Di dalam artikel ini, saya tertarik untuk mengulas isu yang berkait dengan Islam. Hal ini agak penting untuk difahami, bukan hanya sekadar dibaca. Semalam saya terbuka Berita Harian, dan terbaca sebuah artikel yang bertajuk “Ahmadiah akur larangan MAIS hentikan Solat Jumaat”. Insya Allah saya akan mengulas dengan sebaik mungkin.
Pertama kali, saya memohon maaf sekiranya artikel ini agak menyakitkan hati beberapa pihak, tetapi apa yang saya tuturkan di sini ialah sesuatu yang saya pelajari, dan anda boleh berfikir dan mengkaji sendiri tentangnya. Persoalan tentang isu Ahmadiah. Saya tidak mengenal lebih mendalam tentang Ahmadiah ini, dan saya tidak berniat untuk mengulas tentang apa itu Ahmadiah, dan bagaimana pula ciri-cirinya.
Apa yang ingin saya ulas di sini ialah berkenaan apa yang diberitahu di dalam berita tersebut, antaranya :
- Qadiani bukan Islam
- "Kalau kami (Ahmadiah) dianggap bukan Islam, mengapa ganggu kami lagi?”
- Status kebebasan beragama di Malaysia
Selain daripada itu, saya masih belum mengkaji dengan lebih mendalam….
(Pertama) Qadiani bukan Islam?
Sepertimana yang disebutkan juga, Qadiani telah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad, dan gerakan yang diasaskannya itu adalah terpesong daripada ajaran Islam. Minta maaf, saya bersandarkan kepada beberapa fakta yang boleh dikaji oleh pembaca sendiri. Beliau pernah mengaku sebagai nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Setelah itu, beliau mengaku sebagai tuhan. Jelas, ini adalah satu perbuatan syirik dan sesiapa yang berbuat demikian adalah kafir.
Wallahua’lam, mungkin ada yang mengatakan bahawa ia adalah fakta yang dipalsukan. Tetapi saya hanya mengatakan bahawa “sesiapa yang mengaku sebagai nabi selepas Nabi Muhammad, atau mengaku sebagai tuhan, adalah kafir”. Sekiranya Mirza Ghulam tidak berbuat demikian, selesai masalah. Tidak kira siapa, sekiranya seseorang itu berbuat demikian, maka jatuhlah syahadahnya.
Nabi SAW bersabda :

.
Daripada Tsauban RA, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan terdapat di kalangan umatku, 30 orang penipu, kesemuanya menyangka mereka adalah nabi dan sesungguhnya aku adalah penyudah semua nabi, tiada nabi selepasku. (Shahih Muslim)
Bersambung …
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
"Tidak kira siapa, sekiranya seseorang itu berbuat demikian, maka jatuhlah syahadahnya."
ReplyDeleteMana boleh jatuh sahadah kalau tak pernah mengambil sahadah daripada yang empunya sahadah betul tak tuan Dr. Fikrah? Sahadah itu boleh ada dengan sendiriny ke?