..

Saya sedikit gembira apabila hari ini, Tok Guru Nik Aziz dengan jelasnya meminta maaf terhadap Us Nasha atas kata-katanya sebelum ini. Apabila mengetahui hal ini, bertambah beranglah Najib. Bahkan PAS sudah tidak teringin untuk melihat pelawaan UMNO lagi selepas ini. Sesiapa yang cuba bangkitkan “kenapa PAS tidak berdakwah pada UMNO?”, maka jawapan yang sesuai ialah PAS berdakwah dengan cara penentangan politik.

Ya, penentangan politik yang dilakukan oleh PAS, juga salah satu kaedah dakwah yang berhikmah. Bahkan, kadangkala, bercakap kasar itu juga salah satu bentuk hikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah bukanlah berkata lembut semata sehingga mereka boleh tarikh idung kita!...

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA YANG KEBULOR SIAPA?

Dengan machonya hari ini, Majlis Presiden PKR telah memutuskan bahawa tiada lagi perbincangan tentang kerajaan campuran. Ambik engkau UMNO!! Menyemak sahaja… Disebabkan fitnah yang mereka cetuskan, akhirnya menyusahkan mereka sendiri. Tetapi, Najib pun nak tunjuk macho, dia kata, UMNO tidak perlukan kerajaan perpaduan. Bahkan UMNO boleh mentadbir sendiri.. Kita tengok nanti..

Di dalam perenggan pertama ini, dinyatakan tentang penggunaan istilah “kebulur”. Apakah yang dimaksudkan dengan kebulur ini? Kita biasa dengar tentang istilah mati kebuluran, dan kita harap UMNO juga akan mati kebuluran. Iaitu kebuluran undian.. Kita tengok nanti.. Siapa kebulur siapa.. Adakah PAS kebulur UMNO? Juga tidak.. Habis, siapakah yang kebulur siapa?

Jawapan dengan mudah ialah, dengan mengumpamakan seperti manusia dan nasi. Manusia kebulur nasi, tetapi nasi tidak pula kebulur manusia. Manusia memerlukan makanan untuk hidup, tetapi, adakah makanan memerlukan manusia untuk hidup? Lagi mati ada laa… sebab kena makan..

Di dalam isu kerajaan perpaduan, siapakah yang perlukan siapa? Mari kita tengok. Sekiranya PAS tidak bergabung dengan UMNO, adakah PAS akan lenyap? Tidak mungkin, kerana selama ini PAS boleh berkembang tanpa sokongan UMNO, bahkan diserang oleh UMNO. Sekiranya UMNO tidak mendapat sambutan daripada PAS, adakah UMNO akan lenyap?

Kemungkinan ini sangat besar. Ya, kemungkinan UMNO lenyap, semakin hari semakin kelihatan. Pada saya, UMNO di bawah pemerintahan Najib hari ini, kelihatan begitu goyah. Tak macam zaman Mahadet dan Paklah. Entah kenapa. UMNO hari ini umpama rumah yang hampir roboh. Lalu datang seorang jurutera untuk membaiki rumah tersebut, tetapi rumah tersebut enggan.

Rumah buruk ini berkata kepada jurutera, aku tak perlukan engkau. Selama ini aku boleh berdiri tanpa engkau… angkuhnya.. Inilah kata-kata Najib, yang begitu angkuh dengan mengatakan bahawa UMNO tidak perlukan PAS, atau pakatan. Oleh itu, marilah kita tunggu sahaja sehingga rumah ini runtuh sendiri… Kita nak tolong, dia tanak.. sudahnya, mereka juga susah..

Senang kata,.. Najib mampu untuk mengatakan bahawa UMNO tidak memerlukan PAS, setelah PAS sendiri menolak Kerajaan Perpaduan. Sekiranya PAS masih belum menyuarakan pendirian, beberapa pimpinan UMNO sibuk untuk meminta supaya “bersatu”… Haprak punya Najib. Macam hebat sangat..

Mereka mempelawa, tetapi apabila tidak laku, mereka marah kembali dengan berkata .. “Tak heranlahh…”.. Akhirnya mereka akan terus dalam keadaan begini. Itulah, jangan tergesa-gesa untuk mendapat anugerah. Kalau dah lari, sendiri yang susah.. Padan muka..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, June 22, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : TAMAT RIWAYAT KESAN DEGIL


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Harakahdaily.net

PERPADUAN DAN PERBINCANGAN HUKUM-HAKAMNYA

Ada orang kata, saya telah menafikan hukum yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Mukhriz di dalam artikel sebelum ini, tetapi saya pun lebih kurang sama. Saya pula yang ingin buat hukum. Fikirlah sendiri. Kalau saya salah, saya harapkan muncul blog lain yang menegur kesilapan saya, sepertimana yang saya lakukan terhadap Mukhriz..

Suka untuk saya menyebut tentang hukum-hakam yang berkait dengan perpaduan. Perpaduan dalam bentuk “Akidah” adalah wajib. Sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran, 103. Hukumnya adalah wajib. Iaitu, setiap manusia hendaklah bersatu di bawah Tauhid ini. Bahkan, ia juga adalah Islam. Semua manusia disuruh untuk bersatu di bawah agama ini, iaitu Islam. Dan hukum ini adalah wajib.

Bagaimana pula dengan UMNO? Mereka juga Islam? Jawapannya ialah, ahli-ahli UMNO memang Islam, tetapi mereka tidak berpegang dengan Islam yang tiada dalam UMNO. Oleh itu, Allah SWT menyuruh mereka berpegang dengan Islam, dan senang kata, mereka mesti berpadu dengan PAS. Kerana PAS itu berpegang dengan Islam..

Manakala perpaduan dengan orang kafir pula, terbahagi kepada dua hukum. Diharuskan, dan diharamkan. Perpaduan dengan kafir zimmi diharuskan, manakala perpaduan dengan kafir harbi diharamkan.. Perpaduan yang diharamkan juga termasuklah perpaduan untuk melakukan kejahatan sepertimana yang telah disebut di dalam artikel sebelum ini.

Maka, persoalan yang ingin saya timbulkan, apakah hukum perpaduan dengan UMNO? Adakah ia diharamkan, diharuskan atau diwajibkan? Maka, ia terbahagi kepada tiga pandangan, fikirkan sendiri :

- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO adalah bertujuan menyampaikan dakwah Islam, maka hukumnya adalah WAJIB.

- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO itu adalah perpaduan dengan kejahatan, maka ia diHARAMkan.

- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO itu hanya strategi untuk menaikkan Islam, maka hukumnya adalah diHARUSkan…

Maka, jelas di sini ialah, perbezaan pandangan sesama kita hari ini ialah disebabkan 3 pandangan berbeza ini. Tetapi, sekiranya hukumnya itu adalah diharuskan (pandangan ketiga), maka kita diwajibkan mengikut arahan pimpinan. Mematuhi arahan pimpinan adalah wajib, selagi mana ia belum diharamkan…

Maka, hari ini, kita masih belum mendengar sebarang keputusan yang sudah diputuskan. Oleh itu, diam sahajalah. Mereka punya hak untuk putuskannya. Kita tidak..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

“USTAZ” MUKHRIZ DAN HUKUM PERPADUANNYA


Di dalam blog Cina Islam, seseorang telah menghantar penulisannya kepada beliau yang bertajuk “Apabila Mukhriz Bercakap Tentang Hukum Islam”. Artikel ini telah dihantar oleh WFAUZDIN NS. Beliau menukilkan bahawa Ustaz Mukhriz telah mengeluarkan hukum bahawa perpaduan itu hukumnya wajib. Tetapi, tidak pula disebutkan dalilnya. Wallahua’lam.

Oleh itu, saya terpanggil untuk memberi sedikit kefahaman tentang kesilapan beliau di dalam hal ini. Perpaduan terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah perpaduan dalam bentuk kebaikan, dan yang kedua adalah perpaduan dalam bentuk kejahatan. Ia juga telah disebut oleh Allah SWT tentang perkara ini :

Hendaklah kamu saling tolong menolong di dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam urusan dosa dan permusuhan (Surah al Maidah)

Jelas daripada firman Allah SWT ini, perpaduan terdapat dua bentuk. Iaitu dalam bentuk kebaikan, yang kedua dalam bentuk kejahatan. Perpaduan dalam bentuk kebaikan hukumnya wajib, manakala perpaduan dalam bentuk keburukan adalah haram. Mudah. Demikian juga apa yang telah disebut oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat lain tentang perkara ini.

Mungkin Ustaz Mukhriz hanya membaca maksud pertama sahaja, iaitu “kewajipan saling tolong menolong ….”, tetapi tidak habis dibacakannya. Namun, sedikit teguran buatnya ialah, berhati-hati dalam mengeluarkan hukum. Mufti Perak pun banyak salah yang dibuatnya, apatah lagi orang seperti Mukhriz. Dulu, Hisham pernah sebut, “ibu ketam yang berjalan senget, ingin mengajar anaknya berjalan lurus…”

Akhirnya kata-kata ini terpalit sesama mereka. Orang yang berperangai senget ingin mengajar sesuatu yang bersifat lurus… Ya, Islam itu adalah jalan yang lurus. UMNO yang dipegang oleh mereka, entah bila hendak lurus… Sekejap itu, sekejap ini..

Perbincangan yang masih belum diputuskan di dalam PAS ialah samada perpaduan dengan UMNO ini adalah bentuk perpaduan yang diwajibkan? Atau diharamkan? Atau di”harus”kan? Eh, bila masa pula ada perpaduan yang di”harus”kan? Insya Allah, akan dijelaskan di dalam artikel akan datang.

Namun, perpaduan yang disarankan oleh PAS adalah perpaduan yang berbentuk kebaikan. Contohnya perpaduan dengan bangsa dan agama lain. Perpaduan dengan parti lain, dan sebagainya. Perpaduan ini “tidak dikatakan sebagai haram”, dan tidak dikatakan sebagai wajib.. Maka, ia adalah perpaduan yang bersifat harus..

UMNO pula bagaimana? Adakah ia diharuskan? Atau diharamkan? Atau ia diwajibkan sepertimana pandangan Ustaz Mukhriz. Tetapi, boleh jadi ia wajib sekiranya UMNO itu memperjuangkan Islam yang sebenar.. Segala permasalahan ini akan dihuraikan di dalam artikel selepas ini. Insya Allah..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, June 21, 2009

PIMPINAN : ANTARA KETAATAN, DAN KEINGKARAN

Lagi isu tentang Kerajaan Perpaduan. Bilakah ia akan selesai? Entahlah. Di dalam artikel ini, suka untuk saya bawakan, bilakah kita perlu mentaati pimpinan, dan bilakah kita perlu mengingkari arahan pimpinan? Untuk memahami perkara ini, sedikit pendahuluan yang perlu difahami ialah tiga perkara ini :

- Dalil al Quran dan as Sunnah : Dalil daripada al Quran, dan Hadis yang Shahih
- Pandangan Yang Banyak : Iaitu terdapat banyak pandangan tentang sesuatu hukum
- Masalih Mursalah : Mendapatkan manfaat, dan menolak kerosakan

Sekiranya sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan, yang bercanggah dengan dalil al Quran dan Hadis yang Shahih, maka kita tidak perlu menuruti arahan tersebut. Contohnya Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan dakwahnya walaupun diancam nyawanya, disuruh oleh pimpinan Quraisy, dan diminta oleh Bapa Saudaranya sendiri. Kerana Baginda SAW diwajibkan menyampaikan dakwah.

Sekiranya sesuatu arahan tersebut tidak bercanggah dengan dalil daripada al Quran dan Hadis Nabi, maka, berkemungkinan ia terdapat banyak pandangan tentangnya. Contohnya tindakan Baginda SAW terhadap tawanan Perang Badar. Saidina Umar berpandangan bahawa kita perlu menyerahkan mereka kepada keluarga mereka yang Islam, untuk dibunuh sahaja mereka, manakala Saidina Abu Bakar pula memberi cadangan supaya diminta tebusan. Lalu Nabi SAW memilih pandangan Saidina Abu Bakar, dan tidak menolak cadangan Saidina Umar.

Maka, terdapat dua pandangan di dalam urusan kita terhadap tawanan perang. Kedua-dua pandangan ini betul, dan pimpinan berhak memilih salah satu daripada dua ini. Asalkan tidak bercanggah dengan hadis Nabi SAW.

Sekiranya arahan tersebut adalah Masalih al Mursalah, maka, kita juga wajib mentaatinya. Ia adalah satu bentuk tindakan untuk mendapatkan kebaikan, dan menolak kerosakan, selagi mana tidak bercanggah dengan dalil. Contohnya undang-undang di jalanraya. Undang-undang dijalanraya tidak disebut di dalam al Quran, tetapi ia bertujuan mengelakkan daripada kerosakan. Sekiranya memandu perlahan itu membawa kerosakan, maka kita perlu membawa laju.. Sekiranya tidak, patuhilah undang-undang jalanraya.

Kesimpulannya, sekiranya sesuatu arahan pimpinan tersebut bercanggah dengan dalil al Quran dan Hadis, maka, kita wajib mengingkari arahan tersebut. Sekiranya tidak bercanggah, kita wajib mentaatinya. Kerana, berkemungkinan terdapat pandangan lain tentang sesuatu hukum tersebut, atau ia adalah masalih mursalah. Tidak perlulah kita katakan bahawa perpaduan dengan UMNO bukan ada dalil, atau kita kata, berpecah daripada UMNO itu tiada dalil, dan sebagainya.

Sekiranya ia adalah arahan, kita wajib mentaatinya selagi mana ia tidak bercanggah dengan dalil al Quran dan Hadis Shahih. Sekiranya bercanggah, maka, kita tidak perlu mentaatinya. Sekiranya tidak, kita wajib mentaatinya, walaupun kita tidak bersetuju dengan arahan tersebut.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

BILAKAH BERPECAH BELAH ITU DIHARAMKAN? DAN BILAKAH IA DIWAJIBKAN?

Artikel sebelum ini berkisar tentang hukum perpaduan yang terbahagi kepada tiga. Wallahua’lam. Mungkin ia lebih daripada itu, atau mungkinkah aku yang tersilap. Tetapi, bagaimanakah pula dengan hukum berpecah belah? Bilakah ia diwajibkan? Dan bilakah pula ia diharamkan? Atau bilakah ia diharuskan? Berpecah belah di dalam PAS pula bagaimana?

Pertama

Sekiranya berpecah belah disebabkan sesuatu perkara yang diwajibkan, maka wajib kita berpecah belah. Contohnya kita wajib berpecah daripada kumpulan yang mengajak kepada kejahatan. Atau membawa kepada sebarang kerosakan. Maka, kita wajib berpecah belah, sekiranya kita pasti bahawa kumpulan ini adalah yang melakukan kerosakan.

Sekiranya pimpinan menyuruh kita bersatu dengan kumpulan ini, maka ia boleh dibahagikan kepada 3 pandangan yang telah disebut sebelum ini.

- Samada ia adalah bertujuan menyampaikan dakwah, maka hukumnya wajib
- Samada ia bertujuan bergabung dengan kejahatan, maka ia diharamkan
- Samada ia bertujuan strategi untuk menaikkan Islam, maka ia diharuskan. Tetapi, sekiranya ia adalah arahan pimpinan, ia diwajibkan.

Kedua

Berpecah belah menjadi haram apabila disebabkan dua perkara :

- Keingkaran daripada arahan pimpinan (selagi mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan al Quran dan as Sunnah). Maka, hukum berpecah disebabkan perkara ini adalah haram.

- Mengingkari perintah Allah SWT, dan RasulNya. Iaitu mengingkari segala perintahNya. Contohnya berpecah belah disebabkan fitnah, berpecah daripada jemaah yang betul dan sebagainya.

Tambahan

Maka, apa yang kita dapat daripada artikel ringkas ini ialah, berpecah belah itu kebanyakannya adalah “jahat” tetapi dalam beberapa situasi sahaja dibenarkan. Contohnya Ashabul Kahfi yang lari daripada pemerintahan, kerana pemerintah yang cuba menjahanamkan Islam. Maka, mereka “bersatu” sesama mereka, untuk “berpecah” daripada kerajaan tersebut.

Bagaimanakah pula dengan perpecahan di dalam PAS? Adakah ia diwajibkan? Atau Diharamkan? Ia berbeza hukum. Sekiranya kita mengingkari atas dasar perpaduan “sesama ahli PAS itu adalah perpaduan yang jahat”, maka diwajibkan kita berpecah belah. Sekiranya ia bukan “perpaduan yang jahat”, maka diharamkan! Hakikatnya adakah PAS itu jemaah yang bersatu membuat kejahatan? Fikirkan sendiri…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, June 19, 2009

MENCARI POPULAR DENGAN MENGHINA USTAZ (Siri 2)

Demikianlah yang diceritakan sebelum ini tentang golongan pertama. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang mencari popular dengan menghina ustaz. Kononnya mereka lebih hebat. Contohnya seorang hamba Allah itu yang telah mengatakan Islam itu ekstrem apabila menghapuskan Sister In Islam. Nama sahaja “in Islam”, tetapi menjahanamkan Islam…

Golongan kedua ini begitu ramai sekali. Contohnya di dalam buku-buku, majalah-majalah dan sebagainya. Tajuk yang disiarkan, hendaklah dikaitkan dengan nama ustaz.. Baru orang baca.. Contohnya, “ustaz gay”.. “Ustaz dan ustazah bercouple…” dan banyak lagi yang sewaktu dengannya. Antara kesilapan golongan ini ialah mengatakan bahawa mereka itu ustaz!

Wahai golongan kedua, mereka yang melakukan demikian bukanlah ustaz! Mereka itu adalah orang yang “pelakon sebagai ustaz”. Sekiranya mereka belajar agama 30 tahun sekali pun, tetapi telah melakukan kejahatan seperti di atas, itu bukanlah ustaz! Adakah “ustaz” itu boleh didapati dengan hanya menghafal al Quran 30 juzu? Tidak!. Adakah “ustaz” itu boleh didapati dengan hanya membaca buku? Juga tidak!

Oleh itu, muncullah seorang yang berani untuk mengatakan bahawa “mahasiswa lepasan al Azhar ini, ilmu tak setara mana.. adakah cakap arab sudah boleh katakannya sebagai ustaz? Kalau begitu, orang arab pun semuanya ustaz lah…”. Dia berkata… Entah mana dia dapat ilmu ini? Seseorang ustaz itu perlu memahami Bahasa Arab, tetapi bukan semua orang yang memahami arab itu adalah ustaz!!

Di zaman Jahiliyyah, penyair-penyair arab, jauh lebih handal berbahasa Arab! Tetapi mereka adalah kafir Quraisy. Semua kerbau adalah binatang, tetapi bukan semua binatang itu kerbau! Mengerti? Kalau sudah mengerti, jangan buat tak reti, dan jangan pula buat-buat reti..

Maka, hasil daripada dua golongan ini, dapat disimpulkan bahawa “panggillah ustaz kepada mereka yang benar-benar ustaz”. “Ustaz buatan” dan “Pelakon sebagi ustaz”, bukanlah ustaz… Mereka ini adalah golongan yang mengelirukan istilah ustaz. Bahkan terdapat juga mereka yang mencari popular dengan menghina ustaz..

Apabila lantang bersuara menghina ustaz, maka sudah pasti orang akan melihat, bahawa orang ini hebat betul.. Mampu untuk mengkritik ustaz.. Wah!! Hebatnya… Padahal, orang seperti ini adalah haprak sahaja. Begitu juga mereka yang bergelar “ustaz buatan”. Orang juga akan melihat, “orang ini hebat betul, … dia tak belajar agama pun,.. tapi boleh cakap bab agama…” Habis hancur…

Semua orang sudah terkeliru dengan istilah ustaz. Sebelum ini orang terkeliru dengan istilah “Sister in Islam”, “Islam Hadhari”, “Islam Liberal”, dan banyak lagi. Semua ini bukannya Islam! Dr Yusof al Qardhawi berkata “Islam adalah Islam!!”. Selain daripadanya bukannya Islam, bahkan hanya merosakkan nama Islam. Maka, saya juga menambah, “ustaz adalah ustaz!!”..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MENCARI POPULAR DENGAN MENGHINA USTAZ


Semakin hari, istilah penggunaan ustaz semakin dikelirukan oleh beberapa golongan. Apa yang sempat aku tulis di sini ialah, dua golongan sahaja. Mereka berdua ini adalah golongan yang bertugas dan bertindak sebagai pencetus kekeliruan bagi istilah”ustaz”. Golongan yang pertama ialah mereka yang “menjadi ustaz” setelah membaca beberapa buah buku. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang mencari popular dengan menghina ustaz..

Golongan pertama adalah golongan yang paling cepat pembiakan mereka. Semakin banyak bahan bacaan, semakin tinggilah pangkatnya sebagai “ustaz buatan”. Contoh apa yang terjadi ialah seorang hamba Allah ini, yang menyamakan isu PAS dengan UMNO seperti Mu’awiyah dan Saidina Ali. Bahkan PAS dikatakan sebagai Saidina Ali, manakala UMNO itu sebagai Mu’awiyah. Dan kedua-duanya berperang ketika Perang Siffin.

Sedikit kesilapan yang dikemukakan oleh orang ini ialah, Mu’awiyah tidak boleh disalahkan di dalam kes ini. Bahkan Mu’awiyah adalah khalifah selepas Saidina Ali KAW, dan mereka berdua difitnah, sehinggalah fitnah ini turut disebarkan oleh orang ini, yang tidak tahu asal usul cerita. Ini kerana, mereka berguru dengan buku, bukan dengan Tok Guru!

Selain daripada itu, golongan ini tidak akan tahu apa itu istilah Masalih Mursalah, Sadduz Zara’ie dan sebagainya. Contohnya Saidina Ali KAW pernah membakar golongan Syi’ah. Adakah Islam itu kejam sehingga boleh membakar orang? Saidina Abu Bakar pula membunuh orang yang tidak bayar zakat. Bolehkah mereka dibunuh sedangkan mereka hanya tidak bayar zakat sahaja?

Inilah yang dipanggil sebagai Sadduz Zara’ie. Perkara ini tidak mungkin diketahui oleh orang yang bergelar “ustaz buatan”. Golongan ini menunjukkan lagak sebagai seorang yang alim, pakar dalam semua bidang dan sebagainya. Hakikatnya semua manusia boleh membaca buku, tetapi berapa keratkah yang memahaminya?

Contohnya mereka mengatakan bahawa khinzir itu diharamkan disebabkan kuman yang terdapat padanya. Betulkah? Sekiranya kuman tersebut berjaya dibunuh, maka adakah khinzir itu menjadi halal? Mereka juga mengatakan bahawa kita mesti bersolat untuk menjadikan tubuh badan kita sihat. Sekiranya kita sudah sihat, apakah kita tidak perlu solat? Adakah solat itu hanya untuk menyihatkan badan?

Jawapannya ialah, khinzir diharamkan sebab perintah daripada Allah SWT. Bukan disebabkan kuman yang ada padanya. Sekiranya manusia bertanya, “kenapa?” maka, jawapannya ialah sebab Allah haramkan! Bukan sebab kuman. Kuman itu adalah “hikmah” daripada pengharaman, bukan “sebab” pengharaman.

Kita wajib mendirikan solat kerana ia juga perintah Allah. Bukan kerana untuk menyihatkan badan. Mendirikan solat itu di”sebab”kan perintah daripada Allah SWT, bukan disebabkan untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan. Sebaliknya kesihatan tubuh tersebut adalah “hikmah”, daripada mendirikan solat. Bukannya “sebab”.

Kalau begitu sama sajalah dengan orang bukan Islam yang bersenam.. Sekiranya mereka bersolat sepertimana yang kita buat, adakah ia sama dengan solat kita? Tetap tidak sama! Ini kerana mereka “bersolat” atau bersenam bukan kerana perintah Allah, sebaliknya kerana kesihatan tubuh badan! Wahai golongan “ustaz buatan”, adakah anda “memahami” pengertian ini? Memahami tidak sama dengan mengetahui.

Salam Perjuangan

Dr FikrahJustify Full

JOM KITA SALAHKAN MEDIA…!! (Siri 2)

Cuba anda bezakan di antara berchating, dan bertemu sendiri bercakap dengan seseorang? Sudah pasti terdapat perbezaan. Bahkan, ia juga berbeza dengan kita meninggalkan pesanan kepada seseorang. Contoh, A memberitahu B supaya menyampaikan hajatnya kepada C. Hajat tersebut ialah meminta supaya berbincang sebelum keputusan dibuat.

Lalu B pun pergi mendapatkan C, dan memberitahu bahawa A sudah membuat keputusan supaya ditangguhkan sehingga perbincangan dibuat.. Pelik bukan? Adakah sama seperti pesanan yang disampaikan oleh A? Ia berbeza sekiranya A sendiri bersemuka dengan C, dan menyatakan perkara sebenar. Walaupun apa yang disampaikan itu hampir sama, tetapi hakikatnya ia jelas berbeza.

Demikianlah situasi dalam PAS hari ini. Media adalah orang tengah dalam memporak perandakan PAS. Kadangkala mereka tidak sengaja berbuat demikian. Tetapi, kebanyakan mereka sengaja untuk memecahbelahkan kedua-dua pihak. Ia jelas terbukti apabila perantaraan antara kedua-dua puak ini adalah media.

Ya, media adalah pihak ketiga. Siapakah lagi yang berada di pihak ketiga kalau bukan media.. Contoh situasi yang terjadi, apabila media bertanya kepada Us Nasaruddin dengan beberapa pandangannya, terus sahaja pergi memberitahu Tok Guru Nik Aziz. Lalu, meminta pandangan Tok Guru pula tentang apa yang dikatakan oleh Us Nasaruddin seminit tadi…

Inilah media.. Kadang-kadang bermanfaat, tetapi kebanyakannya bahaya. Media sememangnya dilatih untuk bertindak pantas, tetapi kadangkala pantas itu membawa padah. Orang yang pantas bekerja, kadangkala disukai oleh ketua. Tetapi orang yang “pantas” makan, dibenci oleh Allah! Maka, kepantasan media dalam masalah ini, adalah kepantasan yang dibenci oleh Allah.

Bayangkanlah, Us Nasaruddin baru sahaja seminit mengeluarkan pandangan dan jawapan. Bahkan yang tanya itu adalah media. Lalu, kalam Us Nasaruddin itu, disampaikan pula kepada Tok Guru, lalu ditanya pula kepada Tok Guru tentang ulasannya terhadap kalam Us Nasaruddin. Tok Guru akan mengulas tentang apa yang ditanya.

Maka, inilah peluang media untuk menjatuhkan kedua-dua pihak. Marilah kita kecohkan satu dunia bahawa media adalah pihak ketiga yang menjadi punca kepada perpecahan yang ada hari ini. Tetapi, bukan semua. Mungkin ada segelintir media yang benar-benar bersih. Tetapi berapa keratkah yang ada dibandingkan dengan jutaan media yang lain?

Oleh itu, jawapan dalam masalah perpecahan hari ini adalah disebabkan media. Ia sudah jadi alat menyebarkan fitnah, walaupun secara tidak sengaja atau tidak disedari. Namun, ia tetap salah. Kalau anda boleh dapatkan pihak ketiga selain media, silakan… Kita boleh berkongsi sama. Tetapi, yang kelihatan hari ini ialah media… yang lain tak tahu..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

JOM KITA SALAHKAN MEDIA…!!


Isu yang masih belum selesai.. semakin hari semakin panas… Entah bila nak selesai. Nampaknya perpecahan dua puak semakin berkembang biak. Maka, inisiatif yang saya rasakan perlu, ialah melalui beberapa cara.

Pertama : Jangan salahkan kumpulan 1, dan jangan salahkan kumpulan 2..

Kedua : Kita cari punca perpecahan, dan labelkan ia sebagai pihak ketiga

Ketiga : Kita kecohkan tentang punca perpecahan tersebut.. Dan kita salahkan pihak ketiga ini.

Kaedah ini dapat dibukti keberkesanannya. Ia berlaku apabila berlaku perpecahan dan peperangan di kalangan Mu’awiyah dan Saidina Ali. Sedangkan kedua-duanya adalah sahabat Baginda SAW. Maka, berdasarkan kaedah yang disebut ialah,

Pertama : Kita jangan salahkan Mu’awiyah, dan jangan salahkan Saidina Ali

Kedua : Kita cari orang yang melagakan mereka berdua, dan kita namakan sebagai pihak ketiga

Ketiga : Kita kecohkan bahawa pihak ketiga ini yang bersalah melaga-lagakan kedua-dua sahabat Nabi SAW ini.

Siapakah pihak ketiga dalam kes ini? Setelah pakar sejarawan Islam membuat kajian, mereka telah menyimpulkan bahawa pihak ketiga yang bersalah dalam kes Mu’awiyah dan Saidina Ali adalah Munafik. Iaitu, Abdullah bin Saba’. Beliaulah punca segala perpecahan di kalangan sahabat Baginda SAW. Bahkan beliau jugalah yang menyebabkan kemunculan Syi’ah, Khawarij dan banyak lagi.

Maka, tanggapan yang mengatakan ulama’-ulama’ kita memecahbelahkan umat melalui penulisan mereka adalah tuduhan yang tidak berasas. Bahkan, punca perpecahan adalah mereka yang memecahbelahkan ulama’-ulama’ itu. Mereka juga yang mengatakan ulama’ ini tidak betul, dan ulama’ itu tidak betul. Dia sahaja yang betul? Inilah munafik yang memecahbelahkan PAS hari ini.

Setelah kita mengenali pihak ketiga yang melakukan kesalahan tersebut, maka perlulah kita sebarkan supaya dapat menghentikan fitnah ini. Bahkan, kita perlu kecoh-kecohkan satu dunia bahawa pihak ketiga inilah yang bersalah dalam melaga-lagakan dua pihak. Maka, tidak timbullah perpecahan lagi.

PAS hari ini juga mengalami masalah yang sama. Pertama, mari kita jauhkan daripada menyalahkan Tok Guru Haji Hadi, dan kita juga senyap daripada menyalahkan Tok Guru Nik Aziz. Kedua, kita cari dan teliti, siapakah pihak ketiga yang mencetuskan masalah ini. Bila difikir-fikirkan, apa yang saya nampak adalah “media”.

Ya, medialah yang bertindak sebagai pihak ketiga, yang bertindak memecahbelahkan dua puak dalam PAS, walaupun dengan “tidak sengaja”. Sejauh manakah kebenaran ini? Ikuti sambungannya dalam siri 2.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, June 18, 2009

KEPUTUSAN PUN BELUM PUTUS LAGI… KITA PULA YANG LEBIH-LEBIH

Isu kerajaan perpaduan adalah satu ijtihad yang telah dikeluarkan oleh pimpinan kita. Ijtihad adalah satu bentuk pelaksanaan yang tiada dalil yang menceritakan tentangnya. Contoh ijtihad ialah perancangan perang, pentadbiran negara dan sebagainya. Ketika perang, ketua perang diberikan mandat untuk berijtihad dalam menentukan strategi. Tetapi, sekiranya dia layak menjadi ketua. Sekiranya ilmu pun takda, usah katakan berijtihad…

Strategi perang yang dilaksanakan oleh Baginda SAW sangat hebat, dan pelbagai bentuk. Terpulang kepada kita untuk memilih mana satu yang sesuai. Ketika Perang Uhud, Baginda SAW menjadikan pasukan pemanah sebagai benteng belakang. Ia digunakan supaya umat Islam tidak diserang melalui depan, dan belakang sekali gus. Maka, inilah gunanya kumpulan pemanah.

