Wednesday, May 13, 2009

MAHKAMAH DIHARAP DAPAT MENJAUHI UNSUR SAMY VELLU


11 Mei lalu, Zambry dan exco-exco haramnya telah diperintahkan mengosongkan pejabat. Tetapi semalam, setelah Nizar dan exco-exco dibenarkan masuk, tiba-tiba sahaja ditarik balik. Semua ini kerana rayuan yang dibuat oleh Zambry. Walaupun rayuan tersebut masih belum diterima, tetapi Nizar tetap diminta mengosongkan pejabat. Siapakah MB sekarang ini?

Sebelum ini telah diisytiharkan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah, tetapi, kenapa beliau pula diminta mengosongkan pejabat dengan segera? Sebelum ini saya pernah huraikan tentang kaedah memastikan wudhu’ masih kekal atau tidak. Saya juga mengesyorkan agar mahkamah menggunakan kaedah ini.

Sekarang ini Nizar sudah pun disahkan menjadi MB. Kemudian, datang Zambry si kentut membuat rayuan, dan rayuannya belum disahkan. Tetapi kenapa Nizar pula yang diminta mengosongkan pejabat walaupun masih belum disahkan rayuan tersebut?

Seseorang yang sudah berada dalam keadaan wudhu’, lalu dia meragui, adakah dia sudah terbatal wudhu’nya? Maka, kaedah yang digunakan ialah, kembali kepada asal. Iaitu dia pasti bahawa sebelum ini dia dalam keadaan berwudhu’ tetapi kentutnya itu diragui… adakah aku terkentut tadi? Oleh itu, jawapannya ialah, dia dalam keadaan berwudhu’.

Manakala dalam kes Zambry ini, Nizar sudah pun dipastikan sudah menjadi MB. Bayangkanlah beliau adalah wudhu’. Tiba-tiba kita terlupa, adakah aku sudah terbatal tadi? Atau, adakah Zambry yang jadi MB? Ya, Zambry adalah umpama kentut yang menyebabkan wudhu terbatal. Tetapi sekiranya kentut tersebut masih belum dapat disahkan, maka kita mengambil kira bahawa kita dalam keadaan berwudhu’, iaitu Nizar adalah MB yang sah!

Nampaknya mahkamah tersilap menggunakan kaedah. Walaupun pada mulanya sudah diputuskan bahawa Nizar adalah MB, tetapi semalam, Zambry datang membawa rayuan, terus sahaja Nizar diminta mengosongkan pejabat pula. Sepertimana tajuk yang tertera di atas, inilah unsur Samy Bellu yang meresap di dalam kehakiman.

Siapa tidak kenal Samy Vellu? Seorang yang bertutur dengan berbelit-belit sehinggakan tiada siapa yang mampu berdebat dengannya. Kata-katanya banyak benar, dan tipu-tipu tiada…. Saya mengesyorkan agar beliau lebih banyak mempelajari Bahasa Melayu supaya tidak bercakap belit-belit.

Saya juga mengesyorkan kepada mahkamah supaya tidak terpengaruh dengan unsur Samy Vellu. Atau dalam bahasa pasarnya disebut sebagai “cakap tak serupa bikin". Sekejap kata lain, esok kata lain pula. Minta maaf, saya tidak melemparkan tuduhan kepada badan kehakiman, tetapi sekadar menasihat supaya tidak terdapat unsur ini di dalam mahkamah.

Saya juga mengesyorkan agar kaedah wudhu’ tadi dapat difahami dan dipraktikkan oleh badan kehakiman. Kaedah tersebut bukanlah rekaan saya, tetapi disebut oleh ulama’ fiqh di dalam karangan-karangan mereka. Apa salahnya ia diserap di dalam kegiatan harian? Iaitu, berpegang dengan benda yang pasti, dan meninggalkan sebarang keraguan yang menggoncang kepastian itu. Apabila sudah digenggam, tidak perlu lagi diragui semula.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
"Cakap tak serupa bikin" telah diubah daripada perkataan "cakap keling". Walaubagaimanapun saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Terima kasih...

2 comments:

  1. betui tu, keling mamak la kunun. tapi yg sakit hati. adake si bangsat nak samakan ngan Mandela n Gandhi Ji? ber buih aku.

    ReplyDelete
  2. Pls do not use the words keling kau ingat banyak fasih sangatkah ...

    ReplyDelete