Sunday, March 29, 2009

POLIS BAKAL MENJADI PEMENANG DI BUKIT GANTANG?


Bermula dari pagi tadi sehingga sekarang, kumpulan Polis sudah menguasai kawasan penamaan calon. Seolah-olah pilihanraya menentukan ketua polis negara. Mereka dilihat sebagai golongan yang bakal “menerajang” sesiapa sahaja yang diarahkan. Sudah semestinya sekiranya kita melihat kejadian-kejadian sebelum ini, penyokong Prlah yang menjadi mangsa. Memang benar apa yang telah diceritakan di dalam blog-blog bahawa samseng-samseng akan turun.

Siapakah samseng itu, masih belum dapat diputuskan lagi. Namun, Kesamsengan polis sebelum ini sudah terbukti. Terdapat satu analogi, iaitu cerita pertarungan di antara dua jaguh gusti terkemuka, iaitu The Rock dan Undertaker. Ketika semua penonton sedang cemas memerhatikan perlawanan tersebut, untuk menentukan siapakah pemenangnya, timbul satu masalah.

Masalah tersebut ialah kehadiran beberapa belas orang pengadil, masuk ke pentas lalu memukul kedua-dua jaguh tersebut. Tetapi, sekiranya kita melihat kepada tindakan polis selama ini, seolah-olah pengadil tersebut membantai The Rock sehingga lumat, sambil diperhatikan oleh Undertaker.

Namun, kita tidak boleh terlalu cepat menghukum pihak polis. Berkemungkinan kehadiran polis hari ini bertujuan menyekat samseng-samseng UMNO sekiranya mereka bertindak kasar. Walaubagaimanapun, kita masih menunggu berita tersebut. Siapakah yang bakal dibantai? Siapakah yang bakal ditahan? Dan siapakah juara pertandingan hari ini?

Tetapi, jika kita hendak mengukur dari sudut memori lalu, penyokong PR lah yang sering menjadi henyakan pihak polis. Mereka jugalah yang disuap dengan gas pemedih mata, dan mereka jugalah yang ditahan lalu disoal siasat. Contoh yang paling jelas, pembantah PPSMI disoal siasat, sedangkan Hishamuddin lah orang yang patut disoal siasat kerana menghancurkan bangsa Melayu.

Contoh yang lain, pihak UMNO yang menghalang wakil keadilan daripada membuat laporan tentang kes rasuah Ali Rustam, telah membuat kerosakan, tetapi, pihak polis hanya bertugas sebagai lembu yang sudah kenyang. Langsung tidak memperlihatkan kredebiliti mereka sendiri. Orang ramai kian hilang kepercayaan kepada pihak polis ini.

Tetapi, hari ini, saya masih belum diberitakan tindakan kasar pihak polis. Kita hanya menunggu, dan diharapkan pihak polis tidak dijadikan anjing, tetapi bertugas sebagai seorang pengaman. Segala kelakuan anda akan dipersoalkan di akhirat, oleh itu bertaubat sebelum terlambat. Jangan sekat kebebasan rakyat, tetapi kejahatan dan keganasan sebenarlah yang patut disekat.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment