Tuesday, May 5, 2009

ISLAM BUKAN HANYA PADA NAMA

Ramai manusia hari ini yang mengaku Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar Islam. Hakikat ini jelas menolak istilah Negara Islam yang dicanai oleh UMNO, atau Islam Hadhari. Ini adalah Islam pada nama, tetapi hakikatnya bukan. Ramai juga manusia hari ini yang bernama “Muhammad”, tetapi perangainya tak ubah seperti Abu Jahal yang cuba membunuh Nabi Muhammad SAW.

Shahrizat mendakwa dia akan cuba menerapkan nilai agama pada kaum wanita, tetapi omongannya tidak berasas. Nazri Aziz, nama seorang Islam, tetapi menjatuhkan kemuliaan Islam. Zambry, adalah sebuah nama yang berasal daripada Bahasa Arab. Sekiranya “Zambry” dengan menggunakan huruf “zai” maka ia bermaksud “tiupanku” atau “tiupan serunaiku”.

Sekiranya “Zambry” dengan menggunakan huruf “zal”, maka ia bermaksud “ngaumanku”. Saya terfikir beberapa kali, dan saya sendiri tidak tahu samada “zambry” itu menggunakan huruf “zal” atau “zai”. Mungkin ada yang berkata bahawa ia berasal daripada Bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan “camry”. Tetapi ini adalah andaian semata-mata. Oleh itu, nama Zambry mempunyai dua maksud, “tiupanku” atau “ngaumanku”.

Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk memperincikan nama “zambry”, tetapi saya cuba kaitkan dengan tajuk iaitu “Islam bukan hanya pada nama sahaja”. Ini kerana di akhir zaman, Islam hanya pada nama sahaja. Orang melihat bahawa Islam itu tidak lebih melainkan nama sahaja. Dan akhirnya, manusia pun sudah merasa “getik” untuk memakai nama Islam.

Nabi SAW bersabda
.Hampir tiba satu masa, di mana tiada lagi pada Islam kecuali namanya sahaja, dan tiada lagi pada al Quran melainkan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka (ketika ini) tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah teduhan langit. Dari mereka (ulama’-ulama’ ini) berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali semula (Riwayat Baihaqi)

Abu Ali al Banjari menafsirkan hadis ini dengan berkata

“Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama yang jahat, yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama’ akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan ulama’ yang meneruskan penyebaran dakwah dari semasa ke semasa”

Lihatlah apa yang terjadi hari ini. Islam itu hanya pada nama sahaja. Sehingga orang tidak berilmu pun, cuba memakai nama “ulama’” kononnya dia seorang yang berilmu. Akhirnya mereka ini akan menyebarkan fitnah sepertimana yang dilihat hari ini. Apabila kita bertanya kepada orang Melayu tentang nama mereka, sudah pasti nama mereka mempunyai maksud yang mendalam.

Tetapi, nama yang dipakainya tidak seperti tuannya. Nama sahaja Islam, tetapi rupa-rupanya dialah yang merencana untuk menghancurkan Islam. Semoga kita dijauhkan daripada golongan sesat ini. “Gelarlah ulama’ kepada orang yang sepatutnya.. dan gelarlah Islam kepada mereka yang selayaknya..”. Berfikir dan elakkan daripada keterlaluan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

8 comments:

  1. Kelihatan cantik di luar tetapi berulat di dalam.

    ReplyDelete
  2. Ramai manusia hari ini yang mengaku Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar Islam.
    Nak tanyalah dr Fikrah ni Islamkah atau beragama Islam?
    Islam kerana apa?
    Beragama Islam atas sebab apa?
    Tolong jawab?

    ReplyDelete
  3. Ramai manusia hari ini yang mengaku Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar Islam.
    Dr. Fikrah,
    Islam dan beragama Islam. Kalau tiada jawapannya harap berhentilah dari menulis tentang Islam.
    Islam seorang manusia itu kerana apa?
    Beragama Islam seorang manusia itu sebab apa?

    ReplyDelete
  4. Ramai manusia hari ini yang mengaku Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar Islam.
    Dr. Fikrah nak tanya sikitlah awak orang Islam atau beragama Islam? Kalau beragama Islam bila (tarikh anda masuk Islam? Kalau tak dapat jawap itulah namanya Islam pada nama sahaja.

    ReplyDelete
  5. Kenapa persoalkan "tarikh" memeluk Islam?

    Islam bukan pada tarikh-tarikh tertentu, Islam diukur dengan pegangan dan amalan...

    ReplyDelete
  6. Saudara pegang apa semasa masuk Islam? dan amalan saudara siapa yang menentukan???

    ReplyDelete
  7. adakah sudara ini seorang ulamak jika seorang ulamak dari ketogari yang mana ?.

    ReplyDelete
  8. Ulamak itu anugerah siapa?
    Nak tanyalah zaman Rasullullah masih hidup hanya ada 1 imam iaitu Rasullah.
    Bolehkah agama itu terpelihara jika macam-macam ulamak macam-macam imam yang mempunyai bermacam-macam pemikiran.

    ReplyDelete