Monday, May 11, 2009

AHLI PAS DIMINTA TIDAK LEKA DENGAN KEMENANGAN

Sedikit coretan untuk ahli PAS khususnya, umumnya, Pakatan Rakyat. Walaupun saya bukanlah pimpinan PAS, bahkan ahli biasa sahaja, namun, saya rasakan peringatan ini perlu diberitahu untuk difikirkan bersama. Sebelum ini Pilihanraya Bukit Gantang telah menampakkan kemenangan PR dengan hebat ketika itu. Bahkan, kemenangan hari ini juga adalah satu kurnia daripada Allah SWT.
.
Cumanya, sedikit peringatan saya, janganlah anda leka dengan kemenangan ini. Bahkan PR akan menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi setelah menang. Jangan anda leka dengan kemenangan, kerana kesusahan bagi orang yang menang adalah lebih hebat berbanding orang yang kalah. Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW yang telah mengajar kita supaya tidak leka dengan kemenangan.

Perang Uhud pernah mengajar kita supaya tidak leka dengan kemenangan sementara. Sebelum berperang, antara strategi yang telah Nabi Muhammad SAW lakukan ialah dengan meletakkan kumpulan pemanah di atas bukit. Kumpulan pemanah ini berfungsi sebagai benteng belakang yang akan mematikan serangan musuh. Setelah kemenangan berpihak kepada umat Islam ketika itu, maka, kumpulan pemanah ini berasa ingin sama mengumpulkan harta-harta rampasan.

Mereka terlupa pesanan Baginda SAW supaya tidak meninggalkan posisi mereka samada telah menang, ataupun kalah. Tetapi disebabkan mereka terpengaruh dengan cintakan dunia itu, maka mereka turut sama mengumpulkan harta rampasan perang. Akibatnya, tentera Islam terdedah dengan bahaya apabila benteng mereka sudah meninggalkan posisi. Akibatnya, tentera musuh datang menyerbu dan menyerang umat Islam yang sedang mengutip harta rampasan tersebut.

Inilah peringatanku buat sahabat-sahabat seperjuangan. Kemenangan hari ini adalah sementara. Sekiranya kita lari dari posisi kita, maka tentera BN akan menjahanamkan kita. Teguhlah dengan pegangan masing-masing. Jangan kita berubah pandangan disebabkan banyaknya hasil yang kita perolehi daripada kemenangan sementara ini.

Kuasa tersebut sudah dikembalikan oleh Allah kepada kita. Maka sekiranya kita kembali gilakan kuasa, maka tentera BN pasti akan menyerang semula. Lihatlah apa yang terjadi hari ini, unsur-unsur inginkan takhta ini sudah mula meresap di dalam PAS sendiri. Apakah PR akan berkecai kerana ini, sepertimana yang terjadi pada Perang Uhud?

Adakah kewujudan dua puak di dalam PAS hari ini menggambarkan situasi “degil arahan Nabi SAW semasa perang Uhud”? Dengarlah arahan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, dan janganlah ada yang ingin tunjuk hebat. Kelak akan binasa, dan yang tinggal hanya saki baki perjuangan tulen yang dianggotai oleh individu yang sedikit.

Inilah peringatanku, semoga ia dijadikan pengajaran dan diambil manfaat. Lihatlah Sirah Nabi Muhammad SAW yang sedang berlaku hari ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

2 comments:

  1. BN perlu hormat keputusan Mahkamah dan jangan jadi seperti ADUN Pakatan Rakyat terutamanya SIvakumar yang menolak keputusan mahkamah dengan menghalang Zambry dan exco serta 3 adun lompat masuk DUN. Apapun sekarang nak hairan apa? Sultan takkan bubar DUN dan titah buat sidang DUN segera. Speaker Ganeson comfirm terima usul yang akan dibawa untuk UNDI TAK PERCAYA PADA NIZAR. so amacam? makin menarik drama politik perak ni. cayalah. hidop yeop!

    ReplyDelete
  2. Menerima keputusan yang "tidak adil" adalah satu kezaliman,

    Menolak keputusan yang "adil" juga satu bentuk kezaliman...

    ReplyDelete