Thursday, May 28, 2009

NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK


Baru-baru ini, terdapat seseorang yang mencabar Mufti Perak bertanding. Saya yakin, ramai yang mempunyai pandangan terhadap cabaran ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan kepada mereka yang mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza ini ialah, layakkah seorang Mufti itu bertanding?

Kalau sebelum ini, Mufti Perak sendiri asyik menyebut bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Tetapi yang peliknya, kata-katanya itu tidak seperti apa yang dilakukannya. Semoga beliau tidak dikatakan sebagai orang yang tidak mengamalkan ilmunya, kerana menghukumkan sesuatu berdasarkan keinginan peribadi semata-mata. Saya berharapan begitu.

Kalau dahulu, ketika beliau lantang bersuara mengatakan haram pada Konsert Sure Heboh, kes Murtad dan sebagainya, saya cukup menghormatinya. Dan satu ketika dahulu saya mengharapkan supaya beliau terus dengan cara tersebut. Tetapi baru-baru ini beliau dengan lantangnya mengatakan bugho kepada Nizar, walaupun fatwa tersebut jelas bertentangan.

Mungkin ada yang bertanya, “Dr Fikrah rasa dirinya lebih hebat daripada mufti”. Maka, saya menjawab bahawa, Mufti itulah yang merasakan dirinya lebih hebat daripada Ulama’ Fiqh seluruh dunia. Dan saya sendiri mengharapkan supaya pembaca budiman dapat meneliti kembali, apakah yang dikatakan sebagai bugho, dan syarat-syarat sah seseorang itu bugho.

Maka, nasihat saya untuk beliau, dengan cara terhormat, saya mengharapkan agar beliau benar-benar mengamalkan ilmunya, dan berpijak kepada kebenaran. Sekiranya anda merasakan kebenaran itu pada UMNO, maka berpihaklah kepada sana, sekiranya tidak, maka, pijak-pijaklah UMNO itu. Anda jangan terlupa, orang yang mempunyai ilmu, tetapi membuat dosa, lebih berat dosanya berbanding orang jahil yang membuat dosa.

Ini kerana anda sendiri tahu yang mana dosa, dan yang mana tidak. Anda juga tahu adab-adab sebagai seorang mufti. Contohnya dalam kes Lina Joy, anda juga tahu bahawa orang yang murtad, apabila dinasihati untuk kembali kepada Islam, tetapi masih berdegil, maka hukumnya adalah bunuh. Tetapi Malaysia hari ini tidak melaksanakannya, kerana bimbangkan macam-macam.

Maka, kan bagus kalau anda lantang dalam bab ini. Contoh yang lain, Sure Heboh di Pangkor, jelas menjatuhkan imej anda sebagai Mufti Perak yang mengharamkan Sure Heboh. Tetapi, hari ini bagaimana?

Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya cuba menjatuhkan mufti, sebenarnya tidak. Saya cuba menyedarkan seorang mufti. Sejauh manakah kehebatan saya untuk menyedarkannya? Saya menyedarkannya berdasarkan kemampuan saya, dan berdasarkan apa yang saya tahu. Bukankah Sure Heboh itu tetap haram, tetapi beliau tidak bersuara. Maka, orang bodoh pun akan tertanya-tanya, kenapakah mufti tidak berani cakap pula kali ini?

Kalau orang bodoh pun tertanya-tanya, orang-orang pandai, lagilah tertanya-tanya. Maka, saya harap, Mufti Perak dapat menjadi mufti yang sebenar. Janganlah anda menjadi Mufti UMNO, kerana Mufti UMNO bukanlah seorang mufti.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

9 comments:

  1. Nak nasihat mufti pulak. Ko siape.. Nasihat lah tok guru kau yg dah sesat tu. Yg telah disesat oleh mubalik DAP..

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya cuba menjatuhkan mufti, sebenarnya tidak. Saya cuba menyedarkan seorang mufti. Sejauh manakah kehebatan saya untuk menyedarkannya? Saya menyedarkannya berdasarkan kemampuan saya, dan berdasarkan apa yang saya tahu. Bukankah Sure Heboh itu tetap haram, tetapi beliau tidak bersuara. Maka, orang bodoh pun akan tertanya-tanya, kenapakah mufti tidak berani cakap pula kali ini?

    SAMALAH... KAMI PUN TIADA TUJUAN MENJATUHKAN PAS... KAMI CUMA INGIN MENYEDARKAN PAS... TAPI SIAPA LAH KAMI YANG BUKAN ULAMA INI...

    ReplyDelete
  3. Sikap dan tindakan muifti Perak akhir-akhir ini menjadikan dirinya sentiasa dipandang negatif oleh kebanyakan rakyat Perak. Harussani sudah mula dianggap mufti umno dan bukan lagi mufti negeri Perak. Berundurlah sebelum imej anda tercalar teruk. Sebelum anda digolongkan dalam golongan ulama syaitan bisu.

    ReplyDelete
  4. Kalau dahulu, ketika beliau lantang bersuara mengatakan haram pada Konsert Sure Heboh, kes Murtad dan sebagainya, saya cukup menghormatinya. Dan satu ketika dahulu saya mengharapkan supaya beliau terus dengan cara tersebut. Tetapi baru-baru ini beliau dengan lantangnya mengatakan bugho kepada Nizar, walaupun fatwa tersebut jelas bertentangan.

    JELAS PENILAIAN SAUDARA BERDASRKAN NAFSU BUKAN ILMU...

    ReplyDelete
  5. SESIAPA PUN BOLEH MENEGUR KESILAPAN MUFTI HATTA BUDAK TADIKA SEKALIPUN... MUFTI BUKANNYA TERPELIHARA DARI DOSA... TAPI TEGURAN JANGAN MENJATUHKAN MARUAH YANG DITEGUR... TAPI MENGUMPAT DI LAMAN WEB INI BUKAN MENEGUR NAMANYA...

    NAK MENEGUR , PERGI BERDEPAN DENGAN MUFTI ITU SENDIRI... KALAU AHLI POLITIK ADA RAMAI KAKITANGAN YANG MEMANTAU UNTUKNYA... TAPI MUFTI SUSAH NAK SURVEY BLOG2 SEBEGINI...

    ReplyDelete
  6. Untuk mengetahui mana salah, dan mana betul, maka belajarlah dahulu. Mufti pun tahu dia melakukan kesalahan. Kita yang tidak tahu, jangan pula berlagak tahu.

    ReplyDelete
  7. kami tegur kamu ... terus kepada kamu... kamu nak tegur mufti kenalah terus kepada mufti... jika hanya posting untuk tatapan ramai ibarat menunjuk saudara seorang yang hebat...

    betul ... jika kita tak tahu jangan berlagak tahu... sebab allah tahu...

    ReplyDelete
  8. Jangan terlalu yakin dengan ilmu yang sedikit , belehjadi orang yang kita kutuk itu ( dalam situasi fitnah seperti ini..) benar pandangan dan tindakannya..

    Berpada-padalah membenci seseorang jangan sampai lupa langsung kebaikan pada diri sesama Islam..Allah yang Maha tahu.., kita tahu setakat ilmu Yang Allah beri pada kita..jangan sampai terungkai iman tanpa sedar...

    ReplyDelete