Berita harian semalam menerbitkan berita yang pelik, dan membingungkan. Tajuk berita tersebut ialah “Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry”. Ya, kenyataan ini dikeluarkan oleh Zambry. Saya pun tidak sedar kehadiran Zambry di Bukit Gantang, tetapi rupa-rupanya wujud juga makhluk itu. Begitu juga Muhyiddin, saya fikir makhluk ini pun sudah tidak wujud di Bukit Gantang, tetapi, datang rupanya dia.
Sepertimana yang telah diketahui, berlaku satu kejadian yang hebat di Masjid Taiping, iaitu Nizar menjadi imam kepada Zambry, Ismail dan Muhyiddin. Memang besar hikmahnya yang perlu kita fikirkan. Tetapi, Zambry mengeluarkan kenyataan selepas itu mendakwa bahawa Nizar cuba merampas majlis bacaan Yasin anjuran BN. Seolah-olah seorang kanak-kanak kecil merajuk disebabkan aiskrimnya dirampas.
Di dalam kenyataannya juga menyifatkan bahawa Nizar cuba menimbulkan kekecohan di dalam masjid tersebut, dan dikatakan penyokong Nizar, masuk ke dalam masjid dan terus mendapatkan mikrofon untuk mengimami Solat Maghrib. Tetapi apa yang diberitakan di dalam Malaysiagoogle, beliau (Nizar) yang dipersilakan untuk menjadi imam.
Tetapi, walaubagaimanapun, saya secara peribadi tidak yakin sekiranya Zambry menjadi imam solat, apatah lagi Muhyiddin dan Ismail. Apatah lagi untuk menjadi khalifah bacaan Yasin yang dikatakan dianjurkan oleh BN di masjid yang sama. Kalau sebelum ini, Pak Lah pernah mengimami solat, tetapi itu setara Pak Lah yang mencanang Islam Hadhari.
Tetapi, Zambry ini sudah pun dicop sebagai perampas kuasa secara paksa! Adakah orang ramai sanggup menjadi makmum solatnya? Saya tidak menuduhnya begitu mudah, tetapi sekadar melemparkan soalan supaya dapat difikirkan bersama. Bagaimana pula dengan majlis yang dikatakan dirampas tersebut?
Sepertimana yang kita ketahui, majlis bacaan Yasin tidak pernah dimiliki oleh sesiapapun. Ia bukanlah milik Zambry, dan juga bukanlah milik Nizar. Sekiranya UMNO menganjurkan majlis bacaan Yasin sekalipun, tidak bermakna majlis tersebut “milik” UMNO. Oleh itu, sangat tidak sesuai jika Zambry menyifatkan ia di”rampas”.
Ini kerana majlis bacaan Yasin itu, adalah hak rakyat untuk mengadakannya atau tidak. Untuk menjadi khalifah bacaan Yasin, perlulah dilantik dari kalangan orang yang paling dipercayai dari kalangan ahli majlis. Tetapi, Zambry mungkin terlupa.
Zambry juga terlupa, kisah dia me”rampas” kuasa rakyat dengan menjadi MB Haram bagi negeri Perak, sedangkan beliau tidak pernah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah. Atas alasan apakah beliau ingin berkuasa? Sedangkan beliau tidak mendapat kepercayaan rakyat, dan naik menjadi MB Haram bukan di atas tiket rakyat.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment