Saturday, May 30, 2009

BENARKAH NAJIB TAKUT KE LUAR NEGARA?

Jawapan yang mula-mula sekali dapat saya beri ialah “entah”. Tetapi saya mempunyai sedikit pandangan yang mungkin boleh difikirkan bersama, walaupun ia sekadar andaian sahaja. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Hakikatnya, ketakutan ini hanya terdapat di dalam diri seseorang yang tidak mungkin dapat diketahui oleh orang lain, kecuali dengan beberapa tanda.

Antara tanda-tanda ketakutan seperti muka pucat, menggeletar, dan sebagainya. Saya mengaku, saya tidak pernah melihat beliau pucat muka, mahupu menggeletar. Oleh itu, saya hanya memberikan andaian sahaja. Beliau bukanlah tidak ke luar langsung, tetapi apa yang saya maksudkan “berada dalam ketakutan”. Contohnya, kita sudah tahu cerita hantu adalah seram dan menakutkan, tetapi tengok juga.

Antara perkara yang memungkinkan beliau tidak ke luar negara ialah disebabkan kes Altantuya yang sudah menjadi bualan sedunia. Altantuya adalah warga Mongolia, dan kemungkinan besar, kes Najib ini boleh dibawa ke Mahkamah Dunia. Walaupun beliau terlepas dari Mahkamah Malaysia, namun, sekiranya kes beliau ini dibawa ke Mahkamah Dunia, sudah pasti ancamannya lebih besar.

Ini kerana kesnya bukan hanya tertakluk di bawah Malaysia semata-mata, bahkan melibatkan warga asing. Maka, disebabkan factor yang besar ini, saya andaikan bahawa beliau dalam keadaan berwaspada apabila keluar negara. Namun, sepertimana yang saya sebutkan, ini hanyalah andaian sahaja.

Mungkin pembaca budiman mempunyai pandangan tersendiri, maka saya serahkanlah. Tetapi inilah apa yang diandaikan oleh saya. Walaubagaimanapun, antara yang dikhuatiri juga, kedudukan beliau sebagai pimpinan nombor satu Malaysia, yang mempunyai kredibiliti yang tercemar.

Lihatlah apabila media asing begitu mudah mencemarkan kredibilitinya. Adakah kita mahu salahkan mereka? Kenapakah Najib kecut telur untuk menyaman media asing sekiranya beliau berada di pihak yang benar? Saya tidak katakan beliau bersalah, tetapi saya meminta beliau supaya membersihkan namanya daripada terus dicemarkan.

Antara ketakutannya untuk menyaman media asing, beliau juga terdedah risiko dipanggil oleh Mahkamah Dunia. Sekiranya beliau ingin menyaman media asing, beliau terpaksa melalui proses Mahkamah Dunia, yang tidak menjamin kesejahteraannya dengan best sepertimana yang diperolehinya di Malaysia.

Maka, kesimpulannya cuma dua. Beliau takut untuk ke luar negara, dan beliau juga takut untuk menyaman media asing, kerana bimbangkan keselamatannya terdedah di hadapan Mahkamah Dunia. Maka, saya juga ingin menasihatkan beliau, walaupun beliau tidak membaca artikel ini, bahawa Mahkamah Dunia pun sudah menakutkan beliau, apatah lagi Mahkamah Akhirat?

Maka, anda sendiri sudah yakin bahawa keselamatan anda tidak terjamin. Bahkan Anda dalam bahaya sekarang. Kes ini akan menghantui beliau sehinggalah waktu-waktu yang entah bila tibanya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment:

  1. walaupun tak pasti tapi saudara membuat andaian...

    kenapa saudara tak sebut sila lah baca fitnah saya...?

    al maidah:8. Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan

    ReplyDelete