Monday, May 18, 2009

PERKARA HARAM YANG TELAH DILAKUKAN OLEH MAHKAMAH


Sepertimana artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, perbuatan mahkamah menerima rayuan Zambry itu adalah satu perbuatan yang haram, dan bercanggah dengan syariat. Anda boleh memeriksa di dalam bab kehakiman dalam ilmu Fiqh. Atau anda juga boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan.

Perbuatan haram ini berdasarkan dalil yang telah difatwakan ketika zaman Khalifah Saidina Ali KAW. Setelah pembunuhan Saidina Uthman al Affan, khalifah Islam ketika itu, maka Saidina Ali KAW memfatwakan supaya pilihanraya untuk menggantikan Saidina Uthman perlu dilakukan segera. Tetapi Saidatina Aisyah memfatwakan supaya pembunuh tersebut perlu diqisas dahulu.

Walaubagaimanapun, kedua-dua perkara ini wajib, dan perbezaan pandangan daripada dua tokoh ini sepatutnya difahami. Hakikatnya kedua-dua ini mengatakan bahawa kewujudan pemimpin di dalam satu-satu pemerintahan itu adalah wajib. Ia adalah Fardhu Kifayah. Maka, hukum fardhu kifayah ialah, di dalam satu pemerintahan, perlu ada seorang pemimpin. Sekiranya tidak, semua akan dianggap berdosa.

Berdasarkan perkara ini, haruslah difahami bahawa Negeri Perak wajib mempunyai seorang MB. Ini kerana ia adalah Fardhu Kifayah. Tetapi apa yang dilakukan oleh mahkamah ialah sebaliknya. Zambry sudah disahkan bukan MB, manakala Nizar pula disuruh berhenti sementara daripada jawatan MB. Maka Negeri Perak tidak memiliki MB yang sebenar pada hari ini.

Semua ini disebabkan mahkamah, dan mahkamah perlu menanggung dosa semua rakyat Perak yang tidak mempunyai MB kerana ia adalah Fardhu Kifayah. Pernahkan anda terfikir, kenapakah Saidina Ali KAW memfatwakan bahawa khalifah perlu dipilih terlebih dahulu, untuk menunjukkan bahawa ia adalah perkara yang paling penting.

Lihatlah seawal kewafatan Baginda SAW, umat Islam segera berhimpun untuk melantik pengganti Baginda SAW. Tetapi malangnya mahkamah hari ini telah melewat-lewatkan sesuatu yang perlu dilaksanakan segera. Bahkan ia adalah perkara yang wajib untuk disegerakan!

Maka, sesiapa yang melambat-lambatkan sesuatu yang wajib disegerakan, hukumnya adalah haram. Dan pelakunya adalah berdosa. Maka, mahkamah hari ini telah melakukan satu kesalahan yang bercanggah dengan Islam, dan undang-undang Negeri Perak sendiri. Saya pernah datangkan contoh sebelum ini.

Contohnya, solat fardhu di akhir waktu. Hukumnya wajib disegerakan. Tetapi tindakan mahkamah hari ini melambat-lambatkan fardhu kifayah yang perlu disegerakan ini. Maka, tindakan mahkamah hari ini jelas bercanggah dengan Islam, dan hujah apa lagi untuk mereka mengatakan mahkamah tidak bersalah?

Walaupun pengesahan jawatan sudah dibuat, tetapi masih lagi ditangguhkan. Inilah satu bentuk kezaliman UMNO yang sudah dipraktikkan dalam mahkamah. Kalau rayuan Zambry boleh diterima sepantas kilat, bagaimanapula dengan rayuan Nizar yang dilambat-lambatkan? Janganlah berdalih lagi, mengakulah anda itu sudah melakukan salah!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

3 comments:

  1. Saudara kata perkara haram yang dilakukan oleh mahkamah.
    Kita tak boleh menolak mahkamah sebab itu adalah kehendak kita semua. Cara kita.... Lainlah kalau semua manusia di dunia ini memilih Ya Sin Wal Quranul hakim. Tak adalah mahkamah dunia ni.

    ReplyDelete
  2. Bukanlah saya yang mengatakan HARAM tersebut.. Baca dalil yang telah disebut.. Siapakah yang menuturkan dalil tersebut?

    ReplyDelete
  3. Terimalah seadanya....
    Kita bila meninggal baru sibuk baca YA SIN WAL QURANUL HAKIM. Dengan harapan segala kesalahan kita direngankan hukumannya, betahun-tahun hidup sampai ajal menjemput tak pernah nak cari dan ambil tahu apa itu YA SIN. Bila mati baca YA SIN.

    ReplyDelete