Sunday, April 26, 2009

PARASIT DALAM PAS YANG MEMFITNAH ULAMA’


Ramai yang agak panas punggung apabila berlaku percanggahan di antara dua mutiara, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Segalanya telah dijelaskan oleh Us Nik Abduh di dalam blognya yang bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS”. Saya agak terkilan, rupa-rupanya wujud parasit yang cuba melaga-lagakan di antara dua mutiara ini. Semoga mereka dibalas oleh Allah SWT.

Terdorong hati saya untuk mengulas tentang artikel beliau itu. Secara jujur saya sebut, tiada siapa yang meredhai kelakuan parasit ini. Betapa besarnya dosa mereka Allah sahaja yang memberinya. Apalah salah mereka berdua? Mereka adalah pejuang Islam dan juga seorang ulama’. Apakah sebab mereka hendak melaga-lagakan dua mutiara ini?

Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW, kisah kewujudan seorang hamba Allah yang munafik, bernama Abdullah bin Ubay. Namanya telah saya ulang beberapa kali di dalam artikel sebelum ini. Siapa ingat tentang Hadis Ifki? Hadis Ifki ialah kisah fitnah Abdullah bin Ubay, yang mengatakan bahawa Saidatina Aisyah telah melakukan maksiat bersama Safwan bin Mu’attal.

Kisahnya bermula apabila Saidatina Aisyah tertinggal daripada rombongan yang pulang dari medan Perang. Saidatina Aisyah keseorangan di padang pasir, sehinggalah Safwan bin Mu’attal kebetulan lalu di laluan tersebut. Setelah menemui Saidatina Aisyah, beliau segera menurunkan untanya supaya dapat dinaiki oleh isteri Baginda SAW itu. Beliau pun membawanya ke Madinah.

Setibanya di Madinah, Abdullah bin Ubay mula menjaja cerita tersebut, dan menaburkan pelbagai fitnah bertujuan melaga-lagakan Rasulullah SAW, dan Saidatina Aisyah yang suci. Sehinggakan umat Islam ketika itu merasa tidak sedap duduk terhadap peristiwa yang terjadi. Sehinggalah turun wahyu daripada Allah SWT menyatakan bahawa Saidatina Aisyah bersih daripada sebarang perlakuan maksiat.

Lihatlah kisah ini. Orang munafik berusaha untuk melaga-lagakan di antara rumah tangga seorang Nabi. Begitu jugalah yang terjadi di dalam PAS, terdapat parasit yang melaga-lagakan di antara dua pejuang Allah SWT! Mereka adalah ulama’ yang mewarisi ilmu Nabi Muhammad SAW, dan mereka juga dilaga-lagakan sepertimana Orang Munafik memfitnah Nabi Muhammad SAW!

Usaha mereka itu sama seperti perjuangan orang munafik menghancurkan dan menjatuhkan Nabi Muhammad SAW. Hari ini, kewujudan mereka berusaha untuk menjatuhkan dua orang pewaris Nabi ini. Berwaspadalah, anda jangankan menjadi parasit ini. Tidak mustahil, sekiranya hari ini anda menjadi sumber khasiat, mungkin akibat fitnah ini, anda boleh bertukar menjadi parasit yang membunuh!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. Moga Allah selamatkan PAS dari parasit ini...

    ReplyDelete
  2. cUKUPLAH PERISTIWA sAYIDATINA aISYAH DI ATAS MENJADI IKTIBAR. wAHYU TIDAK AKAN TURUN LAGI UNTUK MENJELASKAN ISU DALAM JAMAAH PAS. wAHYU aLLAH YANG MEBERSIHKAN PERIBADI aISYAH DAN ISU PERJANJIAN HUDAIBIYYAH SUDAH CUKUP UNTUK DIJADIKAN PADUAN BAGI YANG BERAKAL

    ReplyDelete