Di dalam menyebut tentang isu PPSMI, saya terpanggil untuk memberikan sedikit pemahaman berguna, yang susah difahami oleh golongan-golongan celaka. Di sana terdapat beberapa golongan celaka yang mendakwa bahawa penentangan terhadap PPSMI merupakan satu perkara assobiah, nasionalis dan sebagainya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa “bahasa bukan faktor untuk maju”, “bagaimana hendak maju sekiranya Bahasa Inggeris pun tidak tahu”, dan sebagainya.
Di sini, terdapat beberapa pemahaman yang ingin diberikan kepada golongan-golongan celaka yang cuba membunuh bahasa sendiri. Terlebih dahulu, saya mengajak kepada semua golongan celaka ini untuk memahami erti “bahasa”. Sejak lahir, bahasa pertama yang didengari oleh umat Islam ialah laungan azan di dalam Bahasa Arab. Bayi yang baru lahir, bertutur dengan bahasa yang tidak difahami maknannya oleh ibunya sendiri, dan sebagainya.
Pertama
Sejarah telah menyaksikan bahawa pedagang-pedagang Arab ketika zaman kemajuan Melaka, mereka bertutur di dalam Bahasa Melayu, walaupun mereka berbangsa dan berbahasa Arab. Setelah itu, Melaka di jajah oleh Portugis dan sebagainya yang tidak pula menjajah bahasa kita. Mereka terpaksa menggunakan seorang anak Melayu sebagai pengalih bahasa, supaya mereka dapat berkomunikasi dengan bangsa Melayu.
Tetapi pada hari ini, Inggeris cuba menjajah negara kita dengan cara menginggeriskan anak-anak Melayu. Termasuk anak-anak Menteri, FRU, Polis dan golongan-golongan celaka yang menyokong PPSMI. Tidakkah mereka menyedari bahawa ia adalah satu bentuk penjajahan secara sembunyi untuk mempupuskan bangsa Melayu?
Bangsa Melayu hari ini, dikenali oleh dunia dengan bahasanya. Sekiranya hendak mengenali Melayu dengan rupa parasnya, sudah semakin susah. Ini kerana anak-anak Melayu sudah pun berfesyen bukan seperti bangsanya sendiri. Perempuan Melayu yang dahulunya berbaju kurung, bersopan, pemalu dan sebagainya, tetapi hari ini sudah menjadi lelaki! Bukankah ini semua disebabkan pengaruh mereka terhadap budaya Inggeris?
Hari ini, PPSMI cuba membentuk anak-anak Melayu yang berbahasa Inggeris. Apakah lagi cara untuk mengenali bangsa Melayu? Adakah kita mengenali Melayu dengan budaya? Ia sudah pun lenyap dek budaya kuning yang sudah lama menular. Ini kerana Melayu mengamalkan budaya yang hampir secocok dengan Islam, yang tidak disukai oleh penjajah. Adakah kita mengenali Melayu dengan pakaian? Pakaian Melayu sudah pun hilang, dan sudah dianggap kolot. Ini kerana pakaian Melayu itu menutup aurat, yang tidak digemari oleh penjajah.
Persoalannya di sini, bagaimanakah kita dapat mengenali dan mengetahui wujudnya bangsa Melayu di dunia ini? Adakah kita mengenali mereka dengan bahasa? Ya, ia masih lagi kekal hari ini. Walaupun budaya kuning sudah merosakkan anak bangsa, pakaian Melayu yang selari dengan Islam dicampak tepi, namun, masih wujud lagi “bahasa”. Dunia hari ini mengenal Melayu dengan bahasanya.
Apabila Bahasa Melayu sudah tidak dituturkan oleh anak Melayu, bagaimanakah kita hendak mengenali Melayu lagi? Melayu akan pupus! Dipupuskan oleh bangsa Melayu sendiri, atau dengan kata lain, dipupuskan oleh golongan celaka.
Kedua
Nasionalis? Golongan-golongan celaka ini mendakwa bahawa bantahan terhadap PPSMI adalah bersifat nasionalis, assobiah dan sebagainya, sedangkan pemahaman mereka terhadap nasionalis, langsung tidak difahami. Sekiranya ia dikatakan sebagai nasionalis, yang ditegah oleh Islam sendiri, mengapakah Islam tidak terhad di dalam Bahasa Arab sahaja? Adakah Feqah di dalam Bahasa Melayu itu adalah bukan Islam? Adakah Tauhid di dalam Bahasa Melayu itu bukan Islam? Sudah pasti tidak. Adakah ini juga dikatakan nasionalis? Sudah pasti tidak. Apa yang peliknya, adakah Sains dan Matematik yang selama ini dipelajari oleh Melayu adalah bukan Matematik dan Sains yang sebenar?
Hari ini, kebodohan golongan celaka ialah, mereka telah melampaui daripada Islam sendiri. Bahkan memaksa anak Melayu mempelajari ilmu dalam bahasa orang lain, bahkan bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang pernah menjajah Melayu satu ketika dahulu. Seolah-olah Inggeris datang menjajah, dan untuk memudahkan komunikasi mereka terhadap bangsa Melayu yang dijajah, mereka telah memaksa orang-orang Melayu memahami dan mengerti tutur kata mereka.
Golongan-golongan celaka juga tidak memahami dan buta sejarah. Itulah kebodohan mereka yang sangat ketara. Persoalannya, adakah Matematik dan Sains diasaskan oleh Inggeris sahaja? Adakah Inggeris yang menguasai semua ilmu di dunia ini? Bahkan Bangsa Yunani, Bangsa Arab, dan banyak lagi bangsa di dunia ini yang lebih dahulu mencipta ketamadunan tersebut. Yang peliknya, golongan-golongan celaka ini telah menobatkan dan mengiktiraf bahawa Sains dan Matematik adalah ilmu Inggeris.
Adakah menyelamatkan bangsa sendiri daripada kehancuran dan kepupusan ini, dikatakan sebagai nasionalis? Adakah tentera-tentera yang menjaga keamanan Malaysia juga dianggap nasionalis? Bukankah GMP adalah kesatuan yang menyelamatkan bahasa Melayu, adakah ia dianggap nasionalis? Itulah betapa bodohnya golongan-golongan yang celaka, memupuskan bangsa sendiri!
Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
Monday, March 9, 2009
WAHAI GOLONGAN CELAKA YANG MENYOKONG PPSMI!
Posted by
Dr Fikrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment