Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa penyokong Dato Seri Nizar dikatakan sebagai fanatik. Walaupun saya agak lambat mendengar berita ini, namun saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pemahaman berguna kepada mereka yang membuat tuduhan tidak berasas ini. Mereka cuba mengaitkan dengan peristiwa baring di atas jalanraya, seolah-olah hendak membunuh diri ketika proses angkat sumpah Menteri Besar Haram.
Saya juga di antara penyokong Dato Seri Nizar, cuba merungkaikan pemahaman mereka yang melabelkan sesuatu tanpa kefahaman. Persoalan pertama yang ingin dilontarkan ialah, adakah ia dikatakan sebagai fanatik? Sekiranya anda menjawab “ya”, maka saya akan memberi satu analogi menarik. Fikirkan bersama. Pernahkah anda melihat seorang suami sanggup bermati-matian untuk menjaga isterinya? Pernahkah anda melihat seorang ibu yang bertarung dengan mati untuk melahirkan seorang anak?
Adakah semua ini juga dianggap fanatik? Ia adalah sebuah kasih sayang yang tidak terhingga. Sayang kepada kebenaran, keadilan dan tidak mahu ia dikoyak-koyakkan begitu sahaja. Hakikatnya Dato Seri Nizar adalah pilihan rakyat, yang disayangi oleh majoriti rakyat Negeri Perak. Masing-masing sanggup bermati-matian untuk memelihara haknya sebagai Menteri Besar pilihan rakyat.
Lebih teruk apabila kenaikan Zambry adalah secara haram! Apakah daya untuk menghalang daripada satu perkara haram itu berlaku? Seseorang tersebut sanggup bermati-matian untuk menghalang satu perbuatan yang haram. Adakah ia dilabelkan sebagai fanatik? Rakyat Perak berhak memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar mereka. Mereka sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak masing-masing, adakah ia dikatakan fanatik?
Seorang yang terlalu sayangkan handphone nya, sanggup bermati-matian bertarung dengan perompak untuk memeliharanya, apatah lagi seorang Menteri Besar yang mempunyai hak. Contoh yang lebih jelas, apabila seorang perompak datang merompak seseorang, adakah anda akan melabelkan orang yang dirompak itu kedekut kerana tidak memberi wang sakunya kepada perompak tersebut?
Menteri Besar sedang dirompak jawatannya dengan menggunakan FRU, Polis dan sebagainya. Adakah anda melabelkan Menteri Besar sebagai seorang yang gila pangkat sekiranya dia mempertahankan jawatannya? Bukankah “Menteri Besar” itu hak milik Dato Seri Nizar melalui pilihanrakyat sendiri? Mengapakah ia dirampas begitu sahaja? Rakyat Perak sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak masing-masing. Adakah mereka boleh dilabelkan dengan fanatik?
Mengapakah ahli-ahli UMNO tidak bijak berfikir di dalam masalah ini? Perkataan apa lagi yang boleh memahamkan mereka? Masih berkeras kepala hendak mengundi UMNO? Kezaliman UMNO sudah jelas di hadapan mata, masih lagi memekakkan telinga dan membutakan mata daripada menerima kebenaran?
Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment