Tuesday, April 28, 2009

PAS BUKAN PERJUANGAN PERIBADI


Semakin hari, saya agak risau tentang ahli PAS sendiri. Kalau sebelum ini, saya lebih suka mengulas isu yang berkaitan dengan BN, tetapi, sejak kebelakangan ini, saya melihat bahawa ahli PAS sendiri yang menghadapi masalah yang bakal ditimpakan ke atas PAS. Saya agak kecewa dengan kewujudan beberapa golongan sepertimana yang telah diceritakan oleh Us Nasaruddin di dalam blognya.

Saya teringat kata-kata Nizar, .. “Saya mengundi di atas tiket PAS, bukan tiket peribadi..”. Wahai ahli PAS, PAS bukan bergerak di atas tiket peribadi. PAS bukan milik Tok Guru Nik Aziz, bukan juga milik Presiden, tetapi perjuangan ini adalah milik Allah SWT. Hari ini, PAS sedang diterajui oleh Tok Guru Haji Hadi dan segala gerak kerjanya mestilah berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai Empunya perjuangan PAS.

Artikel ini saya lontarkan ke muka-muka mereka yang tidak mengenal erti patuh kepada pimpinan! Allah SWT telah mengajar manusia tentang kepatuhan, dan ia kerap kali digadaikan oleh ahli PAS sendiri. Janganlah anda terpengaruh dengan perjuangan BN yang sesat, lalu anda menyuntiknya ke dalam tubuh PAS walaupun dengan tidak sengaja.

Saya mengingatkan kepada ahli PAS supaya memahami bahawa PAS bergerak dalam kumpulan, dan ia bukan perjuangan yang bersifat individu. Sekiranya anda merasa andalah yang terhebat, bahkan lebih hebat daripada barisan ulama’-ulama’ dan Syura PAS, maka dipersilakanlah anda keluar daripada PAS. Jangan ganggu perjuangan ini.

Di dalam PAS diajar erti menghormati keputusan pemimpin, di manakah anda campakkan pengajaran itu? Di dalam PAS diajar menghormati ulama’, di manakah anda bakulsampahkan adab itu? Saya mengkritik sekeras-kerasnya mereka yang meniru gaya UMNO untuk memadamkan institusi ulama’.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya cuba memecahbelahkan PAS, tetapi, perlu diingat, parasit di dalam tubuh manusia lebih bahaya daripada kewujudan musuh di luar. Ramai orang mati disebabkan racun yang terbenam di dalam tubuhnya, dan segelintir sahaja yang mati apabila diserang secara berhadapan oleh musuh.

Saya berusaha mendedahkan kepada semua tentang kewujudan parasit ini supaya anda dapat menghapuskannya sebelum ia merebak lebih parah! Janganlah anda memperjuangkan peribadi anda dengan menggunakan tiket PAS! Perjuangan Islam bukan tersedia untuk diperalatkan oleh anda! Sekali lagi saya ingatkan, jangan memperjuangkan untuk menaikkan peribadi anda dengan menggunakan tiket PAS!

Sekiranya anda memperjuangkan peribadi anda, anda lebih layak untuk menubuhkan sebuah parti lain yang berobjektifkan mengangkat kerusi anda…. Inilah perjuangan yang tersilap dan paling dibenci oleh Allah SWT. Perjuangan ini, bukanlah perjuangan yang PAS inginkan, dan ia juga bukan sepertimana yang Allah inginkan. Perbetulkanlah kefahamanmu dan barisan saf kamu supaya tidak dihinggapi parasit yang membunuh ini!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

5 comments:

  1. PAS bukan milik Tok Guru Nik Aziz, bukan juga milik Presiden, tetapi perjuangan ini adalah milik Allah SWT.
    PERJUANGAN POLITIK, PERJUANGAN MILIK ALLAH???

    ReplyDelete
  2. Salam..setiap hari dalam solat sekurang-kurangnya 5kali mengaku dihadapan Allah SWT bahawa solatku.apa saja perbuatanku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Taala..Politik juga untuk Allah SWT..Pas konsisten dalam perjuangan kerana meyakini jalan ini adalah mencari keredhaan Allah.Pas perlu memastikan dengan kuasa pemerintahan yang kita dapat akan dapat menyediakan ruang untuk seluruh umat Muhammad untuk mengabdikan diri untuk Allah..dalam setiap pekerjaan ,setiap perbuatan,setiap detik dan ketika hanya untuk Allah..kita semua adalah Hamba Allah..Yang paling berjaya disisi Allah..ialah orang2 yang bertaqwa..Dalam kita menggerakkan kerja,kita perlu ada penyusunan yang rapi kerana Allah berjanji memberikan kemenangan kepada orang2 yang berada dalam saf susunan yang rapi..disitulah perlunya kepimpinan yang kita yakini dan beri kepercayaan..siapalah kita yang hendak dibandingkan dengan kedua-dua TOk Guru ..ayuh seluruh Ahli Pas mari kita mengangkat kepimpinan Ulamak dalam usaha mengukuhkan Pas dan Pakatan Rakyat. Waallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Anonymous kedua kerana tolong menjawab.. Hakikatnya Nabi Muhammad SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya berpolitik.. Nantikan artikel seterusnya...

    ReplyDelete
  4. Yang paling berjaya disisi Allah..ialah orang2 yang bertaqwa.
    Dalam dunia ini yang paling berjaya ialah orang yahudi, jadi adakah mereka orang-orang yang paling bertakwa?

    ReplyDelete
  5. Nak jugalah tahu apa nama parti politik Nabi Muhammad tu????

    ReplyDelete