Friday, May 29, 2009

KERJA-KERJA MENAJISKAN PERJUANGAN ISLAM

Perjuangan Islam adalah perjuangan suci yang mengagungkan al Quran dan as Sunnah. Namun, di sana, disebabkan terdapatnya golongan-golongan yang mengganggu, maka, terancamlah perjuangan Islam ini. Di sana, kedapatan beberapa golongan yang menganggap mereka cerdik, sedangkan hanya menggunakan akal sahaja, dan mentafsirkan al Quran dan Hadis tanpa mempelajari ilmunya.

Mereka mendakwa mereka lebih faham, tetapi yang menjadi kekeliruan, mereka menjatuhkan orang yang dikatakan separuh faham ini. Mereka juga mengatakan bahawa, jemaah ini bukannya faham sangat, jemaah kita lebih memahami. Sedangkan mereka sedaya upaya menjatuhkan jemaah yang dikatakan kurang memahami tersebut.

Kelakuan mereka ini tidak lain, hanya menjahanamkan Islam semata-mata. PAS tidak pernah terlintas untuk menjatuhkan Hizbut Tahrir, Tabligh, JIM dan sebagainya, tetapi segelintir daripada yang dengkikan perjuangan PAS, menolak PAS mentah-mentah. Sekiranya anda merasakan manhaj anda lebih hebat dan bermutu, teruskanlah dengan manhaj tersebut. Adakah di dalam manhaj tersebut menyuruh kita menjatuhkan jemaah lain tanpa sebarang sebab?

Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibarisi oleh ulama’ mereka, dan ulama’ PAS hanya memperjuangkan sesuatu yang kotor. Sedangkan mereka cuba mengotori dan menajiskan perjuangan Islam. Berdalih-dalih mereka mengemukakan hujah, sedaya upaya menampakkan kecerdikan mereka dalam berhujah, tetapi hakikatnya, kebodohan mereka yang lebih terserlah.

Kebodohan ini seharusnya ditutup dengan bertanya, dan mempelajari. Adakah setakat baru memahami terjemahan sekerat dua ayat al Quran, sudah mampu menaikkan seseorang itu lebih canggih daripada ulama’? Apabila disebutkan kitab tauhid, terus sahaja dikatakan “Kamu hanya berpegang dengan kitab kamu sahaja, sedangkan al Quran dan as Sunnah tergadai”.

Entah, saya kurang pasti, dia tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan kitab tauhid yang berjuta-juta terdapat di dunia ini. Kadangkala merasa bosan apabila ingin menjawab kritikan orang-orang seperti ini. Mereka seolah-olah mengatakan mereka mempunyai dalil yang lebih kukuh. Maka persilakanlah anda dengan dalil anda.

Mungkin ramai yang keliru, siapakah yang dimaksudkan sebagai pelempar najis kepada perjuangan Islam sepertimana yang dimaksudkan? Maka, jawapannya ada pada sesiapa yang merasa pedih dengan pekara ini. Sesiapa yang tidak merasainya, maka bukanlah mereka orangnya. Maka, saya menasihatkan kepada mereka agar tidak sekepala dengan UMNO untuk menajiskan perjuangan Islam yang suci ini.

Persoalan yang dari dahulu lagi tidak dapat saya rungkaikan, iaitu, kenapakah mereka bersungguh-sungguh menjatuhkan PAS? Apakah dosa PAS lebih teruk berbanding UMNO? Atau apa? Saya harap mereka dapat menjawab soalan ini dahulu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

9 comments:

  1. betul... menajiskan perjuangan islam... merosakkan kesucian allah dengan mensyirikkan allah...


    AL BAQARAH:193. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

    sehingga allah yang maha kuasa boleh dikalahkan oleh hantu...

    jika blog ini menyeru kepada keindahan islam pastinya tidak mengundang kritikan...

    sikap dr fikrah yang dikritik tapi islam yang disabitkannya...

    memang kami bodoh... sebab itu kami bergantung kepada allah dan hanya allah lah satu-satunya tempat kami bergantung...

    kami tidak merujuk kepada kitab2 ulama2 besar yang menulis kitab2 mereka didalam suasana ketika islam itu menjadi khalifah dunia... kerana mereka sudah tiada dan mereka tidak melihat keadaannya dunia hari ini apabila perpecahan yang disebabkan kitab2 mereka ... apabila tunjang rujukan ulama2 besar ini dilupakan dan yang dilebihkan hanyalah buah-buah yang terhasil dari kesungguhan ulama2 besar mengkaji akar tunjang ilmu...

    membuat hukum-hukum sebelum layaknya berbuat demikian ...

