Saturday, March 14, 2009

UMNO MENGHINA AGONG, TIDAK PERNAH DIDAKWA

Beberapa hari kebelakangan ini, telah diberitakan bahawa beberapa orang telah ditangkap atas tuduhan menghina Sultan. Mereka didakwa menghina sultan ketika memberi komen di dalam beberapa buah blog. Semalam, salah seorang daripada mereka telah mengaku bersalah dan telah dikenakan dendan sebanyak RM 10 000. Saya agak keliru, apakah UMNO selama ini tidak pernah menghina Sultan?

Pada bulan Mac 2008, terdapat penghinaan Agung secara jelas di hadapan mata semua rakyat di Malaysia. Mereka telah menyifatkan Agong sebagai “binatang” secara terang-terangan, dan ia ditulis di atas kain rentang. Ia juga disiarkan di dalam televisyen. Adakah masih belum cukup bukti untuk mengesahkannya?
.

.
Saya agak sedih, apabila kejahatan ini hanya dipekakkan telinga oleh pihak yang berwajib, sedangkan penghinaan tersebut lebih jelas. Perhimpunan menghina Sultan itu juga tidak disembur dengan water cannon atau gas pemedih mata. Semua penghina-penghina Agong ini dibiarkan dengan kelakuan jahat mereka.

Tetapi apa yang berlaku hari ini, apa yang telah kita saksikan baru-baru ini, beberapa orang telah ditangkap atas dakwaan menghina Sultan. Persoalan yang timbul ialah …

“Bukankah UMNO lebih dahulu menghina Sultan? Mengapa mereka tidak didakwa?”

Sekiranya mereka beralasan tidak memiliki bukti, bermakna mereka telah berbohong! Ia disiarkan di dalam akhbar, televisyen dan laman web. Adakah pihak polis tidak menonton televisyen atau membaca akhbar? Tetapi, hari ini, orang yang menghina Sultan tersebut hanya memberikan di dalam ruang komen di dalam blog. Boleh jadi mereka tiada bukti. Kenapakah isu penghinaan Agong besar-besaran sebelum ini (Mac 2008, Terengganu) tidak dianggap bersalah?

Lebih teruk apabila, UMNO Terengganu menghina Agong, dan beberapa orang ini didakwa menghina Sultan. Bukankah penghinaan terhadap Agong itu lebih besar berbanding ini? Tetapi mereka terus memejamkan mata dan memekakkan telinga. Di manakah keadilan?

Tidak adil bukan? Fikirlah, masihkah anda menyokong UMNO? Tindakan polis sepatutnya tidak dikongkong oleh UMNO, mereka harus bertindak berdasarkan bukti. Sekiranya UMNO lebih dahulu menghina Sultan, dakwa lah mereka yang terlibat! Memang jelas ketidakadilan UMNO di dalam penyelesaian tentang krisis penghinaan terhadap Sultan.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment