Katakanlah wahai Muhammad : "Wahai Tuhan yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut (menarik balik) kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkau merendahkan martabat sesiapa yang engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
(Surah Ali Imran : 26)
Di dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan bahawa pemilik kuasa yang sebenar ialah Allah SWT. Allah lah yang memberikan kekuasaan kepada sultan-sultan, menteri-menteri Besar, dan lain-lain. Sekiranya Allah SWT mampu memberi kekuasaan yang begitu besar kepada Nabi Sulaiman AS yang mampu mentadbir jin dan haiwan, apatah lagi untuk memberi kekuasaan kepada YAB Nizar.
Tiada siapa menjangka bahawa ketika pilihanraya 2008, Negeri Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sedangkan ia begitu mudah bagi Allah SWT. Begitu juga ketika itu, Allah SWT ingin menarik kekuasaan yang ada pada BN, dalam sekelip mata sahaja. Tidak dinafikan, kekuasaan Pakatan Rakyat di Perak juga sedang diuji oleh Allah SWT ketika ini.
Begitu juga, Allah SWT merendahkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, dan menaikkan martabat sesiapa yang dikehendaki olehNya. Manusia menjadi lebih mulia daripada malaikat dan menjadi lebih teruk daripada binatang disebabkan akal. Manusia hari ini dikurniakan akal untuk berfikir. Terdapat juga golongan yang berfikir untuk memusnahkan Islam dengan pelbagai strategi, walaupun terpaksa merampas hak manusia-manusia lain.
Ingatlah, segala kekuasaan itu adalah milik Allah SWT, dan segala kemuliaan itu juga milikNya. Kenapakah mengejar kemuliaan dan pangkat dengan memintanya kepada manusia-manusia biasa? Di sana terdapat juga orang yang memiliki kekuasaan, tetapi martabatnya sehina binatang seperti firaun di zaman Nabi Musa AS. Hari ini, siapakah yang menggantikan tempat tersebut?
Selain itu, terdapat juga orang yang mendapat kekuasaan dan kemuliaan daripada Allah SWT, seperti Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS. Terdapat juga golongan yang tidak diberi kekuasaan oleh Allah SWT, tetapi golongan ini tinggi martabatnya di sisi Allah seperti Luqman al Hakim. Terdapat juga golongan yang tidak diberi kekuasaan dan martabatnya rendah di sisi Allah.
Tetapi, golongan pertama adalah yang paling jelas hari ini. Iaitu golongan yang mendapat kekuasaan tetapi hina di sisi Allah SWT. Firaun yang memiliki kekuasaan yang lebih besar daripada Perdana Menteri, Karun yang memiliki harta lebih banyak daripada Jutawan Malaysia hari ini, dan ramai lagi. Firaun yang mati dalam keadaan memusuhi Islam, Karun yang mati dalam keadaan gila membilang hartanya.
Itulah realiti hari ini. Mereka ini dihina oleh Allah SWT. Ambillah pengajaran wahai yang berakal! Siapakah yang memiliki ciri-ciri Firaun dan Karun? Sedarlah sebelum terlambat. Kekuasaan dan kekayaan itu boleh hilang dalam sekelip mata.
benda ini berlaku dengan izin dari Allah S.W.T...
ReplyDeleteYB Nizar tertiba je tak da kuasa....Dengan Izin Alah S.W.T...jugak laa perkara ini berlaku.....
mungkin sudah tiba masanya kita amal apa yang kita belajar selama ini...redha...ada hikmah disebaliknya...mungkin akan datang YB Nizar akan buat apa seperti Umno buat...sebab hati manusia ini tidak tetap....mungkin akan datang dia rasuah ke....kita tak tahu yang tahu cuma Allah S.W.T...mungkin pemerintahan dia ini akan membawa sesuatu yang buruk kepada rakyat perak...kita tak tahu...sebab selama ini kita hanya memandang sebelah pihak je dan kita luper sebelah kita pulak....
Tetapi itu adalah perkara yang akan datang dan kita tidak mengetahui tentangnya. Hakikat yang terjadi hari ini ialah UMNO itu pengamal rasuah, dan berdasarkan situasi yang terjadi hari ini itu, kita perlu menolaknya
ReplyDelete