    SESAT DIHUJUNG JALAN ... KEMBALI KE PANGKAL JALAN...

    jika PAS lebih baik dari UMNO... PAS tak akan memakai pakaian UMNO...

    ReplyDelete
  2. menepuk air didulang terperciknya ke muka sendiri...

    ReplyDelete
  3. [qoute]Perjuangan Islam adalah perjuangan suci yang mengagungkan al Quran dan as Sunnah. Namun, di sana, disebabkan terdapatnya golongan-golongan yang mengganggu, maka, terancamlah perjuangan Islam ini. Di sana, kedapatan beberapa golongan yang menganggap mereka cerdik, sedangkan hanya menggunakan akal sahaja, dan mentafsirkan al Quran dan Hadis tanpa mempelajari ilmunya.[/qoute]

    beza manusia dengan binatang hanyalah akal...

    soalan: boleh dr fikrah jelaskan apakah akal itu...?

    yang terancam hanyalah PAS... ISLAM tidak akan terancam kerana ISLAM senantiasa dijamin kemenangannya... walaupun jemaahnya kecil...

    semenjak PAS menambah kemenangan, sikapnya berubah... sombongnya bertambah... seolah ingin membalas dendam kesumat kepada UMNO... seperti yang dr fikrah berulang kali menulis... "kenapa tidak menghapuskan UMNO"...

    itukah perjuangan islam yang suci...?

    adakah najis usaha untuk mendamaikan 2 puak yang bertelagah...?

    kenyataan2 sombong ... mungkin ditegur dengan kasar... ia tak dapat dielakkan kerana peribadi individu berbeza... ada yang keras seperti UMAR... ada yang lembut seperti ABU BAKAR...

    walaupun banyak soalan yang ajukan tak dijawab... jika dijawab pun tak meyakinkan jemaah islam yang bodoh2 ini... tidak perlu dr fikrah pesongkan tajuk kononnya ada usaha membunuh perjuangan PAS... kami tak perlu hapuskan PAS atau UMNO ... kerana kami yakin...

    al ankabuut:52. Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.

    al kahfi:56. Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul hanyalah sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyap kan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat kami dan peringatan- peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.

    al israa:81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

    ReplyDelete
  4. Kepada Anonymous 2.20 AM

    1. Takrif akal

    Di dalam Kitab Shahih Syarh Aqidah Tohawiyah, Syeikh Hassan bin Ali as Saqaf, beliau menukilkan beberapa takrif tentang akal. Di sana terdapat 2 makna akal,

    - Kekuatan pada manusia untuk menerima ilmu
    - Ilmu dan kefahaman

    Maka, di dalam ayat yang saya gunakan di atas, bermaksud, mereka yang mentafsirkan al Quran dengan menggunakan akal "semata-mata". Di sana dibenarkan mentafsir dengan menggunakan akal, tetapi, dengan syarat, tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah.

    Oleh itu, kaedah untuk mentafsirkan al Quran, bukan dengan membaca terjemahannya semata-mata, bahkan kita menggunakan ayat al Quran untuk mentafsirkan al Quran itu sendiri, atau dengan menggunakan hadis Nabi SAW, atau kalam Sahabat RA. Ini kerana, mereka mempunyai autoriti untuk berbuat demikian.

    2. Ancaman terhadap Islam

    Islam itu terancam. Walaupun dijamin kemenangannya. Kenapakah saya berkata demikian? Contoh, sebuah komputer yang dijamin selamat, akan terancam keselamatannya apabila kita membiarkannya ditengah panas. Atau kita membiarkan adik kecil kita menjadikannya sebagai bahan mainan.

    Islam di Malaysia terancam kerana terdapat tangan-tangan yang cuba memadamkan Islam. Maka, kita dilarang membiarkan Islam daripada diperkotakkatikkan, walaupun kita tahu Islam itu milik Allah. Kita tidak perlu persoalkan jaminan, tetapi persoalan kita, "adakah kita berusaha menyelamatkan Islam?".

    3. Menghapuskan UMNO?

    Saya harap, saudara dapat membaca artikel "UMNO Adalah Bid'ah Yang Sesat"

    ReplyDelete
  5. Kepada Anonymous 1.15 AM

    Saudara menulis,

    kami tidak merujuk kepada kitab2 ulama2 besar yang menulis kitab2 mereka didalam suasana ketika islam itu menjadi khalifah dunia... kerana mereka sudah tiada dan mereka tidak melihat keadaannya dunia hari ini apabila perpecahan yang disebabkan kitab2 mereka ... apabila tunjang rujukan ulama2 besar ini dilupakan dan yang dilebihkan hanyalah buah-buah yang terhasil dari kesungguhan ulama2 besar mengkaji akar tunjang ilmu...

    Wahai saudaraku, perbetulkan fahaman saudara. Saudara telah menuduh bahawa kitab-kitab ulama telah menyebabkan perpecahan berlaku. Sedarkah bahawa saudara kenal erti solat dan kaedah solat, disebabkan usaha mereka juga.

    Bahkan, saudara kenal Islam pun hasil usaha mereka juga yang mengembangkan ilmu Nabi SAW dan al Quran yang diturunkan supaya dapat dinikmati oleh saudara sehingga hari ini.

    ReplyDelete
  6. MASIHKAH ADA SEBUAH KERAJAAN ISLAM DIMUKA BUMI INI...?

    Wahai saudaraku, perbetulkan fahaman saudara. Saudara telah menuduh bahawa kitab-kitab ulama telah menyebabkan perpecahan berlaku. Sedarkah bahawa saudara kenal erti solat dan kaedah solat, disebabkan usaha mereka juga...?

    MAAF... SAYA TIDAK TAHU ... KECUALI APA YANG ALLAH BERITAHU...

    al mu'minuUn:53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).

    AR RUUM:30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

    AR RUUM:31. dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,


    AR RUUM:32. yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

    BUKAN SALAH KITAB2 ITU ... SALAH MEREKA2 YANG MELEBIHKAN KITAB2 ITU DARIPADA KITAB ALLAH... IMAM2 YANG MENULIS KITAB TIDAK MELETAKKAN KITAB2 MEREKA MENDAHULUI KITAB ALLAH...

    SAUDARA PUN MEMANDANG SERONG KEPADA ORANG YANG BERIMAN TERUS DENGAN AYAT2 AL QURAN...

    AL QURAN ITU BUKAN DITURUNKAN KEPADA "KASTA BRAHMAN... DAN DIHARAMKAN KEPADA KASTA SUNDRA..." ITU AGAMA HINDU...

    HALAL HARAM BUKAN DITENTUKAN OLEH ULAMA2... ITU AGAMA KRISTIAN...

    SAYA SUDAH PERBETULKAN AKIDAH SAYA ... SAUDARA BILA LAGI...?

    ADAKAH SAUDARA PASTI SAUDARA KENAL SOLAT DAN KAEDAH SOLAT...?

    Bahkan, saudara kenal Islam pun hasil usaha mereka juga yang mengembangkan ilmu Nabi SAW dan al Quran yang diturunkan supaya dapat dinikmati oleh saudara sehingga hari ini.

    al baqarah:141. Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.

    SUKAR KITA NAK SEPAKAT KERANA SAUDARA MERUJUK ISLAM SEBAGAI NAMA...
    SEDANGKAN KAMI MENYEBUT ISLAM ITU SEBAGAI MATLAMAT...

    NIKMAT ISLAM ADALAH HAK ALLAH DAN TIADA MANUSIA YANG DAPAT MEMBERI NIKMAT ISLAM ITU SAMADA MELALUI KETURUNAN ATAU SEKOLAH...

    ReplyDelete
  7. Kitab-kitab termasuklah al-quran ni semua ditulis setelah wafatnya nabi Muhammad, bukan dari keizinan nabi sendiri.
    Nabi memelihara agama, manusialah yang merosakannya.

    ReplyDelete
  8. Betul...
    Agama bukan keturunan atau sekolah atau baca-baca ....
    Agama ini sepenuhnya milik Rasullullah....siapa kita nak mengaku Islam kalau belum minta pada tuannya. PENCURI namanya. Dah mencuri kata kita punya pulak...
    Tiap-tiap mukhallaf wajib menuntut agama (dua kalimah sahadat)?

    ReplyDelete
  9. Kita ni, Islampun atas kertas aje, macamana nak berjuang atas landasan agama Islam....

    ReplyDelete