Monday, May 11, 2009

SEPANDAI-PANDAI ZAMBRY MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH TERSUNGKUR JUA

Zambry boleh dikatakan beruk yang melompat dari pohon ke pohon. Beliau sememangnya layak digelar sebagai beruk berdasarkan bukti yang telah saya sebut di dalam artikel lalu, yang bertajuk, “Beruk-beruk Di Jalanraya”. Secubit nasihatku kepada pembaca budiman, janganlah mengata orang lain tanpa sebab. Sekiranya terdapat perkara yang membolehkan kita menggelarnya begitu, maka dipersilakan.
.

Saya tidak berniat hendak mengutuk beliau secara “bodoh”, tetapi berdasarkan beberapa bukti yang kukuh untuk menyifatnya begitu. Di dalam Bahasa Arab, kita akan menemui istilah “majazi”. Majazi ini ialah berlawanan kepada “hakiki”. Contoh ayat majazi ialah,

“Ali seperti singa dari segi keberaniannya”.

Maka, ayat yang boleh saya buat di sini ialah, “Zambry seperti beruk dari segi keburukan kelakuannya”. Memang tidak dinafikan, antara perangai-perangai beruk yang kita ketahui ialah merampas buah pisang orang dengan sesuka hati, menceroboh kebun orang dan sebagainya. Zambry pula, merampas kedudukan seseorang, dan beliau juga menceroboh Sidang Dun walaupun dia sudah digantung.

Maka, janganlah kita mendakwa sesuatu tanpa dalil, dan hanya mengikut hawa nafsu. Selain itu, beliau juga telah melakukan kezaliman kepada rakyat Perak dan perkara ini jelas. Maka, Allah SWT telah menjelaskan di dalam al Quran…
.
Allah tidak menyukai seseorang memperlihatkan keburukan (seseorang lain) dengan menggunakan kata-kata, melainkan mereka yang dizalimi, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah an Nisa : 148)

Ulama menafsirkan ayat ini bahawa, orang yang dizalimi boleh mendoakan supaya orang yang dizalimi itu ditimpa balasan. Dan ia adalah keringanan bagi sesiapa yang dizalimi. Selain itu, ada juga yang menafsirkan bahawa, “doa orang yang dizalimi itu makbul”, dan ada juga yang menafsirkan bahawa “Sesiapa yang dizalimi, lalu dia berdoa, doa tersebut akan diamkbulkan”.

Ibnu Zaid menafsirkan ayat ini dengan mengatakan sesiapa yang melakukan kezaliman, kita dibenarkan menceritakan kejahatannya sehinggalah dia berhenti daripada melakukannya. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mahu doakan keburukan kepada UMNO, tetapi kita meminta supaya mereka diberi hidayah oleh Allah SWT.

Saya bukanlah berdoa supaya mereka menjadi seperti beruk, tetapi saya mendoakan supaya mereka tersentak dengan gelaran ini, lalu meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan. Mereka memperlakukan kita seperti binatang, maka apa salahnya sekiranya mereka digelar tidakberperikemanusiaan. Bukankah tidak berperikemanusiaan itu kerja-kerja binatang?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment