Monday, March 30, 2009

NIZAR MENGIMAMI SOLAT ZAMBRY, ISMAIL DAN MUHYIDDIN, HIKMAH YANG BEGITU BESAR


Semalam telah berlaku satu peristiwa yang boleh dikatakan ajaib pada pandangan manusia, iaitu Solat Maghrib yang didirkan di Masjid Taiping, telah diimami oleh Nizar. Manakala makmumnya terdiri dari kalangan Zambry, Ismail dan Muhyiddin sendiri. Menarik bukan. Berita ini turut disiarkan di dalam Malaysiagoogle, yang menyaksikan hakikat politik di tanahair.

Sekiranya kita mengkaji tentang falsafah solat, imam ialah pemimpin yang memimpin solat. Setiap arahan imam (melalui perbuatan), akan diikuti oleh makmum. Bahkan sekiranya, makmum lebih dahulu perbuatannya daripada imam, boleh menyebabkan solat makmum itu terbatal. Inilah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan.

Selain itu, syarat untuk sesorang menjadi imam sepertimana yang telah disebut di dalam hadis Nabi SAW, iaitu seorang yang paling faqih tentang solat, bacaannya paling baik, dan dia seorang pemimpin. Dan di dalam solat, pemimpin tersebut, sudah pasti dari kalangan orang yang faqih tentang solat dan bacaannya baik.

Saya tidak menuduh Zambry tidak tahu membaca al Quran, atau Ismail atau Muhyiddin. Tetapi, persoalan yang mesti difahami ialah, apakah hikmah daripada peristiwa ini? Marilah kita sama-sama fikirkan, kerana setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak memperlihatkan kepada semua tentang hakikat kepimpinan tersebut.

Mungkin juga Allah SWT mencampakkan keredhaan di dalam hati Zambry, Muhyiddin dan Ismail supaya menjadi makmum kepada Nizar. Dan mereka seharusnya memikirkan, kenapakah aku sanggup menjadi makmum kepada Nizar? Ya, ini kerana Nizar adalah MB yang sebenar. Ikuti artikel selepas ini insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment: