Ada orang kata, saya telah menafikan hukum yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Mukhriz di dalam artikel sebelum ini, tetapi saya pun lebih kurang sama. Saya pula yang ingin buat hukum. Fikirlah sendiri. Kalau saya salah, saya harapkan muncul blog lain yang menegur kesilapan saya, sepertimana yang saya lakukan terhadap Mukhriz..
Suka untuk saya menyebut tentang hukum-hakam yang berkait dengan perpaduan. Perpaduan dalam bentuk “Akidah” adalah wajib. Sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran, 103. Hukumnya adalah wajib. Iaitu, setiap manusia hendaklah bersatu di bawah Tauhid ini. Bahkan, ia juga adalah Islam. Semua manusia disuruh untuk bersatu di bawah agama ini, iaitu Islam. Dan hukum ini adalah wajib.
Bagaimana pula dengan UMNO? Mereka juga Islam? Jawapannya ialah, ahli-ahli UMNO memang Islam, tetapi mereka tidak berpegang dengan Islam yang tiada dalam UMNO. Oleh itu, Allah SWT menyuruh mereka berpegang dengan Islam, dan senang kata, mereka mesti berpadu dengan PAS. Kerana PAS itu berpegang dengan Islam..
Manakala perpaduan dengan orang kafir pula, terbahagi kepada dua hukum. Diharuskan, dan diharamkan. Perpaduan dengan kafir zimmi diharuskan, manakala perpaduan dengan kafir harbi diharamkan.. Perpaduan yang diharamkan juga termasuklah perpaduan untuk melakukan kejahatan sepertimana yang telah disebut di dalam artikel sebelum ini.
Maka, persoalan yang ingin saya timbulkan, apakah hukum perpaduan dengan UMNO? Adakah ia diharamkan, diharuskan atau diwajibkan? Maka, ia terbahagi kepada tiga pandangan, fikirkan sendiri :
- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO adalah bertujuan menyampaikan dakwah Islam, maka hukumnya adalah WAJIB.
- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO itu adalah perpaduan dengan kejahatan, maka ia diHARAMkan.
- Sekiranya kita menganggap perpaduan dengan UMNO itu hanya strategi untuk menaikkan Islam, maka hukumnya adalah diHARUSkan…
Maka, jelas di sini ialah, perbezaan pandangan sesama kita hari ini ialah disebabkan 3 pandangan berbeza ini. Tetapi, sekiranya hukumnya itu adalah diharuskan (pandangan ketiga), maka kita diwajibkan mengikut arahan pimpinan. Mematuhi arahan pimpinan adalah wajib, selagi mana ia belum diharamkan…
Maka, hari ini, kita masih belum mendengar sebarang keputusan yang sudah diputuskan. Oleh itu, diam sahajalah. Mereka punya hak untuk putuskannya. Kita tidak..
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, Barat juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Para pejuang di jalan kebenaran dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pemuja sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam di bawah kekuasaan Khilafah.
ReplyDeleteWahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib. Dalil dari Al-Quran, As-Sunah dan Ijmak Sahabat cukup-cukup jelas dalam hal ini. Malah seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Syeikh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah menjelaskan, “...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) -rahimahumullah- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya....”. Menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafahlah, maka barulah hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah.
Wahai kaum Muslimin! Semenjak kejatuhan Khilafah hingga kini, kita semua hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Justeru, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufur sekular, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kita? Bagaimana kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila Al-Quran dan As-Sunah disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kita telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad saw. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Baginda menjawab dengan berkata, “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan apa yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.
Seruan penuh : http://jebbat.blogspot.com/2009/04/utama-teks-seruan-hizbut-tahrir_8864.html
Dr Fikrah kata
ReplyDeleteBagaimana pula dengan UMNO? Mereka juga Islam? Jawapannya ialah, ahli-ahli UMNO memang Islam, tetapi mereka tidak berpegang dengan Islam yang tiada dalam UMNO. Oleh itu, Allah SWT menyuruh mereka berpegang dengan Islam, dan senang kata, mereka mesti berpadu dengan PAS. Kerana PAS itu berpegang dengan Islam..
>> Islam yang nak dipegang itu apa ? siapa?