Teringat saya dengan pepatah Melayu, “harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama”. Tetapi, Pak Lah turun tidak tinggalkan belangnya, bahkan namanya pun sudah semakin pudar dari mata masyarakat dalam masa beberapa bulan sahaja. Mungkin pepatah Melayu yang saya reka sendiri “harimau mati tinggalkan belang, Pak Lah turun meninggalkan tahi”.
Tak sanggup saya menggelarnya “sudah mati”. Tetapi hakikatnya beliau telah meninggalkan tahi yang begitu banyak di negara ini. Walaubagaimanapun, kehadiran Najib sebagai pengganti kepada Pak Lah bukan dilihat sebagai pencuci tahi, bahkan menambahkan lagi tahi. Inilah reality yang dilihat hari ini.
Antara tahi yang dibuat oleh Najib, yang ditambah daripada pemerintahan Pak Lah, ialah isu rampasan kuasa di Perak. Inilah tahi yang paling mencemarkan dunia Malaysia. Habis satu Malaysia busuk dengan tahi ini. Entah siapakah yang akan mencucinya.
Ketika Perhimpunan Agung UMNO, Pak Lah ada menyebut bahawa dia akan berada dalam UMNO selama-lamanya. Tetapi hari jadi UMNO tidak dapat dihadirinya. Adakah disebabkan dia malu kerana telah membuat banyak tahi? Adakah Najib sendiri tidak rasa malu dengan agenda mentahikan perak itu?
Allah SWT berfirman,
Dan orang-orang lain yang telah mengakui kesalahannya, mereka telah mencampurkan amalan kebaikan dengan amalan keburukan. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah at Taubah : 102)
Ayat ini ditujukan kepada 10 orang yang telah bersetuju untuk bersama Nabi Muhammad SAW dalam peperangan Tabuk, tetapi mereka mengingkari persetujuan tersebut. Mereka ini dianggap telah mencampurkan kebaikan dan keburukan. Maka Allah SWT meminta supaya mereka kembali bertaubat.
Saya juga mengesyorkan kepada Pak Lah dan Najib ini, supaya bertaubat daripada kejahatan yang mereka lakukan selama ini. Sekiranya anda ingin mencuci tahi anda, maka inilah jalan yang terbaik. Tetapi hakikatnya, “mudah-mudahan” taubat mereka diterima. Anda juga jangan lupa, kezaliman terhadap manusia, tidak sama dengan menzalimi Allah SWT.
Manusia berhak menuntut daripada anda, terhadap apa yang anda zalimi. Maka hitunglah diri sendiri, siapakah yang akan memaafkan dosa mereka ini? Itupun sekiranya mereka ingin bertaubat, sekiranya tidak, maka duduklah dalam neraka kerana kezaliman berterusan yang mereka lakukan.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Dr Fikrah
ReplyDeleteSaya memang setuju dengan anda berkenaan Badawi dan Najib telah dan akan menghancurkan negara ini, TETAPI nasihat saya kepada anda you menggunakan ayat tahi dengan kasar tetapi kemudian you perturunkan firman Allah SWT, saya rasa jangan gunakan ayat ayat suci jika you nak gunakan perkataan menjijikan.
G
Belfast
Terima kasih atas nasihat..
ReplyDeleteTahi itu saya maksudkan sebagai najis. Mungkin perkataan yang sesuai lepas ini ialah "najis". Najis terbahagi kepada dua, iaitu najis hakiki dan najis maknawi.
Najis Hakiki ialah najis yang kita ketahui, seperti darah, tahi betul dan sebagainya. Ia terbahagi kepada 3, iaitu najis ringan, sederhana dan berat (mughallazah)
Manakala Najis Maknawi ialah akhlak yang buruk, dosa dan sebagainya. Untuk menyucikan najis ini adalah dengan taubat.
Memang betul nasihat saudara, perumpamaan sebagai tahi itu kurang sesuai, kerana tahi adalah najis hakiki dan apa yang saya maksudkan di dalam artikel ini ialah najis maknawi.
Selamat Membaca. Saling nasihat menasihati..