Sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan yang menyamakan PAS dengan UMNO terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah orang yang tidak memahami istilah “persamaan” dan “perbezaan”. Golongan yang kedua pula ialah orang yang ingin membuat parti yang menjatuhkan PAS dan UMNO, disebabkan sesuatu yang tidak saya ketahui.
Untuk menjawab golongan yang kedua ini, saya mempersilakan kepada mereka supaya menunjukkan, di manakah percanggahan PAS dengan Islam sepertimana yang telah dilakukan oleh UMNO. Sebelum ini, golongan kedua ini banyak memberi respon dengan beberapa contoh percanggah PAS dengan Islam sepertimana berikut :
- PAS bersatu dengan orang bukan Islam, untuk berperang sesama Islam
Jawapan bagi kekeliruan ini telah saya jawab di dalam artikel yang bertajuk “Menjawab Isu : PAS Bergabung Dengan Orang Kafir”. Sila baca dengan teliti, dan fikirlah masak-masak.
- PAS memecahbelahkan sesama Bangsa Melayu
Jawapan bagi kekeliruan ini telah saya jawab di dalam artikel yang bertajuk “Wahai Bangsa Melayu, Jangan Jadi Seperti Bangsa Arab Yang Menolak Kenabian Muhammad SAW”.
- PAS turut sama dalam politk kotor
Jawapan bagi kekeliruan ini telah saya jawab di dalam artikel yang bertajuk “Siapa Kata Nabi Muhammad SAW Tidak Berpolitik….”
- PAS adalah alat bagi Bangsa Cina
Jawapan bagi kekeliruan ini telah saya jawab di dalam artikel yang bertajuk “Antara Hak Bukan Islam dan Jawatan Mereka Dalam Kerajaan”
Selain daripada ini, saya mungkin tidak tahu, atau mungkin tidak dengar. Maka, saya berharap kepada sesiapa yang masih terdapat kekeliruan tentang perjuangan PAS, bolehlah saya menjelaskannya. Ada juga yang menyatakan “PAS nampak sahaja memperjuangkan Islam, sebenarnya tidak.. itu adalah omongan kosong sahaja….”
Saya tidak nampak di manakah yang dimaksudkan dengan lakonan PAS untuk memperjuangkan Islam. Sekiranya PAS hanya berlakon memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya bertujuan untuk mendapat kuasa, maka, tunjukkan bukti bahawa ia adalah lakonan. Mereka juga mengatakan bahawa PAS menggunakan nama Islam untuk meraih undi.
Maka saya persilakan kepada orang yang berkata begini, untuk mengemukakan bukti, sejauh manakah kebenaran tuduhan tersebut. Wallahua’lam, saya sendiri tidak nampak di manakah yang dikatakan PAS cuba menggunakan nama Islam, sebaliknya, apa yang saya nampak, PAS itu memperjuangkan Islam. Maka, perlulah menjelaskan tentang Islam.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

tidak ada persamaan antara PAS dan UMNO .memang benar . Rakyat tak kirakan ideologi pemimpin kedua2 parti ini tapi rakyat kirakan tanah air ini tidak bertukar tuan dari Tanah Melayu ke apa2 nama pun sekiranya melayu kecundang . Yang resah adalah rakyat . YB2 ni kekadang resahnya bolih dihilangkan dgn berbagai . Pemimpin2 rakyat melayu sepatutnya berfikir servival melayu demi kesinambungan agama dan bangsa . Akarnya adalah satu samada Islam atau Melayu adalah masih sama kerana di Malaysia Melayu masih Islam walaupun pada dasarnya tidak seperti bangsa arab yg mana tidak semua bangsa arab itu islam .Sekiranya Melayu tiada , Islam juga tiada atau teramat kurang penganutnya . Melayu dan Islam itu saling berkait jika tafsirannnya di Malaysia .
ReplyDeleteDari segi ideologi memanglah tak sama dari segi tujuan tetap sama nak menang pilihanraya atas nama sebuah parti.
ReplyDeleteTujuan PAS dan UMNO sama?
ReplyDeleteAdakah UMNO juga memperjuangkan Islam? Cukuplah ini sebagai pembeza PAS dan UMNO..
Bagi orang jahil memang nampaknya PAS tu memperjuangkan Islam sebenarnya PAS hanya mempergunakan nama Islam untuk menang pilihanraya....
ReplyDeleteSila cakap berdasarkan bukti. Anda menggunakan perkataan "sebenarnya". Maka, anda akan terdedah dengan dosa memfitnah. Berhati-hati.
ReplyDeletesemoga peringatan itu direnungkan BERSAMA...
ReplyDeleteBerimanlah kepada keseluruhan Al Quran jangan pilih- pilih je..., ataupun lupa atau melupakan sebahagian dari peringatan Allah.
ReplyDeleteQuran ada didepan kita, bacalah keseluruhannya dengan ikhlas,siapa yang beriman dengan Allah , Allah akan pimpin hatinya..yang beri petunjuk itu Allah bukan sesiapa...yang akan beri pahala pun Allah.."..bahawa hadapkanlah diri (aqal,perasaan dan hati ) kamu kepda Allah , dua orang atau sorang-sorang kemudian fikirkanlah.."
dan mohon petunjuk dari Allah..
Kalau orang cakap nanti kata sokong UMNO pula..
sebagai pemimpin tak boleh berpandangan singkat..perlu melihat jauh kehadapan...kalau kita bersekongkol dengan perosak agama ..adakah Allah akan tolong kita..memperkenankan doa kita?Kembalilah kepada agama Allah kerana Islam tidak berdasarkan angan-angan , siapa yang beramal buruk, akan dibalas dengannya..
jangan tertipu..