Tempoh hari telah digegarkan tentang gambar UMNO ditalkin. Apakah perspektif anda dalam masalah ini. Adakah orang yang melakukannya dianggap bersalah atau tidak? Atau apakah hukumnya? Walaupun ramai yang memberitahu bahawa gambar tersebut sudah lama berada di dalam internet, namun, di dalam artikel ini, saya cuba memberi kefahaman tentang hukum yang berkait dengan perkara tersebut. Sekiranya salah, maka tegurlah saya.
Sepertimana yang telah disahkan oleh Malaysiakini, gambar tersebut adalah asli, dan tidak diolah dengan menggunakan grafik komputer. Maka, kita ketepikan dahulu tentang penipuan terhadap gambar ini. Ini kerana sekiranya gambar tersebut adalah tipu, maka, orang yang berada di dalam gambar tersebut tidak dihukum sebagai salah atau betul.
Maka, persoalan kita ialah tentang perbuatan tersebut. Iaitu perbuatan mentalkinkan UMNO. Apa yang pastinya ia adalah lakonan. Dan lakonan ini adalah simbol kepada keinginan untuk merendahkan UMNO. Maka, penjelasan di sini terbahagi kepada dua bahagian. Sekiranya mereka melakonkan watak tersebut bertujuan menghina bangsa sendiri, maka perbuatan ini dikatakan haram.
Ini kerana Allah tidak menghina sesuatu bangsa melainkan bangsa tersebut menghina Islam, atau melanggar syariat Islam. Maka, sekiranya mereka berniat untuk menghina Islam, kerana mungkin mereka mengatakan UMNO itu memperjuangkan Islam, maka ia juga bercanggah, dan mereka boleh dikatakan menghina Islam.
Sekiranya mereka melakukan demikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, atau rasa dizalimi, maka perbuatan tersebut dibenarkan, berdasarkan dalil daripada Surah an Nisa : 148 yang telah saya jelaskan semalam. Iaitu orang yang dizalimi dibenarkan melakukan penghinaan dengan jelas kepada orang yang menzalimi mereka.
Sekiranya mereka melakukan demikian secara “saja-saja” atau tidak berniat menghina atau sebagainya, maka hukumnya adalah makruh. Maka kesimpulannya ia berbeza hukum sekiranya berbeza niat, dan hukum tersebut ditanggung oleh mereka berdasarkan niat mereka. Sekiranya berbentuk penghinaan kepada bangsa atau agama, maka hukumnya adalah haram.
Sekiranya berniat untuk membalas kezaliman, maka ia diharuskan. Sekiranya tidak berniat menghina atau membalas kezaliman, maka hukumnya adalah makruh. Hakikat ini cukup jelas. Sekiranya mereka melakukan sesuatu yang diharamkan, tetap menerima dosa, sekiranya tidak, maka tiada masalah. Semuanya berdasarkan niat si pelaku tersebut, sepertimana hadis Nabi SAW
.Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat, dan setiap orang dihukumkan berdasarkan niatnya.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Salam sdr.
ReplyDeleteSaya sependapat dengan saudara. Jatuhnya hukum adalah berdasarkan niat. Sedekah dan Solat sekali pun kalau dilakukan bukan kerana Allah, apa jadinya?
Sedekah dan solat sekiranya dilakukan dengan niat takabbur, maka hukumnya haram.
ReplyDeleteSekiranya kita niat "saja-saja", maka hukumnya makruh. Kalau solat, terbatal solat sekiranya tidak diniatkan kepada Allah
an nahl:116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
ReplyDeleteTalkinkan bendera UMNO ke atau orang yang dibawah bendera UMNO tu!!!!!Kelakarlah...
ReplyDeleteKesian betullah orang yang dibawah bendera UMNO tu, hidup-hidup lagi dah kena talkin, tak takut ke jadi mayat bernyawa....
ReplyDelete