Walaubagaimanapun, lebih menghairankan manusia di Malaysia ini, ialah kenaikan Mukhriz! Siapa Mukhriz ini? Dia ialah anak kepada Mahathir. Semua orang tahu. Siapakah Mahathir ini? Ya, Mahathir ialah seorang hero tua yang kembali menyelamatkan UMNO kononnya. Kadangkala, kita pun terfikir, siapakah PM sebenarnya? Najib atau Mahadet? Mahathir dilihat masih gagah untuk membentuk generasinya. Ini kerana Pak Lah tidak layak untuk menjadi pewarisnya. Oleh itu, apabila kenaikan Najib, beliau begitu suka kerana Najib ini sekepala dengannya. Bagaimana pula dengan Mukhriz? Ya, inilah rezeki Mukhriz yang berbapakan Mahathir.
Saya tidak berniat menuduh Mahathir ada fungsi di dalam menyusun kabinet, tetapi saya cuma melontarkan tanggapan umum. Mungkin Najib sendiri tidak pernah berhubung dengan Mahathir berkenaan susunan kabinet ini. Tetapi kemungkinan ini payah diterima. Entah saya tidak tahu mengapa. Mungkin kita sendiri boleh memikirkannya.
Walaubagaimanapun, sekiranya Najib menafikan bahawa susunan kabinet itu adalah rancangan Mahathir,… tapi, kenapa lantik Mukhriz? Ya, soalan ini sering tertanya-tanya. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Tetapi mungkin ada beruk yang sedang memanjat. Adakah kes ini sama seperti beruk yang memanjat, lalu menyebabkan pokok bergoyang?
Entahlah. Segala jawapannya, berada di benak Najib sendiri. Mungkin kita tidak mengetahuinya, tetapi, kadangkala kita juga mengetahuinya berdasarkan beberapa tanda. Apabila pokok bergoyang, sedangkan angin tiada, tiba-tiba ternampak anak beruk memanjat ke atas atau melambai-lambai ke arah atas pokok. Kita pun membuat kesimpulan, kemungkinan ada bapak beruk di atas tu…
Mungkin perumpamaan ini agak kasar, dan saya memohon maaf sekiranya menyebabkan sesiapa terasa hati. Tetapi, jangan lupa, Mahathir pernah menggelar Datuk Zaid sebagai katak! Kekeliruan ini boleh diperhatikan sendiri oleh anda dengan menggunakan mata dan akal masing-masing. Buatlah kesimpulan sendiri.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Saturday, April 11, 2009
REZEKI MUKHRIZ BERBAPAKAN MAHATHIR!
Akhbar semalam menyiarkan sebuah berita yang sangat pelik. Berita tersebut berkenaan penyingkiran Khairi daripada menjadi anggota kabinet Najib. Saya pun pelik juga, kenapa Khairi ditolak? Adakah disebabkan sial yang dibawa sepertimana yang tersebar di dalam buku kontroversi sebelum ini?
.
Posted by
Dr Fikrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun Tun Dr M dianggap hero tua oleh saudara namun bagi kebanyakkan rakyat hero tua inilah yang telah menerajui negara ini selama ini. Kerana pentadbiran yang baiklah menyebabkan saudara berjaya mendapat tempat dan kemudahan untuk belajar sehingga berjaya digelar Dr. Kenapa kita sebagai orang Melayu suka berdengki dengan jejayaan orang Melayu yang lain. Tidakkah kita terfikir semasa Tun M menjadi PM tempohari adakah terdapat kaum kerabatnya menjawat jawatan-jawatan penting dalam politik mahu pun dalam kerajaan. Sehinggakan beliau mengatakan tidak berlaku adil terhadap anak-anak sendiri untuk berpolitik.
ReplyDelete