Kesatuan itu bukannya dua, atau lebih. Ia juga bukanlah kosong. Ia tetap satu, walaupun ada yang cuba menjadikannya 1.1 atau 1.2. Hakikatnya ia tetap satu. Kenapakah saya memilih tajuk ini? Saya cenderung untuk mencoretnya di sini kerana di dalam kesatuan sendiri sedang cuba di”dua”kan oleh pihak-pihak tertentu. Sekiranya “satu” itu dibahagikan kepada “dua” salah satu sahaja yang betul.
Ramai yang tertanya-tanya, apa salahnya saya berpegang sehingga lebih dari satu jemaah? Jemaah yang lain pun bagus juga, dan sebagainya. Kefahaman yang ingin saya katakan di sini ialah kebenaran itu hanyalah satu. Selebihnya bukan kebenaran. Isu yang ingin disebut ialah tentang jemaah.
Jemaah selain PAS ada dua kemungkinan. Samada jemaah lain tersebut selari dengan PAS, atau berlawanan. Contoh jemaah yang selari dengan PAS ialah Ikhwan al Muslimin di Mesir, an Nursiah di Turki dan lain-lain. Di Malaysia pula, ada yang mendakwa terdapat jemaah lain yang selari, tetapi hakikatnya jemaah yang selari itu adalah salah satu dari PAS sendiri. Sekiranya jemaah tersebut bercanggah dengan PAS, maka ia tidak selari dan ia adalah “berlawanan”.
Ada juga yang berkata, “kenapa kamu taksub PAS?”. Istilah taksub hanya digunakan untuk kejahatan sahaja. Contohnya, orang yang taksub mazhab, adalah satu kesilapan yang perlu dibenteras. Taksub pada kebenaran ialah satu bentuk pegangan. Sememangnya kita dituntut supaya “taksub” pada kebenaran! Haram hukumnya “taksub” selain daripada kebenaran.
Allah SWT berfirman
Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah (Surah Ali Imran : 103)
Di dalam ayat di atas, “tali Allah” itu disebut dengan “singular”, iaitu bermaksud satu. Sememangnya tali Allah itu satu. Maka berpeganglah dengan tali tersebut. Inilah yang diertikan dengan “taksub” kepada kebenaran. Taksub jenis ini hukumnya wajib, dan taksub pada kejahatan adalah haram.
Maka, tali apakah yang cuba dibuat oleh jemaah lain itu? Sekiranya mereka benar-benar selari dengan tali Allah yang satu ini, maka tidaklah timbul picisan yang cuba menghancurkan majoriti! Allah SWT berfirman :
Janganlah kamu mengikut jalan yang berbilang-bilang, maka kamu akan tersingkir dari jalan Allah (Surah al An’am : 153)
Lihatlah ayat yang kedua ini. Allah menggunakan “plural” pada perkataan jalan yang juga bermaksud tali. Sekiranya anda berpegang dengan jemaah selain daripada jemaah Islam ini, maka anda akan tersingkir dari Jalan Allah. Memang benar, Islam itu satu sahaja. Kesatuan yang satu ini adalah mereka yang berpegang dengan al Quran dan as Sunnah. Sekiranya terdapat kesatuan lain yang juga berpegang dengan dua ini, maka kedua-duanya adalah selari. Sekiranya bertembung di antara kedua-dua kesatuan ini, sedarlah, kesatuan itu bukannya dua!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment