Saturday, March 14, 2009

PILIHANRAYA TIGA BUKIT : JANGAN MASUK LUBANG BIAWAK DUA KALI


7 April ini akan berlangsunglah pilihanraya 3 bukit sepertimana yang telah diketahui umum. Hari ini, saya terbaca sebuah berita dari Malaysiakini tentang pendapat yang telah dikemukakan oleh Ismail Saffian, calon Barisan Nasional di Bukit Gantang. Beliau mengatakan kepada pemberita…

“"Yang pentingnya masyarakat di sini masa hari mengundi nanti kena beri kepercayaan mereka kepada BN"

Apabila terbaca kata-kata tersebut, bertambah pelik dan keliru dengan kalam tersebut. Bagaimanakah dia boleh mengatakan sebegitu sedangkan kekucaran yang ada di Negeri Perak hari ini sudah jelas bahawa ia adalah angkara Barisan Nasional. Bermula sebelum 6 Februari lagi (angkat sumpah), sehingga hari ini, Negeri Perak masih ditertawakan oleh dunia, dan dikritik seteruk-teruknya oleh ramai pengkaji.

Namun, apa yang menimbulkan tanda Tanya, seolah-olah Ismail Saffian sendiri tidak tahu menahu langsung tentang perkembangan di Negeri Perak. Kejahatan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh UMNO sudah jelas nyata, tetapi beliau masih lagi seolah-olah memekakkan telinga daripada menerima hakikat kekejaman tersebut.

Seruan saya kali ini mengajak kepada ketiga-tiga wakil UMNO di ketiga-tiga kawasan ini supaya menjauhkan diri, dan meninggalkan UMNO serta merta. Sifat kukubesi UMNO sudah jelas di hadapan mata, kenapa masih lagi disokong UMNO itu? Adakah ia melaksanakan dan memartabatkan Islam? Atau merekakah pejuang bangsa?

Bahkan merekalah yang melenyapkan bangsa Melayu, merekalah yang menghapuskan Sekolah Agama Rakyat dan mereka jugalah yang menangkap pejuang-pejuang keadilan. Perkara paling pelik yang pernah saya terfikir ialah, bagaimanakah masih ada lagi orang yang sanggup menjadi calon Barisan Nasional?

Seruan saya kepada pengundi-pengundi UMNO, adakah kamu semua masih lagi tidak mahu menerima kebenaran yang sudah ada di hadapan mata anda? Kebenaran itu jelas, tetapi kamu sengaja memilih kesesatan berbanding kebenaran. Apakah kiranya kamu diazab di akhirat nanti, kamu masih boleh beralasan kamu tidak tahu?

Saya juga bingung, bagaimanakah UMNO yang sudah sebegini jadinya, masih terdapat segelintir yang menyokongnya? Setelah beberapa ketika memikirkan jawapannya, saya teringat bahawa artikel lalu yang pernah saya tulis di ruangan “tazkirah” yang bertajuk menolak Islam kerana DEGIL”.

Fahamilah artikel tersebut, supaya anda boleh mengalih pandangan anda yang selama ini sesat, kepada kebenaran yang sudah jelas cahayanya di hadapan mata. Janganlah mata anda dipejamkan daripada menerima cahaya tersebut, dan janganlah telinga anda ditutup daripada mendengar kebenaran tersebut. Ingatlah, Allah SWT tidak menzalimi sesiapa, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment