Sunday, May 10, 2009

ULAMA’ YANG TERSISIH

Sedikit coretan rasa hati tentang masalah dalaman PAS yang berlaku hari ini. Wahai ahli PAS, janganlah anda menyisihkan golongan ulama’. Mungkin anda mengatakan bahawa terlalu awal untuk dicoretkan di sini, tetapi hakikatnya inilah pesananku sebelum anda terpesong. Islam itu akan kembali hilang di mata dunia, bahkan di dalam PAS sendiri akan hilang unsur-unsur Islam.

Semua ini disebabkan kita tidak berpegang dengan al Quran dan as Sunnah. Bahkan kita lebih banyak meniru cara perjuangan UMNO, kemudian diserapkan di dalam PAS, bukan kerana kefahaman anda terhadap Islam, tetapi disebabkan kebencian anda terhadap UMNO. Sepatutnya anda berjuang dalam PAS disebabkan anda memahami perjuangan Islam. Bahkan kita janganlah berjuang dalam PAS disebabkan benci terhadap UMNO semata-mata!

Ini kerana kebencian itu akan hilang setelah anda memperolehi periuk nasi anda. Mulut anda akan disenyapkan dengan duit yang disumbat ke dalam mulut anda. Ketika itu anda akan lupa apakah erti perjuangan aku dalam Islam. Walaupun pimpinan di dalam PAS itu berubah, manhaj PAS itu berubah, tetapi Islam itu tetap Islam. Wahai ahli PAS, berpeganglah dengan Islam! Sekiranya PAS terpesong dari Islam, maka tinggalkanlah PAS sekiranya ia tidak boleh diubah lagi.

Tidak tahu bagaimana lagi ingin dicoretkan di sini. Tetapi kebimbangan ini jelas terlihat apabila ahli PAS sendiri lebih mempercayai bukan ulama’ berbanding ulama’. Mereka lebih yakin kepada orang yang kurang ilmunya tentang Islam, berbanding mereka yang memahami dan mempraktikkan Islam. Percayalah, ulama’ ini bukanlah Tok Guru Nik Aziz sahaja, bahkan sesiapa sahaja boleh menjadi seorang ulama’ dengan mengikuti method-method sebagai seorang ulama’ yang sebenar.

Ulama’ bukanlah pangkat yang dapat dibeli dengan duit. Ia bukan juga dapat dibeli dengan sijil. Tetapi ia adalah satu kesungguhan seseorang untuk memahami Islam, berguru dengan guru yang sepatutnya, dan mempraktikkan kefahaman tersebut. Apakah yang akan terjadi sekiranya Parti “Islam” Semalaysia tidak lagi dipimpin oleh orang yang memahami Islam? Adakah PAS hanya tinggal nama sepertimana hadis yang telah saya nukilkan sebelum ini?

Nabi SAW bersabda
.

Hampir tiba satu masa, di mana tiada lagi pada Islam kecuali namanya sahaja, dan tiada lagi pada al Quran melainkan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka (ketika ini) tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah teduhan langit. Dari mereka (ulama’-ulama’ ini) berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali semula (Riwayat Baihaqi)

Adakah di dalam PAS sendiri akan berjangkit penyakit ini? Adakah PAS juga akan hanya tinggal nama sebagai perjuangan Islam sedangkan ia dibarisi oleh orang yang kurang memahami hakikat Islam? Islam itu difahami oleh semua orang samada secara hakikat, separuh-separuh, langsung tidak difahami atau orang yang membenci Islam! Dan orang yang memahami Islam itu secara sebenarnya (hakikat) semakin berkurangan.

Apakah satu hari nanti Islam akan dipimpin oleh orang yang bencikan Islam? Ia bukanlah mustahil, hari ini telah pun muncul sister in Islam, Islam Hadhari, Islam Liberal dan bermacam lagi. Mereka dibarisi oleh orang yang tidak sukakan Islam yang sebenar. Adakah ini juga akan terpalit ke wajah PAS?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

11 comments:

  1. Assalamualaikum!
    Ulama adalah pewaris Nabi, sejarah melakarkan ramai para ulama dan dae berjuang melawan kafir spt Umar Mukhtar, Hassan Al Banna dan ramai lagi.
    Ulama akan tetap menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  2. Letakkanlah ulama' ini pada tempatnya, sekiranya tidak kita akan menzalimi diri sendiri. Meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya adalah zalim. Ulama Pewaris Nabi...

    ReplyDelete
  3. siapakah golongan ulama pewaris nabi...?

    adakah jumlah mereka dalam bilangan yang besar dan boleh ditemui dimana-mana...?

    adakah ulama bermakna seseorang itu mendapat pendidikan dalam bidang agama semata-mata...?

    apakah kerahiban...? wujudkah kerahiban dalam masyarakat islam...? adakah kerahiban dalam agama kritian berbeza dengan kerahiban dalam masyarakat islam...

    jika golongan ulama diakhir zaman adalah golongan yang terpinggir, bolehkah kita kenal pasti golongan ulama ini...

    ReplyDelete
  4. Hampir tiba satu masa, di mana tiada lagi pada Islam kecuali namanya sahaja, dan tiada lagi pada al Quran melainkan tulisannya sahaja.

    SUDAH BERLAKU... AL QURAN DILAGUKAN DAN DIBACA TANPA MEMAHAMI KANDUNGAN ILMUNYA... TIDAK DIFAHAMI PELAJARAN-PELAJARANNYA...

    Masjid-masjid mereka (ketika ini) tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah.

    SUDAH BERLAKU... SELURUH DUNIA ADA MASJID-MASJID YANG HEBAT2 DAN MEWAH... TAPI HANYA DIPENUHI OLEH ORANG2 YANG JAHIL (TANPA HIDAYAH)...

    Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah teduhan langit.
    Dari mereka (ulama’-ulama’ ini) berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali semula (Riwayat Baihaqi)

    SUDAH BERLAKU... SIAPA "ULAMA MEREKA" ITU... APAKAH ULAMA DISISI ALLAH ATAU ULAMA YANG DIIKTIRAF OLEH MANUSIA...? APAKAH FITNAH YANG DIBAWA OLEH "ULAMA" INI...?

    ReplyDelete
  5. Ulamak pewaris nabi.....
    Entah bila Nabi mewariskan kepada dia, kitapun tak tahu, suka hati dia aje....
    Jumpapun tidak, keturunan nabi jauh sekali...
    sukahati koranglah .....memandai-mandai aje....

    ReplyDelete
  6. Insya Allah, saya akan tulis artikel tentang ini. Banyak sangat yang perlu diceritakan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Apa lagi yang saudara nak tuliskan nak membela orang yang saudara katakan ulamak. Saya cabar saudara, tanyakan kepada semua ulamak yang ada. Bila Nabi Muhammad menyerahkan warisan kebesaran Rasullulah kepada mereka.
    Jangan dolak dalih lagi. Kalau guru motivasi bolehlah diterima dek akal.
    Orang yang tak menggunakan akal bolehlah saudara kelentong....
    Sebab orang Melayu kalau baca ayat aje dah tergoda....

    ReplyDelete
  8. ulama pewaris nabi pasti memahami islam seperti mana nabi faham... berjuang seperti mana nabi berjuang... tidak lebih , tidak kurang...

    jelaskan siapa ulama sebenarnya...? kriteria mereka sepertimana yang ALLAH tetapkan ...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas cabaran ini. Saya akan jelaskan di dalam atrtikel akan datang insya Allah. Tetapi saya nasihatkan kepada anda, jangan meng"hukum" sebagai "benar" atau "tidak", sebelum anda mengetahui. Sebaliknya berhukumlah setelah anda tahu.

    ReplyDelete
  10. Saya bukan mencabar saudara menulis artikel, semua orang boleh tulis artikel boleh buat ceramah, tapi cabaran saya ialah saya minta saudara tanyakan pada semua ulamak bila tarikh Nabi Muhammad menyerahkan segala warisan dan kebesaran nabi kepada mereka untuk mengislamkan dan menjamin manusia kesyurga.

    ReplyDelete
  11. Sudah disebut di dalam Hadis di dalam artikel Bagaimana Mengenali Ulama 1. Tidak perlu tanya kepada ulama, Nabi SAW sendiri sudah menyebut.

    ReplyDelete