Sambungan daripada artikel lepas… Di Malaysia hari ini, adakah kita boleh mengatakan bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan zaman Jahiliyyah di Malaysia, bukan tanah Arab. Sebelum menjelaskan hakikat ini, suka untuk saya jelaskan bahawa undang-undang yang sebenar ialah undang-undang Allah SWT sahaja. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Allah adalah undang-undang Jahiliyyah.
Apakah dalil Dr Fikrah menyebut begitu? Sila lihat ayat 50 Surah al Maidah yang telah dijelaskan sebelum ini. Itulah dalilnya. Hakikatnya undang-undang ini ada dua sahaja. Iaitu undang-undang Allah, dan undang-undang Jahiliyyah. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Allah, itu adalah undang-undang Jahiliyyah.
Undang-undang di Malaysia, sekiranya ia selari dengan undang-undang Allah, maka tiada masalah. Sekiranya bercanggah, maka ia adalah undang-undang jahiliyyah. Jelas bukan? Maka di Malaysia mencampur aduk dua undang-undang ini. Ada yang selari dengan Islam, dan kebanyakannya lebih menyokong Jahiliyyah.
Sama sahaja dengan orang zaman Jahiliyyah di tanah Arab. Mereka memilih undang-undang Allah yang selari dengan kehendak mereka sahaja. Mana-mana yang tidak disukai, dibuangnya ketepi. Contohnya Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tetapi mereka berjual beli dan mengamalkan riba. Di Malaysia hampir sama. Islam membenarkan pinjaman, tetapi mengharamkan riba. Tetapi di Malaysia mengamalkan pinjaman dan riba!!
Di Malaysia memenjarakan orang-orang yang mencuri, tetapi membenarkan mereka diikat jamin. Di Malaysia menangkap orang yang merogol tetapi membenarkan mereka diikat jamin. Tidakkah ia bercanggah dengan Islam, maka undang-undang tersebut adalah jahiliyyah. Dan bermacam-macam lagi. Menangkap orang yang melakukan kejahatan itu selari dengan Islam, tetapi membebaskan mereka dengan diikat jamin itu sudah bercanggah.
Bahkan mereka juga menangkap ulama’!! Mereka mengandaikan beberapa tuduhan supaya ulama’ ditangkap. Dan undang-undang ini tidak ditemui di dalam Islam. Orang jahat pun tangkap, orang baik pun tangkap. Yang tinggal adalah orang yang jahat berlakon baik. Inilah konsep Jahiliyyah. Jangan lupa, undang-undang Jahiliyyah juga ialah mencampur adukkan undang-undang Allah yang sesuai dengan undang-undang Jahiliyyah. Sedangkan Allah SWT berfirman
.Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil, dan kamu juga jangan sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu mengetahuinya (Surah al Baqarah : 42)
Oleh itu, fahamlah kita bahawa Malaysia masih dalam keadaan Jahiliyyah. Kembalikanlah Islam di Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW mengembalikan Islam yang telah dilenyapkan oleh Jahiliyyah. Islam di tanah Arab di bawa oleh Nabi Ibrahim AS, dan Nabi Muhammad SAW mengembalikan Islam tersebut. Maka kembalikanlah Islam yang telah lama lenyap daripada Malaysia…
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment