Thursday, May 14, 2009

UMNO ADALAH BID’AH YANG SESAT (Siri 1)

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mendakwa dirinya sebagai ustaz, begitu pandai menuturkan perkataan bid’ah. Sedangkan hanya sedikit sahaja di kalangan mereka yang memahami erti bid’ah ini. Bid’ah ialah satu perbuatan (ibadah) yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW. Bid’ah ini terbahagi kepada dua, iaitu bid’ah yang baik, dan bid’ah yang buruk.

Bid’ah yang baik adalah “perbuatan yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW, tetapi perkara itu tidak bercanggah dengan syariat”. Manakala bid’ah yang buruk itu adalah bercanggah dengan syariat.

Tetapi, golongan yang kurang faham ini, mentakrifkan bid’ah sebagai, perbuatan yang dilakukan yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW… setakat ini sahaja. Takrif yang tak memadai. Mereka juga mengatakan bahawa kesemua bid’ah itu sesat. Mereka bersandarkan kepada dalil
.

Setiap bid’ah itu adalah sesat

Tetapi, hakikatnya mereka tersilap dalam memahami kaedah Nahu. Perkataan “kullu” yang bermaksud setiap, boleh berubah kepada maksud “kebanyakan”. Iaitu apabila perkataan yang disandarkan kepadanya adalah umum (nakirah). Perkataan disandarkan tersebut ialah “bid’ah” dan perkataan ini adalah umum, bukannya khusus.

Oleh itu, maksud dalam ayat ini, boleh jadi “semua” dan boleh jadi “kebanyakan”. Maka sudah pasti terdapat bid’ah yang tidak bercanggah. Oleh itu, mereka tersilap dalam menentukan mana bid’ah dan mana yang bukan, dan mana bid’ah yang tidak bercanggah dan bid’ah yang bercanggah. Antara perkara yang di”bid’ah”kan oleh mereka ialah berzikir selepas solat, talqin jenazah dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa perbuatan ini adalah sesat kerana tidak dilakukan oleh Baginda SAW.

Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk menjelaskan kedudukan bid’ah ini. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan ialah UMNO itu adalah bid’ah yang sesat yang sepatutnya awal-awal lagi dihapuskan. Sekiranya golongan ini mampu untuk menghalau orang keluar dari masjid kerana cuba mencegah mereka daripada berzikir, maka sepatutnya mereka lebih awal menjatuhkan UMNO!

Saya juga tidak berniat untuk menimbulkan khilaf antara bid’ah atau bukan. Tetapi kita bersama-sama menentang bid’ah yang jelas bercanggah. Tentang zikir selepas solat, talqin, maulid dan sebagainya, kita tangguhkan sebentar, sementara kita menghapuskan UMNO yang jelas melakukan bid’ah yang bertentangan dengan syariat ini.

Kaedah yang selalu dituturkan oleh para ulama’

.
Kita bersatu (bekerjasama) dalam melaksanakan perkara yang kita sama-sama persetujui,
Dan kita berlapang dada dalam perkara yang kita berbeza pandangan


Salam Perjuangan

Dr Fikrah

4 comments:

  1. Assalamualaikum saudara,

    1 - Sedap2 saudara je saudara menafsirkan pengertian bidah mengikut hawa nafsu dah akhirnya saudara membidahkan UMNO oleh kerana membencikan saudara terhadap parti pemerintah yang banyak berjasa demi Agama, Bangsa dan Negara.

    2 - Hakikat yg perlu saudara ketahui adalah PAS (Parti Islam Se-Malaysia) itu adalah Khawarij moden yang Rasulullah labelkan sebagai: "Anjing-anjing Neraka"

    3 - Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". Hadith Riwayat Imam Malik.

    ReplyDelete
  2. UMNO Bid'ah dan sesat sedangkan PAS dan UMNO tu sama saja, sebuah parti politik. Yang membezakan UMNO pakai songkok hitam PAS pakai kopiah putih. Lain semua sama. Nak nampakkan Islam pakailah banyak-banyak ayat. Islam yang macamana tak taulah.

    ReplyDelete
  3. Jangan begitu kalau UMNO tu Bid'ah dan sesat samalah juga dengan PAS dan PKR.
    Sebab semuanya sama iaitu telah didaftarkan atas nama parti di suruhanjaya pilihanraya M'sia.
    Bukan didaftarkan oleh Allah T'ala pun.
    Cuba berfikiran terbuka sikit, sama-sama berperang nak menang pilihanraya kan!!!

    ReplyDelete
  4. Khawarij Moden?

    Sebutkan wajhu dilalah daripada hadis yang saudara sebutkan yang menyatakan bahawa PAS itu khawarij moden.

    Jangan menuduh Nabi Muhammad SAW menolak PAS, kalau anda sendiri yang mereka-reka tafsirannya

    ReplyDelete