Thursday, April 23, 2009

ADAKAH OSMAN JAILU KE 2 AKAN MUNCUL?

Sudah lama hati ini berkeinginan untuk mencoret sebuah warkah buat sahabat-sahabat seperjuangan. Saya sudah lama melihat gerak geri penyokong PR sejak awal penubuhannya. Kesimpulan yang dapat ditulis di sini ialah, PR memiliki penyokong yang ramai, tetapi beberapa kerat sahaja yang mendokongnya. Kalau sebelum ini, saya lebih suka menasihat golongan biru, tetapi hari ini, saya ingin memberi nasihat juga kepada PR. Nasihat itu adalah untuk semua.

Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan kepada anda ialah, “kenapa anda menyokong PR?”. Sudah pasti anda akan menjawab bahawa anda menyokong PR kerana PR memperjuangkan keadilan dan hak rakyat.

Sekiranya anda hanya menjawab sebegini sahaja, maka jawapan tersebut belum lengkap. Sepatutnya anda menyokong PR kerana PR menegakkan keadilan, dan keadilan itu adalah satu suruhan Allah SWT. Anda juga perlu menyatakan bahawa aku menyokong PR kerana PR memperjuangkan Islam. Islam itulah yang memperjuangkan keadilan.

Ramai penyokong PR yang menyokong kerana semangat semata-mata. Mereka lupa bahawa semangat itu pasti akan berkurangan dan akan bertukar lemah semangat. Tetapi, anda perlu betulkan perjuangan anda berdasarkan kefahaman! Anda perlu faham kenapakah aku berjuang di dalam PR. Anda juga perlu tahu bahawa sekiranya PR itu tidak memperjuangkan Islam, anda perlu meninggalkannya.

Begitu juga keadilan. Sekiranya PR tidak lagi menegakkan keadilan yang Allah suruh, maka perbetulkanlah ia. Sama seperti PAS hari ini yang berusaha membetulkan kerajaan BN yang sekian lama telah melakukan jutaan kesilapan. Wahai penyokong PR, janganlah anda menjadi BN yang kedua. Janganlah anda membentuk kezaliman baru, untuk menjatuhkan kezaliman yang lama.

Kezaliman baru itu ialah berjuang bukan atas tiket Islam. Tetapi dengan tiket menuntut hak poket sendiri semata-mata. Walaupun orang menyatakan bahawa perkataan “jangan” itu bahaya untuk digunakan, tetapi bagi penyokong PR, saya wajar menggunakannya. Janganlah anda menjatuhkan BN kerana mereka merampas hak anda semata-mata! Ini kerana, sekiranya mereka telah memberikan hak tersebut kepada anda, tetapi tidak pada orang lain, maka anda akan seronok dan lupa diri.

Lihatlah apa yang terjadi pada Osman Jailu, akibat kesilapan tujuan di dalam berjuang, akhirnya beliau tersungkur di tengah jalan, lalu dilanggar kereta… Jadikanlah individu Osman Jailu itu sebagai pengajaran supaya kita tidak menuruti jejak langkahnya. Ini kerana pada mulanya, beliau bersemangat menentang BN kerana kezaliman BN, tetapi akhirnya dia sendiri yang mencipta kezaliman baru yang menyebabkan seluruh Negeri Perak dilanda kemelut.

Beliaulah salah seorang yang tidak memahami erti perjuangan PR. Memang merugikan. Saya yakin, Osman Jailu akan bertambah bilangannya sekiranya penyokong PR hanya berjuang kerana semangat, dan tidak memahami apa ertinya aku berjuang. Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pejuang kebenaran. Fikirlah bersama.

2 comments:

  1. Tanggapan saudara rasa ada kebenaranya. Kita tunggu dan lihat siapakah lagi yang mengikuti langkah Abdullah Bin Ubai di sini.

    ReplyDelete
  2. bukan Osman Jailu saje bro..Jamaludin posmen kene pecat pun 2x5..penyapu..

    ReplyDelete