Monday, June 22, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : TAMAT RIWAYAT KESAN DEGIL


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Harakahdaily.net

1 comment:

  1. Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, Barat juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Para pejuang di jalan kebenaran dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pemuja sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam di bawah kekuasaan Khilafah.
    Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib. Dalil dari Al-Quran, As-Sunah dan Ijmak Sahabat cukup-cukup jelas dalam hal ini. Malah seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Syeikh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah menjelaskan, “...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) -rahimahumullah- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya....”. Menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafahlah, maka barulah hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah.
    Wahai kaum Muslimin! Semenjak kejatuhan Khilafah hingga kini, kita semua hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Justeru, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufur sekular, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kita? Bagaimana kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila Al-Quran dan As-Sunah disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kita telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad saw. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Baginda menjawab dengan berkata, “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan apa yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

    Seruan penuh : http://jebbat.blogspot.com/2009/04/utama-teks-seruan-hizbut-tahrir_8864.html

    ReplyDelete