Artikel ini khas saya tuliskan sebagai penjelasan kepada beberapa komen yang dilontarkan sebelum ini. Bukanlah tujuan saya untuk berpihak kepada mana-mana, dan saya harap, dengan penulisan artikel ini membuatkan kita lebih memahami, bukanlah lebih membenci mereka yang dikatakan sebagai ulama’. Kadangkala, orang yang bertanya tentang persoalan ulama’ ini bertujuan menghina, dan ada juga yang ingin tahu. Maka, artikel ini saya tuliskan untuk mereka yang ingin tahu sahaja.
Orang yang memberi komen atas dasar penghinaan, tidak perlu baca artikel ini. Bacalah dengan perasaan ingin tahu, dan sekiranya terdapat kesilapan, sila tegur. Antara yang ditanya ialah, “Bila masakah ulama’-ulama’ hari ini menerima warisan daripada Baginda SAW?”, “Apakah ciri-ciri ulama’ yang sebenar?”, “Adakah ulama’ itu orang yang belajar agama sahaja?”, dan sebagainya.
Maka, perkara pertama yang perlu difahami tentang kedudukan ulama ini ialah sepertimana sabda Nabi SAW sendiri,

.
“Ulama’ adalah pewaris bagi nabi-nabi, sesungguhnya nabi-nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (kekayaan), tetapi mereka mewarisi ilmu (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban, al Hakim dan lain-lain)
Di dalam hadis di atas menjelaskan bahawa Nabi SAW sendiri yang mengiktiraf bahawa ulama’ itu adalah pewaris bagi nabi-nabi Allah SWT. Maka, terjawablah persoalan yang menanyakan tentang bila masakah ulama’-ulama’ ini menerima warisan tersebut. Tetapi, siapakah ulama’ yang dimaksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadis ini?
Sepertimana yang pernah saya tulis dalam artikel lalu, tentang kewujudan ulama’ su’. Siapakah mereka, dan bagaimanakah kita hendak bezakan di antara ulama’ yang menjadi pewaris Nabi SAW, dan ulama’ yang su’? Cara pertama untuk mengenalinya ialah dengan memerhatikan ayat al Quran di bawah :

Hanya ulama’ sahaja dari kalangan hambaNya yang takut kepada Allah (Surah Fathir : 28)
Imam Sayuti telah meriwayatkan beberapa tafsiran para sahabat, dan tabi’in terhadap ayat ini. Mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan takut itu ialah, ulama’ yang beramal dengan ilmunya, ulama’ yang mengenali Allah lalu melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya, dan sebagainya.
Maka, cara pertama untuk kita mengenali peribadi seorang ulama’, ialah dengan melihat bahawa ulama’ tersebut beramal dengan ilmunya, melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT. Mereka inilah yang menerima warisan daripada Nabi SAW, dan nabi-nabi sebelumnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan beramal dengan ilmunya? Apakah pula kaitannya dengan mereka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Perkara ini akan djelaskan di dalam artikel akan datang.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
“Ulama’ adalah pewaris bagi nabi-nabi"
ReplyDeleteTakkanlah nabi nak mewariskan urusan 7 petala langit dan 7 petala bumi pada manusia. dah tentulah dia pun memilih dari keturunan dia dan tertentu pula, supaya urusan agama terpelihara.
Cuba anda teka, kenapakah tiada anak lelaki Baginda SAW yang dapat membesar, bahkan semuanya meninggal sejak kecil?
ReplyDeleteKalau ingin tahu jawapannya, sila rujuk Fiqh Sirah, Dr Sayyid Ramadhan al Buti.
Setelah anda mengetahui hikmah disebalik ini, anda akan tahu jawapan kepada persoalan yang dilontarkan.
“Ulama’ adalah pewaris bagi nabi-nabi"
ReplyDeleteTakkanlah nabi nak mewariskan urusan 7 petala langit dan 7 petala bumi pada manusia. dah tentulah dia pun memilih dari keturunan dia dan tertentu pula, supaya urusan agama terpelihara.
APA MAKSUDNYA NI...?
Kata-kata oleh Anonymous 3.10 pm tersilap. Wahai Anonymous 11.52 pm, sila betulkan kata-kata tersebut. Saya yakin, anda pun tahu tentang perkara ini. Silakan
ReplyDelete“Ulama’ adalah pewaris bagi nabi-nabi"
ReplyDeleteTakkanlah nabi nak mewariskan urusan 7 petala langit dan 7 petala bumi pada manusia. dah tentulah dia pun memilih dari keturunan dia dan tertentu pula, supaya urusan agama terpelihara.
BISMILLAH... SAYA CUBA FAHAMKAN ...
KETURUNAN NABI - TAK SEMESTINYA ANAK2 NABI... SEBAB KELUARGA NABI SEPANJANG PERJUANGAN ISLAM ADALAH AHLUL BAIT... YANG MENERIMA 100% ILMU SECARA TERUS DARI NABI...
URUSAN 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI - PROSES PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM...
TERTENTU - MAKSUDNYA TERPILIH...
INI MACAM CERITA IMAM MAHDI... SAYA YAKIN ADA HADIS YANG MENYEBUT BEGITU...
TELAH BERSABDA RASULALLAH SAW...
SUNGGUH BUMI INI AKAN DIPENUHI DENGAN KEZALIMAN... DAN APABILA KEZALIMAN ITU TELAH PENUH MAKA ALLAH AKAN MENGUTUSKAN SEORANG LELAKI DARI UMATKU... NAMANYA SEPERTI NAMAKU... DAN NAMA BAPANYA SEPERTI NAMA BAPAKU...
HADIS RIWAYAT THABRANI...
SUBHANALLAH...
NABI DAH SPESIFIKKAN SIAPA YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN ISLAM ...
TAPI IMAM MAHDI PUN MANUSIA...
**HADIS YANG DITULIS DIATAS TIDAK DITULIS DENGAN PENUH... SILA DAPATKAN DARI SUMBER2 YANG SAHIH...
Terima kasih kepada saudara 3.45 AM, saya syorkan supaya saudara memiliki ID yang khusus.
ReplyDeleteDi dalam Fiqh Sirah, Sayyid Ramadhan al Buti (Boleh dapatkan terjemahan di kedai), telah menyebut tentang hikmah disebalik Allah mematikan anak-anak lelaki Baginda SAW ketika kecil.
Antara yang disebut ialah, sekiranya anak-anak lelaki tersebut membesar, sudah pasti orang ramai akan mengangkatnya sebagai pengganti Baginda SAW.
Hari ini, kadangkala terdapat golongan yang terlalu taksub dengan keluarga Baginda SAW, cuba bayangkan sekiranya Baginda SAW mempunyai anak lelaki? Sudah pasti mereka lebih taksub terhadap anak lelakinya.
Inilah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh beberapa golongan dalam Syi'ah. Marilah kita sama-sama perbetulkan.
itu cuma andaian... apa urusan allah tak mungkin manusia tahu...
ReplyDeletemungkin syiah pula kata dr fikrah kena diperbetulkan... mereka pun keluarkan kitab2 mereka...
maka demi lawan tetap lawan... dr fikrah dan sunni keluarkan kitab2 mereka... maka berlakulah peperangan membaling kitab...
kitab yang satu... hancur dimakan lipas...
Ulama' pewaris nabi....
ReplyDeleteSila nyatakan tarikh nabi mewariskan wasilahnya kepada yang mengaku dialah pewaris nabi???
Mana jawapanya???
KETURUNAN NABI - TAK SEMESTINYA ANAK2 NABI... SEBAB KELUARGA NABI SEPANJANG PERJUANGAN ISLAM ADALAH AHLUL BAIT... YANG MENERIMA 100% ILMU SECARA TERUS DARI NABI...
ReplyDeleteMacamana pulak keturunan nabi -tak semestinya anak-anak nabi
Boleh tak saya katakan "saya ni keturunan kamu. sedangkan saya langsung tak ada pertalian dengan kamu????
KETURUNAN NABI - TAK SEMESTINYA ANAK2 NABI... SEBAB KELUARGA NABI SEPANJANG PERJUANGAN ISLAM ADALAH AHLUL BAIT... YANG MENERIMA 100% ILMU SECARA TERUS DARI NABI...
ReplyDeleteSaudara sendiri yang mengatakan ahlul bait menerima 100% ilmu secara terus dari nabi.
APA YANG SAUDARA TAHU, MENGAPA TIDAK BERAMAL DENGAN APA YANG SAUDARA TAHU, MENGAPA PULA MENCARI ILMU DARI ORANG YANG TAHU MELALUI BELAJAR DAN BACA????
Kitab yang satu itu tidak akan dimakan lipas sebab kitabullah itu bukan buku dan bukan tulisan. Ia terpelihara untuk sesiapa yang ingin membongkarnya sahaja, dengan hati yang ikhlas bukan ada tujuan untuk duniawi.
ReplyDelete