Monday, May 4, 2009

SI KENTUT YANG CUBA TUNJUK HEBAT

Sekali lagi Zambry menampakkan kelemahannya apabila memberitahu media bahawa hanya 13 saluran media sahaja yang dibenarkan membuat liputan Sidang Dun Perak. Sebaliknya, Sivakumar selaku Speaker membenarkan sesiapa sahaja membuat liputan tersebut, dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada beliau. Siapakah yang lebih berhak? Persoalan yang ingin dilontarkan, apakah Zambry berhak menyekat media yang tidak dibenarkan oleh beliau, tetapi mendapat kebenaran daripada Sivakumar? Ataupun, adakah Sivakumar berhak membenarkan media yang tidak mendapat kebenaran MB Haram untuk membuat liputan?

Persoalan ini telah dijelaskan di dalam Perintah-perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang menjelaskan bahawa ia adalah hak Speaker. MB pula bagaimana? Bahkan MB juga perlu mendapat kebenaran Speaker untuk masuk dewan! Bagaimana pula dia boleh mendakwa bahawa dia berkuasa dalam persoalan ini, sedangkan dia sendiri perlu mendapat kebenaran Speaker untuk masuk dewan.

Sama juga dengan jawatannya sebagai MB. Tiada siapa yang menyerahkan mandate sebagai MB kepadanya melainkan Pak Lah ketika PM sebelum ini. Sedangkan suara rakyat sudah berbuih bersuara, masih lagi mereka memekakkan telinga. Saya tidak nampak, apa lagi dalil yang boleh mengatakan Zambry itu adalah MB. Kalau sebelum ini, Mahkamah Persekutuan sendiri menolak permohonannya supaya disahkan MB yang sah. Sekiranya mahkamah sendiri tidak mengesahkan, maka jawatan apa lagi yang disandangnya melainkan MB Haram.

Di dalam artikel ini, saya persilakan kepada mana-mana pembaca budiman, tidak kira parti, untuk mengemukakan bukti, hujah dan sebagainya, untuk mengatakan bahawa Zambry itu masih MB yang sah!... Mungkin ada yang mengatakan, bahawa beliau mendapat perkenan sultan. Sekiranya ada yang mengemukakan ini sebagai bukti atau hujah, maka saya lontarkan semula soalan untuk si penanya, “Adakah Sultan tidak perkenan Nizar sebagai MB?” Sila kemukakan hujah anda. Sebelum ini Sultan telah perkenan, dan tidak pula menarik balik perkenan tersebut.

Contoh yang paling sesuai, sekiranya seseorang itu sudah dalam keadaan berwudhuk, kemudian dia terlupa, adakah wudhu’nya sudah terbatal? Lalu untuk menyelesaikan keraguan ini ialah “sekiranya anda tidak pasti bahawa anda terbatal, maka anda masih berwudhu, sekiranya anda pasti bahawa anda terbatal, maka terbatallah…”. Sekiranya anda dalam keadaan tidak berwudhu’, lalu anda terlupa, adakah saya sudah mengambil wudhu’ tadi? Sekiranya anda tidak pasti bahawa anda sudah berwudhu’ maka, anda belum berwudhu’. Sekiranya anda pasti bahawa anda sudah berwudhu’, maka anda anda dalam keadaan berwudhu’.

Kaedah ini boleh kita gunakan dalam keraguan di antara dua MB. Hakikatnya Nizar adalah wudhu’ dan Zambry itu adalah kentut (sebagai contoh). Nizar sudah pun jadi MB yang sah sebelum ini, tetapi, kita meragui jawatannya apabila datang si kentut. Jadi, kaedahnya, sekiranya anda pasti bahawa Nizar itu MB dan anda tidak pasti “pembatalan” MB tersebut, maka Nizar kekal sebagai MB, atau anda masih dalam keadaan berwudhu’.

Sekiranya anda tidak pasti Nizar itu pernah menjawat MB atau tidak, maka MB yang sebenar hari ini ialah si kentut, atau dalam contoh ini ialah, anda dalam keadaan terbatal. Tetapi hakikat hari ini, kenaikan Nizar sebagai MB adalah SAH, dan anda pasti bahawa Nizar adalah SAH sebagai MB. Maka adakah Nizar MB atau si kentut yang belum pasti keMBannya? Jawab sendiri…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment