Zalim adalah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya. Bagaimanakah saya boleh mengatakan bahawa mahkamah telah terlibat menzalimi rakyat Perak? Kezaliman tersebut ialah menerima rayuan Zambry sepantas kilat, dan menangguhkan rayuan Nizar. Mahkamah telah memberi peluang yang besar kepada Zambry yang sudah disahkan bersalah.
Tetapi malangnya, mahkamah menangguhkan rayuan Nizar yang sudah disahkan MB Perak! Inilah bentuk kezaliman yang dimaksudkan. Iaitu memberi kebaikan kepada orang jahat dan memberi keburukan kepada orang yang baik. Ini jugalah yang dikatakan meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.
Sebelum ini saya pernah menulis bahawa mendengar rayuan Zambry itu adalah satu perbuatan haram. Ini kerana ia telah melambat-lambatkan satu perkara wajib yang perlu disegerakan. Sebab yang kedua ialah “zalim”. Ini kerana mendengar rayuan Zambry dan menerimanya adalah perbuatan zalim kerana rayuan untuk membuat sesuatu yang salah, adalah rayuan yang perlu ditolak.
Maka, terdapat dua factor yang boleh dijadikan sebab pengharaman rayuan Zambry didengari. Oleh itu, mahkamah telah membuat 2 bentuk kezaliman. Kezaliman pertama ialah mendengar rayuan Zambry, dan kezaliman kedua ialah menangguhkan sesuatu perkara wajib yang mesti disegerakan.
Balasan yang selayaknya bagi orang yang zalim ini sepertimana yang telah disebutkan di dalam al Quran :

.
Ingatlah, laknat Allah terhadap orang yang zalim !! (Surah Hud : 18)
Ciri-ciri orang yang zalim telah disebut di dalam ayat 19, surah yang sama bahawa mereka ialah orang yang menghalang daripada kebenaran, dan mengharap supaya kebenaran itu terpesong, dan mereka yang tidak mempercayai Hari Pembalasan.
Maka, amaran bagi saya kepada pembaca budiman yang terdetik di hatinya… “Sebut pasal dosa sahaja.. apa ada pada dosa…”. Sesiapa yang menutur kalam ini atau yang sewaktu dengannya, ketahuilah, inilah bentuk tidak mempercayai Hari Pembalasan. Mungkin ada yang masih bersahaja apabila disebutkan hukum itu haram, ini halal dan sebagainya. Tetapi anda perlu tahu, setiap perkara haram yang dibuat akan dibalas dosa.
Sekiranya anda masih lagi memperkecilkan istilah dosa dan haram ini, maka ketahuilah bahawa segalanya akan terbukti di hadapan mata anda di Hari Pembalasan. Ramai juga yang beranggapan bahawa dosa pahala itu karut sahaja. Maka saya persilakan kepadanya untuk bertaubat kerana bimbang bahawa itu adalah bentuk kekafiran yang tidak disedari.
Mempercayai Hari Kiamat adalah rukun yang keenam. Maka orang yang tidak mempercayai Hari Kiamat ini dianggap kafir, dan orang yang zalim kita tidak anggap sebagai kafir. Tetapi mereka pasti diazab oleh Allah SWT disebabkan kezalimannya. Maka, mahkamah perlu bertaubat sebelum terlambat.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

zalim tidak kafir...? membantah satu ayat dari al quran tidak kafir...? iblis hanya membantah
ReplyDelete(langgar) 1 perintah allah pun tergolong sebagai kafir...
Zalim dari segi makna umum, masih belum sampai tahap kafir. Tetapi membantah satu ayat al Quran dianggap kafir..
ReplyDeleteSila lihat artikel "terjawablah persoalan bilakah kita dikatakan memeluk Islam"
adakah allah melarang kita berbuat zalim...?
ReplyDeletejika allah melarang tapi kita buat juga, bukankah bermakna kita engkar...? engkar dengan kufur tak sama...? kufur dengan kafir pun berbeza...?
kezaliman paling besar ialah tidak meletakkan allah ditempatnya... ertinya tidak bertuhankan allah... bukankah kafir tu...?
Seperti yang disebutkan, Zalim dari segi makna umum, masih belum sampai tahap kafir. Tetapi dari segi khusus, kadangkala ia boleh membawa kepada kafir berdasarkan beberapa sebab.
ReplyDeleteMelanggar perintah Allah dengan melakukan zalim, mempunyai dua maksud. Samada dia melakukannya kerana kejahatannya, atau kerana dia membantah ayat Allah.
Sekiranya dia melakukan kerana kejahatannya, maka, dia belum dikira sebagai kafir. Seperti seseorang yang malas bersolat, seorang yang suka berzina dan sebagainya.
Mereka tidak dikira sebagai kafir, bahkan dikira sebagai berdosa. Manakala yang dikatakan kafir ialah, mereka yang mengatakan "solat itu tidak wajib", dan mereka yang menghalalkan zina.
Musailamah al Kazzab mengatakan "zakat itu tidak wajib". Maka, dia sudah dikira sebagai kafir.
Ingkar dengan kufur, dari segi makna umum sama, tetapi dari segi khusus, atau disebabkan beberapa faktor, maka ia dikatakan tidak sama.
Kufur dan kafir, hanya berbeza dari segi penggunaan. Tetapi kata akarnya adalah sama. Contoh, perbezaan di antara memakan, dan makanan.
Menjadikan Allah SWT bukan sebagai Tuhan, adalah kafir.