Tuesday, May 19, 2009

KEPADA SESIAPA YANG MERAGUI PERJUANGAN PAS (Siri 1)

Dalam ruangan komen, saya dapati bahawa ramai yang masih meragui perjuangan PAS. Mereka mengatakan bahawa “PAS cakap sahaja memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya tidak,…”, “Sekiranya memperjuangkan Islam, kenapakah bersatu dengan bukan Islam menentang sesama sendiri?”.. dan banyak lagi.

Saya menganggp bahawa mereka ini meragui perjuangan PAS yang membawa Islam. Hakikatnya saya telah menyebutkan, sekiranya PAS tidak lagi memperjuangkan Islam, maka pilihlah parti lain yang memperjuangkan Islam. Itupun kalau ada. Kewujudan PAS sendiri disebabkan perjuangan UMNO yang tidak memperjuangkan Islam. Sekiranya UMNO sudah mula memperjuangkan Islam, maka PAS tidak perlu lagi wujud.

Di sini ingin saya perjelaskan tentang kedudukan saudara. Pertama, ke”ragu”an itu berasal daripada tiga sumber. Samada ia dilemparkan daripada Allah SWT (ilham), bisikan naluri, ataupun hasutan syaitan (was-was). Keraguan yang dilemparkan daripada Allah SWT bertujuan menyedarkan seseorang itu tentang kesilapannya dan ia disebut di sebagai ilham.

Contohnya seseorang itu merasa ragu-ragu apabila ingin membuat sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT. Ini kerana Allah SWT telah memberikan ilmu dan kesedaran kepadanya untuk menghindarkan diri daripada melakukan sebarang kejahatan. Maka, meragui sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT adalah keraguan yang sepatutnya terdapat pada diri kita. Ilham ini telah disebut oleh Allah SWT :
.

Demi diri manusia dan (Allah) yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan (Surah asy Syams : 7-8)

Maka, kita sepatutnya meragui perjuangan UMNO kerana perjuangannya jelas bertentangan dengan Islam. Sekiranya sudah jelas di hadapan mata kita tentang kesilapan perjuangan UMNO, maka tak perlu diragui lagi, tinggalkan sahaja dengan keyakinan! Alhamdulillah, Allah SWT mencampakkan ilham kepada kita untuk kita meragui UMNO, seterusnya kita pun mengetahui dengan yakin bahawa UMNO itu terpesong.

Seterusnya ialah keraguan yang datang daripada naluri semulajadi manusia. Keraguan yang datang daripada naluri ini seperti merasa ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan. Seperti peraturan jalanraya. Mana mungkin terdapat seseorang yang melanggar peraturan jalanraya dengan tanpa rasa sebarang keraguan.

Saya yakin, setiap kali seseorang itu hendak membuat sesuatu kesalahan, pasti terdetik di hatinya keraguan untuk melaksanakannya. Maka, ia adalah bisikan naluri. Iaitu naluri yang mengatakan bahawa “tidak mahu” untuk melakukan kejahatan. Ini kerana naluri manusia adalah “ingin” membuat kebaikan dan sebagainya.

Kadangkalah manusia sudah terlupa nalurinya sendiri. Contohnya, orang yang begitu asyik membuat kejahatan sehinggakan melakukan pembunuhan tanpa was-was. Tanpa rasa bersalah. Inilah orang yang digelar “tidak berperikemanusiaan”. Hakikatnya, naluri ini juga perasaan yang diletakkan oleh Allah SWT. Naluri disebut sebagai fitrah.
.

(Inilah Agama Allah), iaitu agama yang telah Allah ciptakan secara semulajadi (naluri) untuk manusia menerimanya (Surah ar Rum : 30)

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

4 comments:

  1. (Inilah Agama Allah), iaitu agama yang telah Allah ciptakan secara semulajadi (naluri) untuk manusia menerimanya (Surah ar Rum : 30)
    Dr. Fikrah,
    Merujuk ayat ini, Bila Dr. Fikrah mererima agama ALLah??? Jangan tulis aje.....

    ReplyDelete
  2. apa fitrah... kenapa dirayakan peristiwa "kembali kepada fitrah"...?

    ReplyDelete
  3. Peristiwa kembali kepada fitrah? Sila jelaskan, saya kurang faham

    ReplyDelete
  4. hari raya puasa...

    ReplyDelete