Tetapi, di dalam Perang Ahzab, lain pula caranya. Baginda SAW menerima pandangan Salman al Farisi untuk menggali parit besar sebagai strategi perang. Maka, terbukti pandangannya diterima, dan tidak salah bagi seorang ahli untuk memberi pandangan, asalkan tidak melampau dari batasannya, seperti menimbulkan fitnah dan sebagainya.

Demikian juga strategi-strategi yang lain. Ia mempunyai seni-seni tertentu. Begitu juga situasi kita di Malaysia hari ini. PAS mempunyai strateginya untuk menghadapi UMNO. Di dalam mengatur strategi tersebut, terdapat dua perbezaan pandangan, adakah kerajaan perpaduan lebih baik, atau tidak? Maka, sudah pasti kita akan bertanya kepada kapten perang..

Mana mungkin kapten itu ada dua… Ya, kapten perang itu satu sahaja. Tetapi, kapten perang ini telah dihantar oleh seorang raja. Raja tersebut menghantar seorang kapten, untuk mengatur strategi perang. Tetapi, setelah kapten itu membentangkan strateginya yang telah dirancang, kepada raja tersebut, timbul salah faham. Raja tersebut melihat bahawa strategi ini kurang sesuai, bahkan tidak membawa apa-apa untung.

Tetapi, kapten perang yang telah ditugaskan untuk berbuat demikian, mengatakan bahawa inilah strategi yang terbaik. Dalam masa yang sama, kedua-duanya hebat dalam berperang. Maka, kedua-duanya berbeza pandangan. Mana satu nak ikut..? Kapten perang, atau raja? Raja telah menyuruh aku ikut arahan kapten, dan aku telah berpegang dengan arahan tersebut. Tetapi, hari ini, kedua-duany berbeza… Mana satu nak ikut?

Tindakan yang sepatutnya bagi ahli, ialah menerima arahan, dan buat…. Jangan pandai-pandai nak ulas itu ini tanpa sebarang asas. Ahli tidak berhak masuk campur dalam urusan ini. Tetapi yang timbul hari ini, ahli nak tunjuk hero, kononnya dia adalah kapten perang. Ada yang mengecohkan keadaan dengan mengatakan bahawa “kita mesti ikut kapten,,..” Ada juga yang berkata “Kita mesti ikut Raja…” Hasilnya terbahagilah kepada dua kumpulan.

Wahai ahli, perbincangan mereka belum selesai. Tiada apa-apa keputusan yang sudah dibuat. Tiada sebarang arahan yang diberikan. Mereka berdua masih berbincang lagi. Apa yang kita sibuk-sibuk sangat nak jadi hero? Diam sudahlah. Bara tu jangan ditiup, nanti kena muka sendiri!! Siramlah dengan air.. Jangan jadi bodoh.. Tiada sebarang keputusan yang diputuskan. Kita sudah pandai-pandai buat arahan. Kita juga sudah pandai kata itu dan ini sedangkan kita langsung tidak berautoriti!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

JANGAN TERGESA-GESA HENDAK JADI HERO


Di dalam filem yang kerap kita tontoni, jarang kita dapat bahawa hero itu terlalu awal. Biasanya, hendak habis cerita, barulah hero itu menang. Tetapi, yang terjadi hari ini, terlalu ramai yang ingin memegang watak hero tersebut. Bahkan mereka terlalu awal muncul di dalam layaran internet sambil berlagak sebagai pemegang watak hero.

Cuba teka, kenapakah hero terlalu lambat menunjukkan aksinya? Kenapa tidak tunjuk mula-mula lagi? Ini kerana, sekiranya ditayangkan terlalu awal kehebatan hero, akan habislah modal cerita tersebut. Ataupun, cerita tersebut hambar dan memboringkan. Tetapi, yang terjadi hari ini, heronya terlalu ramai, sedangkan hero tersebut biasanya seorang sahaja. Bahkan, hero-hero ini terlalu cepat menunjukkan aksi.

Akhirnya, mereka akan bergelar hero yang terkandas, atau hero yang tidak bijak. Layak jadi pelakon tambahan sahaja. Menyusahkan. Sudahlah tidak pandai berlakon, ingin jadi hero pula. Apabila diberikan ruang berlakon, terlalu awal membuat aksi. Inilah perumpamaan yang sesuai untuk dikatakan kepada hero-hero yang lebih hebat daripada pengarah di dalam PAS.

Pengarah tak kata apa-apa lagi, hero sudah tunjuk belang. Ini filem siapa? Wahai blogger dan ahli PAS yang ramai, anda itu pelakon biasa sahaja. Apabila disuruh menjadi hero, andalah hero. Apabila disuruh menjadi ketua orang jahat, andalah orangnya. Kadangkala, seorang yang biasanya menjadi hero, akhirnya terpaksa berlakon sebagai ketua orang jahat. Ini kerana ia adalah arahan pengarah.

Contohnya, Yusof Haslam sendiri. Dia adalah ketua polis di dalam filem Gerak Khas, tetapi di dalam filem yang lain, berlakon sebagai ketua orang jahat… Ini semua adalah arahan pengarah. Dia juga pengarah… Suka hati dialah. Tetapi hari ini, kita bukan Presiden PAS untuk sesuka hati menjadi hero atau ketua orang jahat, atau sebagainya. Tunggu sahajalah arahannya.

Mana mungkin seorang pelakon boleh berkata kepada pengarah, “Aku tidak setuju dengan watak pelakon tambahan, aku lebih suka memegang watak hero…” Ini adalah kata-kata orang yang hendak tunjuk hero depan pengarah. Apakah yang terjadi akhirnya? Orang ini tidak diperlukan, hanya menyusahkan sahaja!

Jangan tergesa-gesa hendak menjadi hero. Jackie Chan pun, pada mulanya hanyalah pelakon biasa. Tetapi akhirnya beliau menjadi seorang pengarah filem yang hebat, bahkan hero yang hebat. Ini kerana dia tidak tergesa-gesa hendak menjadi hero. Tetapi, jelas berbeza dengan kita hari ini. Lebih sudu daripada kuah. Keputusan belum pun diputuskan lagi, kita sudah mula tunjuk taring kita yang masih tumpul!

Keputusan kerajaan perpaduan masih lagi dalam perbincangan, dan belum diputuskan lagi. Siapakah kita untuk berlagak sebagai hero? Hero yang muncul di layaran internet hari ini adalah hero yang tergesa-gesa. Akhirnya mereka akan terkandas, dan langsung tidak bergelar hero. Mereka lebih berbakat untuk membuat sampah sahaja!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, June 17, 2009

KEBEBASAN, ADAKAH DITUNTUT ATAU DILARANG?

Di dalam memperjuangkan satu bentuk kebebasan, perlulah difahami bahawa di sana terdapat etika-etika yang digariskan oleh Allah SWT. Kita sememangnya tidak wajar menuntut kebebasan bersuara sehingga mencetuskan fitnah. Kalau dahulu, kita sibuk-sibuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara ini, tetapi akhirnya, ia telah disalahgunakan oleh kita sendiri. Maka, kita sepatutnya memahami, dimanakah yang dikatakan kebebasan bersuara, dan dimanakah yang dikatakan sebagai fitnah.

Kebebasan bersuara, boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, kebebasan yang dituntut, dan kedua kebebasan yang dilarang. Sama juga seperti perniagaan. Di sana terdapat perniagaan yang dituntut dan perniagaan yang diharamkan. Begitu juga kebebasan makan. Terdapat kebebasan makan yang dituntut, dan kebebasan makan yang dilarang.

Kebebasan makan yang dituntut ialah bebas makan apa sahaja asalkan halal. Kita tidak pernah dipaksa untuk makan sesuatu yang kita tidak suka, melainkan makan ubat yang dipaksa oleh doktor, atau dipaksa makan apabila boleh membawa maut sekiranya tidak makan. Kebebasan makan yang dilarang pula ialah bebas makan apa sahaja, sehinggakan memakan buah rambutan di kebun orang, memakan makanan haram, dan sebagainya.

Maka, kita sepatutnya memperjuangkan kebebasan yang dituntut, dan kita menolak kebebasan yang dilarang. Perjuangan menuntut kebebasan yang dituntut seperti seorang yang berjuang untuk makan makanan yang dimilikinya. Tetapi kebebasan ini telah dilenyapkan oleh Kapitalis yang menafikan pemilikan individu. “Sayur yang aku tanam sendiri pun belum tentu aku punya” Ini adalah fahaman Kapitalis.

Maka, kita seharusnya memperjuangkan kebebasan makan, yang dinafikan oleh Kapitalis. Tetapi ia berbeza dengan kebebasan yang dilarang. Kita juga dilarang memperjuangkan kebebasan yang dilarang ini. Contohnya memperjuangkan kebebasan orang Islam untuk makan daging khinzir, atau meminum arak. Maka, perjuangan menuntut kebebasan ini adalah haram dan sepatutnya dihapuskan.

Maka, sama sahaja dengan kebebasan bersuara. Kita dituntut memperjuangkan kebebasan bersuara yang dituntut, dan kita dilarang memperjuangkan kebebasan bersuara yang dilarang. Kebebasan bersuara yang dituntut. Contohnya kita memperjuangkan kebebasan bersuara menuntut keadilan, dan kita dilarang memperjuangkan kebebasan menabur fitnah, mereka cerita dan sebagainya.

Maka, kedua-dua perbezaan ini seharusnya jelas dan difahami dengan baik. Nak tidur pun, bukan senang-senang kita boleh tidur. Kita tidak dibenarkan tidur di kawasan laluan orang ramai seperti di tengah jalan raya, di rumah orang lain tanpa kebenaran dan sebagainya. Tetapi kita bebas tidur di mana sahaja, “yang dibenarkan”.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

KEBEBASAN BERSUARA SAMA SAHAJA DENGAN KEBEBASAN BUANG AIR BESAR MERATA


Beberapa golongan yang mendakwa kebebasan bersuara, sepatutnya menyedari bahawa mereka juga menyeru kepada kebebasan buang air besar merata. Islam tidak melarang umatnya daripada bebas bersuara, tetapi hendaklah beretika. Sama juga dengan orang yang buang air besar, dia bebas buang air besar di mana-mana, tetapi asalkan tidak menyusahkan orang, dan mengganggu kesegaran udara persekitaran.

Setiap orang tidak mungkin boleh mendakwa bahawa aku bebas buang air besar di mana-mana, kerana aku punya najis, jadi sukahati aku lah. Maka, begitu juga dengan suara. Setiap orang mempunyai suara, dan adakah dia bebas bersuara sesuka hati? Adakah dia juga bebas membuang najis merata sesuka hatinya? Sudah pasti tidak. Namun, inilah yang diperjuangkan oleh sebilangan orang.

Islam memberi kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan sebagainya. Tetapi ia mempunyai etika-etika tertentu. Manusia bebas beragama, tetapi diharamkan murtad. Manusia bebas bersuara, tetapi diharamkan menyebar fitnah, atau membuat spekulasi haram. Tambahan pula, fahaman Faminisme yang menyuntik supaya perempuan diberi kebebasan.

Kebebasan bersuara hari ini, bukanlah satu bentuk kebebasan yang total. Manusia yang dipenjara, tidak bermakna dia dipenjara secara total. Begitu juga mereka yang bebas, mereka juga bukan bebas secara total. Sebaliknya mereka yang dipenjara itu, sama sahaja dengan mereka yang sedang bebas.

Apabila dipenjara, nak buat jahat pun payah. Kita lebih dekat dengan Allah. Berbanding apabila kita bebas. Kita semakin lupakan Allah kerana begitu ramai pendamping kiri dan kanan. Apabila dipenjara, pendamping kita hanya Allah, dan kita sendiri menyedari demikian.

Begitu juga orang yang mendakwa bahawa dia bebas bersuara, bebas mengkritik, bebas memberi pandangan dan pelbagai lagi kebebasan. Sekiranya kita berkata sedemikian, seolah-olah kita memberikan peluang kepadanya untuk melampau. Hendak bersuara, mengkritik dan sebagainya tiada masalah, asalkan jangan melampau, sudahlah…

Begitu juga orang yang ingin membuang air besar. Hendak buang, buanglah, asalkan jangan melampau, sudahlah. Antara bentuk pelampauan dalam membuang air besar ialah, membuang merata-rata. Ia akan mengganggu ketenteraman orang lain. Walaupun sekiranya seseorang itu tidak membasuh najisnya. Adakah dia boleh berhujah, “ini aku punya, suka hati akulah hendak basuh atau tidak..”

Layakkah dia berkata demikian, sedangkan dia menyusahkan orang lain? Begitu juga dengan orang ingin bersuara. Bolehkah dia berhujah, “ini suara aku, ini blog aku, suka hati akulah nak kritik siapa…” Ya, anda boleh kritik sesuka hati dengan blog anda. Tetapi dengan syarat, jangan libatkan orang lain, dan jangan timbul fitnah! Kritiklah diri sendiri atau sebagainya.

Hendak mengemukakan pandangan, silakan. Tetapi kadangkala, katanya sahaja ingin mengemukakan pandangan, tetapi hakikatnya mengkritik, dan menabur fitnah. Dia kata dia hanya mengemukakan pandangan, tetapi hakikatnya menabur fitnah. Kemukakanlah pandangan selagi mana ia tidak bercanggah dengan syara’. Akhir sekali, janganlah buang air besar merata-rata dengan menggunakan suara anda yang dikatakan mempunyai kebebasan…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SIS MEMPERJUANGKAN HAK MEMBUANG AIR BESAR MERATA-RATA

Asyik-asyik “buang air besar”. Takda ayat lainkah? Ya, inilah ayat yang sesuai dengan perjuangan mereka yang kotor itu. Mereka memperjuangkan hak buang air besar merata tempat. Selain itu, mereka memperjuangkan kebebasan wanita. Kononnya wanita itu dipenjara. Ingin bebas dari penjara atau ingin bebas menjadi betina liar?!!

Apakah kebebasan yang dituntutnya? Kebebasan tersebut tidak lain ingin menjadikan perempuan-perempuan ini liar. Liar seperti binatang. Inilah ajaran sesat fahaman ini. Cuba kita bayangkan dengan seekor Burung Kakak Tua yang kita sayang. Kita begitu susah untuk mendapatkannya. Lalu kita akan letakkannya di dalam sangkar burung dan diberi makan tiap-tiap hari.

Bahkan Burung Kakak Tua ini dijaga dengan rapi, sehinggakan pemelihara burung ini sanggup berlapar, asalkan burung tersebut tidak lapar. Biar burung tersebut cantik, walaupun dirinya sendiri belum mandi. Dan sebagainya. Kenapakah burung itu dikurung? Kenapakah ia diletakkan di dalam sangkar? Bukankah ia juga hendak terbang bebas?

Ya, jawapannya sangat mudah. Ini kerana kita sayangkannya. Sekiranya ia bebas berterbangan, ia bukan lagi menjadi milik kita. Ia tidak lagi menjadi perhiasan yang cantik bagi tuan rumah. Ia tidak lagi terjaga dengan rapi. Kalau sebelum ini ia diberi makan dengan makanan yang mahal, tetapi setelah ia bebas, ia mendapatkan makanannya dengan mematuk tanah mencari cacing.

Kebebasan wanita hanyalah bertujuan menjaga dan memeliharanya. Ia diberi didikan yang sempurna. Berbanding sekiranya ia bebas dengan caranya sendiri, dia akan mencari cacing-cacing yang kotor di merata tempat. Dia tidak lagi bernilai. Dia tidak lagi menjadi perhiasan yang cantik di rumah. Sebaliknya menjadi perhiasan yang sudah tidak laku di luar sana.

Sayangilah kaum wanita. Mereka perlu dijaga, dan dipelihara. Jangan biarkan mereka dinodai oleh fahaman Feminisme yang menjadikan mereka liar. Liar mencari cacing-cacing di merata tempat. Akhirnya mereka terbiar begitu sahaja. Mereka hanya menambahkan sampah pada masyarakat. Mereka tidak lagi umpama bunga yang dipelihara.

Maka, perjuang SIS hanya memperjuangkan penternakan betina menjadi liar. Mereka lebih suka kaum wanita yang asalnya lembut, menjadi seekor betina yang tidak kenal akhlak, tidak kenal erti kesopanan, aurat dan maruah. Mereka lebih suka melihat kaum wanita menjadi hina sebegini. Adakah kita hanya membiarkan sahaja?

Adakah GAMIS sudah cukup hebat untuk mengatakan bahawa kebebasan mereka perlu diberikan? Tanggapan silap bagi mereka yang mengatakan bahawa SIS itu memperjuangkan hak wanita. Wanita tidak berhak menjadi liar! Wanita tidak berhak menjadi si betina liar! Mereka langsung tidak berhak. Mereka itu sepatutnya menjadi bunga yang cantik terpelihara. Mereka ada maruah. Jangan biarkan maruah mereka dijahanamkan oleh diri mereka sendiri!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

GAMIS PANDAI BUAT GEMPAK, JANGAN LEBIH-LEBIH SUDAH..


Sejak kebelakangan ini, saya melihat GAMIS seolah-olah ingin membuat gempak. Dan saya rasa, tindakan tersebut, kadangkala wajar. Entah, ini sekadar pandangan peribadi. Pada mulanya, mereka memukul, kemudian minta maaf. Hebat juga cara mereka berpolitik. Tetapi, perlu diingat, jangan sampai inginkan PANAS sehinggakan terpaksa mencetuskan fitnah. Memang tidak dinafikan, mereka rajin mencipta panas itu.

Sebelum ini, telah dibahaskan tentang isu SIS, Dewan Ulama’, dan sebagainya. Mereka seolah-olah membangkang sekeras-kerasnya tindakan PAS. Tetapi, akhirnya minta maaf secara terbuka. Hm… sengaja buat gempak. Sepertimana yang saya ingatkan, kalau inginkan gempak pun, jangan sampai timbul fitnah, dan jangan pula berlebih-lebihan. Bimbang tersilap cara…

Mereka berjaya melakukan gempak sehinggakan saya sendiri teringin untuk menulis tentang mereka di dalam artikel ini. Artikel ringkas ini bukanlah berniat untuk memburuk-burukkan mereka, dan bukan juga untuk membuat gempak, tetapi sekadar menasihati. Saya belum cukup gempak untuk menandingi kegempakan mereka selama ini. Dan saya tidak pandai untuk menghasilkan gempak itu. Tetapi saya pandai untuk tidak mencetuskan fitnah.

Tetapi bagus juga kepanasan yang dicipta mereka. Kerana ramai orang tersentak dan bertindak untuk memberikan teguran kepada mereka. Ada juga yang mengkritik dan sebagainya. Maka, gempak mereka berjaya menimbulkan kesedaran dan sentakan kepada mereka yang sedang tidur. Tetapi kadangkala, ia berpotensi untuk menghidupkan fitnah yang tidak pernah ada sebelum ini.

Maka, nasihat saya secara peribadi, teruskanlah gempak tersebut selagi mana tidak menimbulkan fitnah terhadap golongan mahasiswa. Banyak inisiatif lain yang lebih sesuai, dan lebih selamat. Tidak perlu bersusah payah untuk membuat gempak, dengan dikepilkan dengan fitnah tanpa disedari. Ia hanya mencemarkan imej mahasiswa, dan mengganggu kefahaman manusia awam.

Pastikan gempak anda tidak melibatkan perkara “usul” atau perkara yang berkait dengan pegangan. Contohnya seperti SIS. Kalau nak buat gempak pun, janganlah sampai merobek pegangan. Orang akan beranggapan bahawa SIS dibela oleh GAMIS, sedangkan ia adalah perkara utama. Hasilnya, ia hanya menimbulkan fitnah terhadap mereka. Kemudian mereka datang meminta maaf. Gempak seperti ini jangan diulangi lagi.

Ia hanya menambahkan jahanam kepada Islam. Inilah sepertimana yang saya sebutkan, kalau nak buat gempak, jangan sampai lebih-lebih dan melanggar etika. Ia hanya menimbulkan fitnah, dan merosakkan kefahaman manusia. Orang biasa akan berhujah bahawa “Apa buruknya SIS, GAMIS pun sokong SIS…” Habis… hancur kefahaman manusia biasa. Begitu juga isu Dewan Ulama’.

Dan, apa yang perlu diperhatikan ialah tentang “gempak” dan “penjelasan semula”. Orang lebih nampak gempak berbanding penjelasan semula. Penjelasan semula orang tak mandang dah… jadi, risikonya lebih besar. Maka, berpolitiklah dengan baik. Jangan lebih-lebih…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, June 16, 2009

MAKLUMAN PENTING

PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, ARTIKEL YANG PENTING UNTUK DIFAHAMI. HASIL KARANGAN DR ABDUL KARIM ZAIDAN DI DALAM BUKU USUL DAKWAH, TENTANG ISU PERBEZAAN PANDANGAN DALAM PAS. SILA SEBARKAN
.
Artikel yang bertajuk "SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN"
.
Sila klik di sini - SIRI 1 dan SIRI 2
.
.

DIMANAKAH ERTI KEPATUHAN KEPADA PIMPINAN?

Masing-masing ingin membawa jalan,
Tidak mahu ikut pimpinan,
Kalau begini, tiadalah pengakhiran,
Melainkan tersungkur di pertengahan..
.
Sirah Nabi SAW telah menceritakan tentang satu peristiwa tragis yang sepatutnya menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang pejuang, yang sedang berjuang menegakkan Islam. Peristiwa ini juga sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Perang Uhud. Perang Uhud sepatutnya mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang terjadi ketika itu.

Sebelum berlakunya perang, Nabi SAW sebagai seorang pemimpin perang, telah memberi beberapa arahan kepada tentara perang. Antara arahan yang diberikan ialah kepada bahagian pemanah. Kumpulan pemanah diperintahkan supaya berada di atas bukit dan jangan sekali-kali berganjak daripada kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Inilah arahan Baginda SAW kepada tentera pemanah yang ditugaskan untuk berada di atas bukit.

Ketika peperangan terjadi, kelihatan umat Islam sedang meraih kemenangan. Pada peringkat ini, umat Islam hampir boleh dikatakan menguasai peperangan, dan berjaya menghalau orang kafir yang berbaki. Maka, apabila orang kafir bertempiaran lari, mereka telah meninggalkan harta-harta mereka. Lalu harta-harta tersebut adalah harta rampasan perang.

Maka, umat Islam ketika itu berlumba-lumba memungut harta tersebut. Bahkan, tentera pemanah yang berada di atas bukit, turut sama ingin memungut hasil rampasan perang tersebut. Sedangkan Nabi SAW sudah memberi arahan supaya tidak berganjak daripada kedudukan asal mereka. Tetapi disebabkan keindahan harta yang berada di hadapan mata, mereka tidak lagi mematuhi arahan tersebut.

Mereka berkata “kita sudah menang, tunggu apa lagi..” Bahkan mereka menganggap bahawa berdiam diri di atas bukit hanya merugikan sahaja. Apa perlunya kita berada di atas bukit lagi sedangkan kita sudah menang? Ia hanya merugikan sahaja.. Sedangkan arahan Baginda SAW tadi, diletakkan ke tepi.

Melihat keadaan itu, maka, romponglah satu pasukan tentera Islam. Ini kerana pasukan pemanah tersebut bertindak sebagai bahagian serangan belakang yang boleh melumpuhkan tentera kafir. Tetapi apabila pasukan ini sudah hilang posisinya, maka ia memberi pulangan yang besar kepada orang kafir untuk melancarkan serangan kedua.

Lalu serangan kedua pun dilancarkan dalam keadaan umat Islam sedang sibuk memungut harta perang. Sehingga menyebabkan umat Islam hampir-hampir kalah, dan Baginda SAW hampir dibunuh. Semuanya disebabkan keingkaran pasukan pemanah tersebut terhadap arahan Baginda SAW.

Pengajaran di sini ialah, patuhlah setiap arahan dan keputusan. Adakah kita ingin biarkan UMNO menghapuskan PAS ketika kita sedang bergaduh sesama kita? UMNO boleh sahaja menyerang kita semula disebabkan kita sendiri sudah berani melawan keputusan pimpinan. Bahkan kita sendiri bergaduh sesama sendiri, sedangkan keputusan itu di tangan Presiden.

Cuba bayangkan seolah-olah Presiden PAS sedang memberi arahan kepada kita .. “Jangan tinggalkan posisi anda!” Tetapi kita menjawab, “Apa gunanya posisi ini pada saya, saya lebih suka dengan posisi lain..” Atau anda menjawab “Posisi ini tidak sesuai, Presiden tidak patut mengatur strategi seperti ini..” Maka, apakah yang akan terjadi selepas itu?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

HISHAMUDDIN SUDAH HABIS MODAL UNTUK KELENGTONG

Saya terjumpa artikel ini di dalam laman Cina Islam :
.


“Hishamuddin Menjawab Soalan Kewajaran Polis Ceroboh Dun Perak

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin memberi jawapan bahawa tindakan polis masuk ke dalam Dewan dengan arahan daro Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, penanya soalan asal, DS.Anwar Ibrahim bertanya apa alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikannya.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankannya, kononnya tindakan polis adalah permintaan dari Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kami kalau tidak berpuashati.

Menjawab soalan tambahan dari tangga batu, Hishamuddin mengulangi sekali lagi supaya mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuashati.”

Ulasan

Hishamuddin, sudah habis modalkah? Tidak tahu hendak jawab? Memang banganglah kalau polis menceroboh dengan permintaan daripada seseorang yang belum sah jadi speaker! Kalaulah saya boleh ketawa di dalam artikel ini, sudah pasti saya akan ketawa terbahak-bahak. Cumanya, ia hanya dapat ditulis sahaja. Kalau boleh, ingin juga saya ketawa terbahak-bahak di depan Hishamuddin ini. Kenapalah dia menjawab sebegini.

Dia menyebut berulang kali tentang tindakan undang-undang dan mahkamah. Satu lagi bentuk kebangangannya. Adakah dia menyangka rakyat ini terlalu mudah diperbodohkannya? Wahai Hisham, anda tu dah tak lama. Nanti kalau sudah mati, apa yang dapat dijawab di hadapan malaikat? Hendak kelentong juga?

Kalaulah Malaikat bertanya, kenapakah engkau mengkelentong di dalam Dewan? Adakah kamu ingin menjawab “Kalau saya kelentong, sila buktikan. Bawalah saya ke mahkamah kalau tak puas hati dengan jawapan saya….” Kalaulah saya jadi Malaikat, saya akan tergelak dengan jawapannya ini. Adakah dia ingat dia boleh kelentong di dalam kubur? Adakah dia boleh kelentong di mahkamah Allah?

Di dunia lagi beliau sudah terkencing untuk menjawab soalan itu, apatah lagi soalan di kubur? Anwar Ibrahim bukan malaikat pun. Rupanya juga langsung tidak garang seperti malaikat di dalam kubur. Namun, Hisham masih gagal lagi untuk menjawab dengan baik. Bagaimanakah pula di kubur nanti?

Katakan sahaja bahawa tindakan tersebut salah, dan tidak sepatutnya dibuat. Cakap sahaja yang UMNO telah memberi arahan kepada polis untuk lakukan semua itu. Hendak sembunyi apa lagi?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MAHASISWA PERAK DESAK PBB, KERAJAAN THAILAND SELESAI SEGERA KEMELUT BERDARAH

Berikutan tragedi berdarah di Selatan Thailand Selasa lalu yang melibatkan 12 orang penduduk mati ditembak, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ( BERSATU PERAK ) tampil mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Thailand supaya menyelesaikan segera kemelut berdarah di wilayah itu.

Presiden persatuan tersebut, Mohd Hafez bin Sabri melalui kenyataan media yang dihantar semalam menyatakan konflik yang berlaku di Selatan Thailand sehingga kini masih belum dapat diselesaikan. Sejak 2004 berlakunya kemelut, hampir 3,700 jumlah umat Islam yang tidak berdosa dibunuh tanpa sebab. Bantuan ketenteraan yang disalurkan oleh kerajaan Thailand , menambahkan lagi parah konflik di wilayah bergolak itu.

Pada tarikh 9 Jun 2009 (Selasa), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan 12 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok telah ditembak mati oleh sekumpulan penyerang bersenjata rifel M-16 dan pump-gun, berseragam hitam dan bertopeng. Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit.

Dalam kenyataan media berkenaan, ( BERSATU PERAK ) berpendirian kemelut yang berlaku sejak 6 tahun dahulu itu tidak akan berkesudahan sehinggalah ketenteraan Thailand diundurkan dari wilayah tersebut dan umat Islam diberikan kuasa dan hak autonomi terhadap wilayah mereka.

“Kami ( BERSATU PERAK ) mendesak kerajaan Thailand yang diketuai oleh Abhisit Vejjajiva bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian berdarah tersebut. Kerajaan wajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan pembunuh tersebut disamping mengadakan tindakan pencegahan.

( BERSATU PERAK ) menggesa kerajaan Malaysia dengan segera bertindak membantu menyelesaikan konflik selatan negara tersebut. Kerajaan Malaysia digesa agar menyalurkan bantuan pendidikan kepada wilayah tersebut bagi menyelamatkan umat Islam di selatan Thailand .

( BERSATU PERAK ) juga mendesak konflik selatan Thailand ditamatkan dengan memberikan ruang dan kuasa kepada umat Islam menjalankan kehidupan mereka tanpa sekatan dan ancaman.

( BERSATU PERAK ) akan memanjangkan desakan ini dengan menghantar surat tuntutan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Pengerusi OIC dan ASEAN agar ada desakan di peringkat antarabangsa terhadap isu penindasan & jenayah kemanusiaan ini,” jelas Hafez Sabri.

Dalam pada itu, dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan senapang automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 12 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera.

Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand.
BERSATU PERAK

Monday, June 15, 2009

JANGAN MENTERNAK TIKUS DALAM RUMAH PAS


Inilah artikelku khas ditujukan kepada penternak-penternak tikus di dalam rumah PAS. Walaupun di sana terdapat percanggahan pendapat, namun, kita janganlah menggolongkan diri kita sebagai penternak tikus! Kedua-dua pihak bencikan penternak tikus ini. Tidak kira kerajaan campuran atau tidak, kedua-duanya pasti bencikan penternak tikus ini.

Siapakah yang dikatakan sebagai penternak tikus? Mereka adalah orang yang cuba membiakkan benih-benih fitnah dalam PAS. Siapakah mereka? Carilah sendiri. Jangan tunding sesiapa, tetapi tunding pada diri sendiri. Akukah orang itu? Akukah penternak tikus? Sekiranya anda merasai bahawa anda adalah penternak tikus itu, maka, hentikanlah kerja kotor itu. Ia hanya menambah susah kepada banyak pihak.

Kita tidak diajar untuk menunding itu dan ini. Kita tidak diajar memburukkan sesiapa dari kalangan pimpinan kita. Tetapi penternak tikus ini mengajar benda-benda itu semua. Mereka suka sekiranya tikus-tikus berkeliaran di dalam rumah PAS. Dia juga suka tikus-tikus menghurung makanan di atas meja. Bahkan dia juga suka penambah biakan tikus-tikus ini. Bahkan mereka juga membantu menambahkan bilangan keluarga tikus!

Hasilnya, tikus-tikus ini akan memakan pakaian dan seluar sehingga berlubang. Apabila pakaian itu dipakai, maka akan terdedahlah keaiban orang yang berada di rumah tersebut. Bayangkanlah, rumah PAS ini sedang diternak tikus. Maka, mana-mana ahli PAS yang memakai baju tersebut, akan terlihatlah keaibannya. Ini semua disebabkan beberapa orang yang menternak tikus!

Disebabkan mereka, habis semua kena. Habis semua orang terdedah keaiban masing-masing. Inikah yang dikatakan sebagai usaha murni? Penternakan tikus adalah usaha yang murni? Ada yang merasakan bahawa kita perlu menternak kucing, untuk menghalau tikus-tikus ini. Tetapi reality hari ini, tikus pun sudah berani melawan kucing!

Lihatlah, tikus-tikus yang telah diternak. Sudah berani mengkritik pimpinan masing-masing! Sudah pandai berhujah itu dan ini sedangkan mereka tidak tahu. Kalau anda merasakan diri itu hebat, dan sudah cukup potensi, bandingkan pula dengan Husam! Adakah anda mempunyai pengetahuan sepertinya? Atau anda hanya tahu cakap sahaja?

Bandingkan juga diri anda dengan Presiden PAS. Langsung tak layak! Tikus-tikus ini yang tidak pernah berada di dalam pimpinan, sudah berani memegang watak hero. Maka, saya mengharapkan kepada mereka yang bukan menternak tikus, supaya memukul tikus-tikus ini. Jangan bagi mereka begitu senang membuat kerosakan di rumah kita.

Janganlah jadi kucing yang pengecut. Bahkan kita juga perlu memukul penternak-penternak tikus ini sekali supaya dia sedar. Kadangkala, penternak tikus ini tidak tahu bahawa tikus ini merosakkan. Maka, kita perlu mengajarnya supaya dia mengetahui.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, June 14, 2009

DEBAT KERAJAAN CAMPURAN HANYA MENAMBAH RUMIT

Terdengar bunyi bahawa akan diadakan debat kerajaan campuran. Entah apa kejadahnya. Menambah rumit sahaja. Tujuan debat ini diadakan kerana untuk mencambahkan pemikiran. Itu kata penganjur. Tetapi hakikatnya ia hanya menambahkan busuk sahaja! Lebih menyusahkan dan lebih berpotensi untuk mengembangkan daya kekuatan fitnah selama ini.

Inilah antara bentuk “tunjuk hebat” yang bakal dilakukan. Perdebatan tentang kerajaan campuran ini, hanya melahirkan generasi-generasi yang hebat berak di tengah jalan sepertimana artikel sebelum ini. Konon hendak jadi hero. Kenapa perlu membentuk satu virus untuk menjana fitnah yang lebih banyak?

Kalau hendak buat pun, buatlah program penerangan tentang kerajaan campuran, atau sebagainya. Tindakan untuk mengadakan debat, hanya menguntungkan UMNO sahaja. UMNO dari dulu seronok bertepuk tangan melihat pertelagahan di dalam PAS. Sedangkan kita berlumba-lumba untuk menjadi hero dalam isu ini. Memang merugikan.

Kadangkala, debat itu perlu dilaksanakan untuk mencambahkan idea. Tetapi kadangkala ia juga berpotensi untuk menghidupkan lagi fitnah. Orang yang bodoh akan mengatakan bahawa, “kenapa kita hanya memikirkan fitnah itu ini.. cuba tengok faedahnya..”. Ini hanyalah kata-kata si bodoh yang patut masuk sekolah rendah semula, dan belajar subjek Sains darjah empat.

Kita belajar eksperiman seawal darjah empat, dan kita mengenali hipotisis, kesan eksperimen, manipulasi dan sebagainya. Kalau hanya inginkan faedahnya, banyak benda lain kita boleh buat. Contohnya seorang pencuri professional. Dia terfikir untuk mencuri duit di dalam bank yang paling kaya di dunia. Tetapi, bank tersebut mempunyai sekuriti yang paling canggih di dunia.

Maka, pencuri yang bangang, akan memejamkan mata daripada melihat sekuriti tersebut. Dia hanya melihat kepada kekayaan bank itu. Sedangkan dia tidak mungkin dapat mengutip semua duit bank tersebut! Maka, hasilnya, dia telah mementingkan pulangan, tanpa melihat kesan yang terjadi. Tidak mungkin dia mampu mencuri semua duit. Maka, apakah gunanya “bank terkaya” itu pada dirinya?

Kita jangan lupa, debat ini hanya menambah masalah sahaja. Tiada percambahan berlaku. Sebaliknya hanya menambah racun sahaja. Apabila pemikiran ahli PR diracuni, maka apakah jalan untuk memulihkannya? Contohnya seperti pembiakan tikus di rumah. Kita tidak akan gembira apabila menerima berita kelahiran anak tikus baru! Kerana tikus itu menyusahkan sahaja.

Debat ini hanya menambahkan tikus-tikus sahaja. Bukannya menambahkan maklumat. Maka, adakah kita gembira dengan penambahan bilangan tikus? Percambahan pemikiran boleh terjadi dalam dua bentuk, samada percambahan yang baik, atau percambahan yang merosakkan. Maka, percambahan yang baik perlu dikembangkan dan dilaksanakan. Manakal percambahan yang merosakkan, perlu dihapuskan segera.

Keterbukaan yang kita inginkan bukanlah keinginan untuk melampaui batas. Keterbukaan hanya terhad di dalam batasan yang dikawal. Adakah kita inginkan keterbukaan yang melampau? Hentikanlah rancangan untuk mengadakan debat ini. Ia hanya merugikan sahaja.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Saturday, June 13, 2009

HERO-HERO YANG BERAK DI TENGAH JALAN!

Asyik-asyik Isu Kerajaan Campuran.. Takda lain kah? Payah sangatkah untuk menerima keputusan Presiden? Adakah kita tidak faham erti ketaatan? Atau kitakah yang lebih hebat, atau lebih berkuasa membuat keputusan? Pening tak sudah. Kadangkala, si ibu juga serabut apabila melihat anak-anaknya bergaduh, walaupun untuk merebut satu kebaikan. Geram juga. Pening pun ada… akhirnya semua pakat tunjuk hebat.

Hampir setiap blog, terdapat ulasan khususnya tentang kerajaan campuran. Masing-masing hendak tunjuk hero dalam isu ini. Masing-masing cuba tunjuk bahawa dia lebih layak untuk berkata dan mengulas isu ini. Saya sendiri tidak berniat dan tidak berminat untuk mengulas tentang kerajaan campuran, tetapi saya cukup suka untuk mengulas tentang ulasan-ulasan yang bertimbun-timbun itu.

Kalaulah kita pungut semua artikel dalam blog-blog itu yang mengulas tentang kerajaan campuran, sudah pasti ia akan berjaya memenuhi bakul-bakul sampah di sebuah negeri. Setiap orang boleh dan bebas mengeluarkan pandangan masing-masing, tetapi hendaklah beradab dan mengikut etika! Kalau ada yang berkata “Suka hati akulah, blog aku, aku punya pasallah..”

Maka, saya menjawab soalan ini dengan menceritakan tentang perumpamaan orang yang berak di tengah jalanraya. Apabila seorang pengguna jalanraya bertanya, “kenapa engkau berak di sini? Takda tandas ke?”. Lalu orang yang berak itu dengan selambanya menjawab “Suka hati akulah, aku punya najis.. perut aku juga…” Patutkah jawapan ini disuarakan?

Ya, setiap orang bebas bersuara, dan berhak terhadap blognya. Tetapi setiap orang tidak sama sekali berhak untuk “berak” di kolum-kolum internet. Mereka juga tidak berhak untuk “berak” di layaran internet sesuka hati! Pergilah tandas kalau hendak berak! Jangan cemarkan imej sendiri kerana beranggapan aku berhak terhadap diri aku. Sedangkan hakikatnya, ia sangat menyusahkan!

Masih ramai yang tidak faham etika ini. Memang benar mereka berhak terhadap blog mereka, tetapi mereka tidak berhak untuk melempar najis mereka sesuka hati. Sedap mulut sahaja tuduh orang itu dan ini. Pandai juga mengulas tentang kerajaan campuran, sedangkan hanya tahu buat najis sahaja. Cuba diamkan mulut anda daripada terus membusukkan PAS!

Orang yang hanya tahu berak di tengah jalan, tidak sepatutnya menganggap diri mereka sebagai hero! Adakah kerana keberaniannya berak di tengah jalan, boleh menjadikan dirinya sebagai hero? Jauh sekali! Langsung tak layak. Janganlah berangan menjadi hero kalau habuk pun tidak tahu. Hero bukanlah mereka yang berani untuk mengaibkan diri mereka.

Selain itu, saya menganggap nasihat kali ini agak lembut. Sepatutnya lebih kasar lagi. Kerana mereka berani mencaci dan memburukkan sesuatu yang baik. Apakah autoriti kita untuk melibatkan diri dalam perbezaan pandangan pimpinan? Adakah kita juga ingin menjadi hero jalanan, sedangkan kita tidak tahu langsung.

Kalau Husam mengemukakan pandangan tersebut, dia tahu dan arif. Manakala Presiden membuat keputusan juga kerana kehebatannya dalam berpolitik. Kita pula? Pandai melaga-lagakan pimpinan! Kita juga ingin berlumba-lumba supaya dikenali ramai dengan sikap buruk yang membuang najis di tengah jalan. Kononnya untuk famous!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, June 12, 2009

MASING-MASING BEREBUT UNTUK MENYELAMATKAN PAS

Krisis kerajaan campuran masih lagi belum selesai, bahkan semakin menimbulkan jutaan pandangan dan hujah. Mungkin dari satu sudut, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tetapi hakikatnya, ia juga perlu terjadi. Ya, percanggahan pandangan dalam masalah kerajaan campuran, perlu juga terjadi. Ini kerana masing-masing berebut dan bercanggah semata-mata untuk menyelamatkan PAS.

Ia jelas berbeza dengan UMNO dalam perhimpunan agungnya sebelum ini. Pimpinan UMNO hanya dilihat merebut jawatan untuk mendapatkan kepentingan masing-masing. Bahkan, menjaga periuk nasi sendiri. Tetapi ia jelas berbeza dengan PAS. Percanggahan pandangan di dalam PAS, membawa kepada keterbukaan, dan semakin ramai rakyat berpusu-pusu mengkaji tentang hakikat ini.

Percanggahan pandangan juga berpunca kerana sayangnya mereka terhadap PAS. Bukanlah kerana kepentingan sendiri. Contoh sepertimana yang terjadi di dalam sebuah keluarga, yang mempunyai 2 anak lelaki, dan seorang adik perempuan yang bongsu. Masing-masing berebut-rebut untuk dokong adik perempuan bongsu tersebut yang masih kecil. Si Abang berkata bahawa dia lebih berhak untuk mendokong adik perempuan tersebut.

Begitu juga si Angah, yang mengatakan bahawa dia lebih berhak. Mungkin si Angah berhujah bahawa abangnya tidak pandai mengokong adik perempuan mereka, atau abangnya agak kasar. Manakala si Abang pula, mengemukakan hujah bahawa Angahnya masih kecil untuk mendokong, dan belum ada pengalaman mendokong seorang adik perempuan.

Masing-masing mengemukakan hujah, untuk berebut mendokong adik perempuan mereka. Kedua-dua abangnya bergaduh untuk memberi kasih sayang kepada seorang adik perempuan mereka. Maka, apabila si Ibu datang melihat gelagat mereka, si Ibu hanya tersenyum melihat gelagat dua anak lelakinya. Bahkan, ibunya tidak menghalang mereka berdua untuk mendokong adik perempuan mereka.

Kedua-dua puak sayangkan PAS. Terpaksa bertikam lidah untuk menyelamat dan meninggikan PAS. Masing-masing mengemukakan hujah untuk menunjukkan bahawa mereka lebih berhak dan lebih sayangkan PAS. Disebabkan sayangnya mereka terhadap PAS inilah, yang membuatkan mereka terpaksa bertikam lidah. Kedua-duanya sayangkan PAS.

Jelas berbeza dengan UMNO. Umpama dua orang adik beradik yang berebut mendapatkan coklat. Siapa yang menang pergaduhan, akan berjaya menikmati coklat yang tak seberapa. Tetapi biasanya si Abang akan menang. Maka, Najib dan orang-orangnyalah yang biasanya menang untuk mendapatkan coklat.

Mereka hanya menang untuk mendapatkan coklat, walaupun terpaksa bertikam lidah, dan bergaduh. Bahkan terpaksa memperuntukkan wang yang besar untuk merasuah dan sebagainya. Semata-mata untuk mendapatkan coklat tersebut! Bukan kerana sayangkan UMNO! Kerana mereka sendiri tahu, UMNO itu hanyalah besi buruk yang boleh memberi coklat kepada mereka.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, June 11, 2009

BILAKAH KITA PERLU MENGHORMATI KEPUTUSAN?

Sejak kebelakangan ini, berlaku sedikit peristiwa yang sepatutnya menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Saya tidak berniat untuk mengspesifikkan peristiwa yang dimaksudkan, tetapi penjelasan di sini tertumpu pada penghormatan terhadap keputusan yang adil, dan menolak keputusan yang tidak adil. Kaedah yang cukup mudah untuk difahami.

Keputusan yang tidak adil seperti kes mahkamah yang telah memutuskan Zambry sebagai MB. Ini adalah keputusan yang tidak adil. Bahkan, sesiapa sahaja pun akan memandang pelik dengan keputusan mahkamah ini. Selain itu, kes Sivakumar pun adalah satu keputusan yang tidak adil, yang dijatuhkan kepadanya. Bahkan ia adalah keputusan yang menzalimi.

Manakala keputusan yang adil, seperti keputusan Muktamar PAS yang sedang berlangsung. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa saya ini hanya menulis mengikut keinginan semata-mata, tidak secara pemahaman ilmiah. Maka, untuk memberi penjelasan kepada orang seperti ini, saya menasihatkannya supaya melihat dengan hati yang terbuka, kemudian datanglah untuk mengkritik saya.

Janganlah anda mengunci pintu hati anda, kemudian anda mengkritik orang dengan begitu semangat untuk menjatuhkan! Cuma, saya lebih cenderung untuk menjelaskan tentang keputusan Muktamar PAS yang saya saya yakin ia adalah satu keadilan. Ia juga berdasarkan beberapa perkara yang perlu diperhatikan.

Antaranya ialah, orang yang menentang keputusan. Kedua ialah orang-orang yang memutuskan keputusan. Dan yang ketiga ialah keputusan yang terhasil atau keputusan yang diputuskan. Sepertimana yang telah disebut sebelum ini, keputusan langsung tidak boleh dipertikaikan melainkan sekiranya keputusan tersebut bercanggah dengan syariat.

Sekiranya ia masih belum bercanggah, maka keputusan tersebut wajib ditaati dan dipatuhi. Bahkan, pandangan ahli atau keinginan ahli tidak menjadi kewajipan untuk diterima oleh pimpinan. Sekiranya pemimpin “terpaksa” menerima keputusan ahli, maka, akan berlakulah situasi yang sangat teruk. Cuba bayangkan, ahli PAS bukan seorang, dan setiap seorang, pasti ada pandangannya.

Maka, sekiranya pandangan ahli wajib diterima, akan menghancurkan kesatuan dan pemikiran. Hakikat ini jelas. Maka, keputusan yang telah diputuskan, sepatutnya diterima dengan baik, dan wajib ditaati selagi mana ia tidak bercanggah dengan syara’. Contoh yang bercanggah dengan syara’ ialah apa yang dilakukan oleh BN sebelum ini di dalam memutuskan keputusan mahkamah terhadap kes Nizar dan Sivakumar.

Apakah bentuk pelanggaran syara’ tersebut? Bentuknya ialah, mereka telah membuat undang-undang, dan menyuruh semua rakyat mematuhi undang-undang tersebut. Tetapi mereka sendiri melanggar undang-undang yang ditulis oleh mereka tadi. Maka ini adalah satu bentuk kezaliman yang sepatutnya dicantas oleh kita.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Wednesday, June 10, 2009

SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 2)

Sebelum ini telah menyebut tentang pandangan yang dibenarkan kepada ahli untuk mengemukakannya. Namun, di sana, terdapat beberapa panduan untuk mengemukakan pandangan, sekiranya dibenarkan. Ia akan dijelaskan selepas ini. Hakikatnya Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menyusun dan mengatur segalanya.

Persoalan ketiga, adakah menjadi kewajipan kepada presiden untuk menerima keputusan ahli? Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Presiden berhak menerima atau tidak keputusan Syura, maka, lebih-lebih lagi keputusan ahli yang tidak termasuk dalam Syura. Ya, sepertimana yang telah diterangkan di dalam Usul Dakwah juga, pandangan ahli tidak wajib bagi Presiden untuk mendengarnya atau menerimanya.

Ahli berhak memberi pandangan, tetapi tidak berhak memutuskan. Bahkan Dr Abdul Karim Zaidan juga menyebut bahawa terdapat 3 panduan kepada ahli sekiranya pandangan mereka tidak diterima :

Pertama :

Orang yang memberi pandangan hendaklah mempunyai niat yang betul untuk memberi nasihat atau menegur pimpinan. Diharamkan bagi ahli untuk mengemukakan pandangan bertujuan menjatuhkan pimpinan, mengaibkan, memburuk-burukkan dan sebagainya, yang dikatakan sebagai tujuan yang diharamkan.

Kedua :

Orang yang mengemukakan pandangan hendaklah seorang yang pakar dan mahir tentang apa yang dikemukakan. Bahkan diharamkan juga mengingkari keputusan yang bersifat ijtihad (keputusan yang tiada dalil yang memutuskannya). Selagi mana keputusan tersebut bersifat ijtihad, maka ahli wajib mengikutnya walaupun bercanggah dengan keputusan mijoriti.

Ketiga :

Diharamkan juga kepada individu yang mengemukakan pandangan, daripada mencetuskan fitnah atau pandangan yang berbeza daripada keputusan tersebut, apabila pandangannya tidak diterima.

Kesimpulan di sini, saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, bahkan saya mengucapkan tahniah kepada Husam kerana berani untuk memberi pandangan. Bahkan saya juga bersetuju dengan tindakan Presiden di dalam masalah ini. Bahkan, kita juga diharamkan menimbulkan fitnah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Kita langsung tidak berhak di dalam persoalan ini, kerana kita bukanlah ahli di dalam bidang tersebut.

Semoga dengan artikel ringkas ini tetapi penting, dapat dimanfaatkan oleh semua. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau menaikkan sesiapa, tetapi ia adalah garis panduang yang telah disebut oleh ulama’ kita. Anda juga boleh merujuk dengan buku-buku yang lain seperti Ahkam as Sultaniah, Imam al Mawardi, Fiqh al Khilafah dan sebagainya sebagai panduan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, June 9, 2009

FILEM “PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN” MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME (Siri 2)

Menyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.

Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam.

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Monday, June 8, 2009

FILEM “PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN” MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME

Sebuah filem yang sedang tersebar di Malaysia hari ini, “Perempuan Berkalung Serban”, yang telah diterbitkan oleh perfileman Indonesia, jelas mempunyai objektif penyesatan yang hebat. Anda boleh dapatkan sendiri filem tersebut, atau melarang anak-anak anda daripada menontonnya. Ini kerana fahaman yang dibawa daripada filem tersebut adalah feminism.

Feminisme adalah pemikiran yang memperjuangkan hak kebebasan wanita. Bahkan di dalam filem tersebut menonjolkan bahawa pusat pengajian pondok ini menyekat kebebasan wanita, mengongkong dan sebagainya. Seolah-olah wanita itu dipenjarakan oleh Islam. Secara jujur saya sebut, filem tersebut bertujuan merosakkan pemikiran manusia, dan memburuk-burukkan Islam.

Adakah Islam mengongkong, memenjarakan wanita? Orang bodoh sahaja yang berkata demikian. Memang benar, Islam mendidik wanita, supaya wanita tidak bebas melakukan kejahatan. Ini kerana Islam memelihara wanita daripada bebas melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain, menghalang daripada wanita bebas menjerumus dalam kejahatan.

Filem tersebut menggambarkan bahawa wanita diharamkan menjadi pimpinan, tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, meredhai kekejaman suami dan sebagainya. Sebaliknya itu hanyalah rekaan terhadap Islam. Islam bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut.

Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita daripada aurat mereka yang bernilai itu, didedahkan di hadapan khalayak ramai. Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.

Filem tersebut menggambarkan juga bahawa pusat pengajian pondok mengharamkan perempuan daripada belajar menulis, membaca buku dan sebagainya. Mana mungkin Islam sedemikian rupa. Ramai sahaja penulis Islam dari kalangan perempuan. Membaca buku juga dibenarkan oleh Islam, bahkan digalakkan selagi mana buku tersebut mengandungi ilmu dan tidak tersimpang dari kebenaran.

Islam meletakkan wanita di bawah suami, menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab terhadap isterinya. Menzalimi isteri bukanlah ajaran Islam sepertimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Filem tersebut menggambarkan seorang wanita yang dianiaya oleh suaminya yang memiliki sijil sarjana dalam pengajian Islam, sedangkan Islam bukan sedemikian teruknya.

Bahkan isteri dibenarkan untuk meminta cerai daripada suami sekiranya benar suaminya berlaku zalim terhadapnya. Tetapi, isteri diharamkan berlaku curang terhadap suami sekiranya suami tersebut tidak menzaliminya! Hari ini, sekawan isteri menuntut cerai terhadap suami sewenang-wenangnya, sedangkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka. Persoalan poligami akan diterangkan kemudian, insya Allah.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, June 7, 2009

SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 1)

Beberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.

Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :

- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?

Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.

Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.

Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.

Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.

Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.

Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.

Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah