Tuesday, April 21, 2009

ORANG KAFIR DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW JUGA MELANGGAR UNDANG-UNDANG MEREKA!


BN Perak yang semakin hari dilihat sebagai pencabul undang-undang semakin dibenci oleh semua orang. Sama sahaja dengan Barisan Nasional yang mencabul undang-undang yang ditulisnya sendiri. Dengan sesedap hatinya, mereka melanggar mana-mana undang-undang tulisan mereka sendiri, yang dianggap menyusahkan mereka. Tetapi, apabila orang lain mengkritik undang-undang, terus dipenjarakan.

Lihatlah apa yang terjadi kepada mereka yang menyuarakan suara mereka di dalam blog, terus sahaja dibuat akta media untuk menyekat orang-orang ini. Tetapi, apakah tindakan mereka terhadap blog yang menghina Nizar dengan jelas. Bukti pun sudah ada. Tetapi sampai hari ini, mereka cuma seorang haprak yang tuli dengan undang-undang sendiri.

Hakikatnya ini juga terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri. Ketika Nabi Muhammad SAW masuk ke Madinah, Baginda SAW telah membuat perjanjian dengan orang-orang kafir. Antaranya dengan musyrikin Madinah, dan orang-orang Yahudi. Begitu juga perjanjian Hudaibiah, yang menyaksikan bahawa kedua-dua pihak, Islam dan kafir, bersetuju dengan undang-undang yang mereka sepakati bersama.

Selang beberapa tahun, Orang Yahudi telah mencabul undang-undang yang mereka janjikan. Begitu juga Perjanjian Hudaibiah. Undang-undang yang mereka janjikan bersama dicabul dengan begitu mudah. Mereka mengkhianati janji mereka sendiri. Mereka telah berjanji tidak akan melanggar peraturan-peraturan yang disepakati bersama itu. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Barisan Nasional di Malaysia lebih teruk lagi. Undang-undang yang mereka senaraikan itu langsung tidak diselarikan dengan undang-undang Islam, tetapi, mereka sendiri yang melanggar undang-undang tersebut. Mereka yang membuat undang-undang itu, tetapi mereka sendiri yang melanggarnya. Bodohnya golongan ini.

Contohnya, Guru Disiplin di sebuah sekolah, melarang keras murid-murid daripada merokok di dalam kawasan sekolah. Tetapi malangnya, Guru Disiplin yang bodoh ini telah menghisap rokok di dalam kelas ketika mengajar! Apakata pelajar sekolah? Sudah pasti mereka mengatakan bodoh kepada Guru Disiplin tersebut, bahkan 90% daripadanya sudah mencarut-carut!

Demikianlah keadaan di Malaysia, mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah penggubal undang-undang, akhirnya mereka sendiri yang melanggarnya. Mereka melanggar peraturan tersebut dengan jelas, sepertimana Guru Disiplin itu menghisap rokok di dalam kelas ketika sedang mengajar! Saya yakin, ramai pembaca akan mengatakan “Dr Fikrah buat contoh yang tak masuk akal, kerana mana mungkin Guru Disiplin begitu bodoh dengan berbuat demikian”.

Tetapi, saya menjawab,… memanglah tidak masuk akal, tetapi, ia sudah terjadi di hadapan mata! Memang Barisan Nasional begitu bodoh kerana melanggar undang-undang tersebut. Sama seperti Guru Disiplin yang dianggap sebagai tidak masuk akal dia akan melanggar peraturan sekolah. Tetapi hakikatnya, ia sedang terjadi. Ukurlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment