Tuesday, May 12, 2009

KEWUJUDAN ZAMBRY HANYA MEMBUANG KARAN BN


Karan adalah sumber kehidupan bagi rakyat Malaysia. Dengan kewujudan karan, kita dapat menikmat cahaya lampu pandaflour pada waktu malam, boleh menyeterika pakaian dan sebagainya. Karan ini perlulah digunakan sebaik mungkin supaya ia tidak dibazirkan. Sekiranya ia digunakan sewenang-wenangnya, akan menyebabkan bil elektrik meningkat.

Walaubagaimanapun, sejarah yang telah tertulis di dalam Sejarah Negeri Perak, jelas membuktikan bahawa kewujudan Zambry hanya membuang karan BN semata-mata. BN juga salah satu hidupan yang memerlukan kepada sumber elektrik. Sekiranya tiada elektrik, mereka akan kegelapan, dan menerima kesukaran untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.

Malangnya, karan yang digunakan oleh BN di Perak, telah dibazirkan oleh Zambry dan menyebabkan mereka kekurangan sumber elektrik yang sangat teruk. Sehinggakan Najib tergesa-gesa membuat kenyataan meminta supaya Pakatan Rakyat tidak teruja dengan kemenangan tersebut. Rupa-rupanya Najib pun menyesal kerana telah membazirkan karan BN di Perak.

Hakikatnya, kewujudan Zambry selama ini hanyalah sebagai iklan daripada BN. Seperti seseorang yang sedang menonton sebuah filem yang best, tetapi diselangi dengan iklan. Tetapi Iklan yang menyibuk ini agak menyusahkan! Apa yang Zambry dapat buat selama beberapa kerat bulan ini? Apakah keuntungan yang dapat BN perolehi selama ini?

Iklan yang menyelangi filem tersebut, diusahakan supaya dapat menarik pelanggan, rupa-rupanya penonton filem semakin menyampah melihat iklan yang menyibuk itu. Memang sepatutnya dikatakan “membuang karan”. “Buang karan aku je pasang TV ni…”

Senyuman apakah yang dapat diubati di dalam hati Zambry dan Najib? Rakyat Perak semakin menyampah melihat telatah mereka. Meluat, dan terasa loya apabila mendengar mereka ingin tunjuk hebat sekali lagi. Ya, memang benarlah, Zambry itu adalah si kentut yang cuba tunjuk hebat.

Zambry memberitahu bahawa beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Di sini jelas menunjukkan lakonannya sekali lagi. Sudah kalah, barulah ingin menerima dengan hati yang terbuka! Sedangkan selama ini, sudah cukup dia menyusahkan orang! Hanya mainan mulut sahaja.

Contohnya seperti seorang yang telah merompak, lalu dijatuhkan hukuman terhadapnya. Kemudian dia berkata “saya menerima keputusan dengan hati yang terbuka…” Kelakar bukan? Sekiranya dia tidak berkata demikian lebih elok baginya. Dia sepatutnya dihukum dengan lebih teruk lagi, kerana merompak sebuah kerajaan!!.

Jelas bahawa kehadiran Zambry dalam ruangan iklan bagi senario politik Perak selama ini hanyalah membuang karan semata-mata. Merugikan mereka sendiri. Ia tidak lagi dikatakan kerja sia-sia, tetapi ia adalah kerja yang jahat. Kerja yang sia-sia hanya membuang masa, kerja yang jahat pula ialah membuang masa dan menganiaya manusia! Inilah sebuah iklan yang menambahkan sampah pada muka BN! Maka teruskanlah melempar sampah ke muka sendiri…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment