Thursday, April 16, 2009

RM 45,786 DIGUNAKAN UNTUK PUJA ROSMAH, BERAPA PERUNTUKAN PULA UNTUK MEMUJI ALLAH?

Saya terkejut setelah membaca berita tentang pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Sepertimana yang diberitakan, sebanyak RM 45,786 telah dibelanjakan untuk membeli ruangan iklan satu muka di sebuah akhbar arus perdana untuk mengucap terima kasih kepada Rosmah kerana sudi melawat Daerah Rembau. Itu tidak termasuk kos mencetak banner, poster dan lain-lain.

Timbul tanda tanya dalam benakku. Kenapakah sampai begitu sekali Kerajaan Negeri Sembilan belanjakan? Hebat sangatkah Rosmah ini? Sudahlah duit tersebut adalah duit rakyat. Kalau duit sendiri takpa juga, walaupun individu yang membazir itu adalah sahabat syaitan. Harga tersebut bukannya sedikit. Berapa ramai lagi orang yang memerlukan duit tersebut di Negeri Sembilan. Mereka hanya berjalan di pasaraya untuk meminta sedekah seringgit atau dua…
.Saya teringat juga sebuah kisah Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang yang paling hebat di alam semesta, jauh lebih hebat dari Najib dan Mahadet. Nabi Muhammad SAW adalah seorang pemimpin kerajaan yang tidak memiliki dosa. Tetapi, Baginda SAW tetap mengerjakan ibadah dengan bersungguh-sungguh, walaupun terpaksa mengorbankan waktu rehat di malam hari.

Satu ketika, Saidatina Aisyah terjaga daripada tidur, dan mendapati Nabi Muhammad SAW sedang bertahajjud (solat di waktu malam). Setelah selesai beberapa kali solat, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Kenapa kamu beribadah sehingga bengkak kakimu, sedangkan kamu tidak mempunyai dosa…” Lalu Baginda SAW menjawab.. “Aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur…”

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW. Beliau beribadah sehingga bengkak kaki semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah. Tetapi hari ini, apa yang terjadi kepada kerajaan hari ini, sangat berbeza dengan Baginda SAW. Mereka membazirkan peruntukan yang begitu besar untuk memuja manusia, sedangkan berapa pula peruntukan untuk memuji Allah?

Nabi Muhammad SAW adalah seorang nabi yang tidak memiliki dosa, dan Baginda SAW sangat tekun beribadah. Kita hari ini, sudahlah dosa bertimbun-timbun, tetapi solat fardhu pun payah! Duit beribu-ribu dibelanjakan untuk memuja seorang manusia yang akan mati, tetapi berapa senkah kita belanjakan untuk memuji Allah, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan?!

Kepada siapakah ucapa terima kasih? Adakah kita mengucapkan terima kasih kepada seorang manusia, kerana jasanya yang sedikit, sedangkan kita lupa berterima kasih kepada Allah yang telah menjadikan kamu daripada air mani yang tidak berharga? Sekiranya Allah tidak mengizinkan kehadiran Rosmah pada hari itu, berapa banyakkah pembaziran? Sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. biasala 2....mereka tidak merasa perit mereka yg tidak berharta dan kesempitan hidup org yg memerlukan......masih ramai yg tidak makan dan masih ramai tidak berumah.....inilah acuan pemerintahan yg dibanggakan oleh kita semua yg diwarisi daripada mrk yg kapitalis....jd berani ke kita sbg rakyat malaysia dan juga golongan muda dan belia utk mengubah hala tuju negara ini...jika kita masih lena dek sandiwara dunia yg x berkesudahan....hmmmm....susah utk di katakan...krn terlalu byk jurang perbezaan terutama ekonomi dan ia adalah satu perkara yg amat penting...bukan hnya menghunus keris panjang tetapi kitalah yg paling haprak sekali...sekian

    ReplyDelete