Wednesday, May 20, 2009

PARTI POLITIK DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW (Siri 2)

Demikianlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW. Maka, untuk menjawab persoalan yang dilontarkan, iaitu tentang parti politik di Zaman Baginda SAW ialah sepertimana yang telah diceritakan. Saya tidak menuduh UMNO itu sebagai munafik, sehingga Nabi Muhammad SAW menyuruh supaya “masjid” mereka dirobohkan.

Parti yang dibentuk oleh Baginda SAW ialah parti yang memperjuangkan Islam. Apakah method parti yang dibentuk olehnya itu? Method di peringkat permulaan ialah melaksanakan tiga perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini. UMNO sudahpun menguasai “pusat” dan mereka hari ini cuba menjatuhkan Islam.

Tidak perlulah saya tulis banyak-banyak tentang bentuk-bentuk penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh UMNO. Anda boleh baca sendiri artikel yang telah saya tulis sebelum ini. Adakah kita masih berdiam diri apabila melihat UMNO merobek-robek ketuanan Islam? Maka tindakan yang sewajarnya ialah membuat parti lain, yang menentang UMNO ini.

Parti lain tersebut perlulah menyelusuri method permulaan hijrah Baginda SAW, kerana di sana terdapat method-method yang dilakukan oleh Baginda SAW untuk membentuk Parti Islam dan mendapatkan kerajaan pusat. Saya ulangi, kerajaan pusat hari ini sama seperti Masjid Nabi yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan di Zaman Baginda SAW.

Maka, kita perlu dapatkan majoriti atau kuasa di dalam kerajaan pusat ini, untuk menegakkan Islam di Malaysia sepertimana Nabi SAW menegakkan Islam di Madinah. Di dalam ruang komen juga ada yang menyifatkan PAS dan UMNO ini sama sahaja, kerana berdaftar untuk berpilihanraya. Persamaan dari sudut yang kecil, tidak boleh disamakan kesemuanya sekali.

Perkara ini akan dijelaskan kemudian. Cuma apa yang ingin diceritakan di sini ialah, sekiranya anda mengatakan bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, lalu anda membuat parti yang kedua, kerana mengikut manhaj Baginda SAW. Adakah cara anda betul? Atau salah? Untuk memberi kefahaman tentang perkara ini, kita perlu melihat, bahawa cara untuk mendapatkan kerajaan pusat adalah dengan pilihanraya.

Maka, sekiranya anda menubuhkan parti lain untuk mengalahkan PAS dan UMNO, akan mewujudkan jutaan parti yang akan melakukan perkara yang sama. Dan saya yakin, orang yang ingin membuat parti baru, adalah mereka yang masih belum memahami perjuangan PAS. Di sini saya sebutkan, bahawa PAS adalah milik Allah. Sekiranya perlembagaan PAS bercanggah dengan Allah dan Nabi SAW, maka persilakanlah untuk membuat parti yang lain.

Tetapi hakikatnya, anda masih belum masak dalam perjuangan PAS, dan masih belum mengenal apa itu PAS. Bahkan anda juga perlu mendapatkan pandangan ulama’ tentang perkara ini. Sekiranya anda sudah sampai tahap ulama’, anda sendiri boleh mempertimbangkannya. Sekiranya tidak, belajarlah dahulu, atau fahamkan dahulu apa yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketika zaman Baginda SAW, golongan yang cuba mewujudkan parti yang kedua ini ialah Abdullah bin Ubai. Dia merasa dengki kerana tidak mendapat kekuasaan, walaupun dia sudah tahu kebenaran Islam yang dibawa oleh Baginda SAW. Dan saya berharap agar parti kedua yang ingin ditubuhkan untuk menolak UMNO dan PAS, tidak mencontohi sebagai munafik itu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

11 comments:

  1. Boleh saya tahu nama parti nabi Muhammad tu apa namanya dan berapa kursi yang dimenagi oleh parti nabi Muhammad itu??

    ReplyDelete
  2. Saya harap Anonymous tidak terkeliru..

    Saya sudah terangkan perkara ini.. Saudara juga kena memahami apakah itu "qias"...

    Insya Allah, kalau ada masa, saya akan jelaskan..

    ReplyDelete
  3. apakah qias itu fakta atau persangkaan...?
    konsep pilihanraya diamalkan oleh empayar ROM...
    pastinya jika yastrib menggunapakai sistem itu, akan terdapat bukti2 sejarah... seperti majlis syura darunnadwah di mekah, ada catatan sejarahnya...

    ReplyDelete
  4. Qias bukan fakta, persangkaan pun bukan. Tapi ia adalah kaedah untuk menyandarkan sesuatu hukum.

    Fakta tentang pilihanraya pd zaman sahabat? Sila lihat al Bidayah wa anNihayah - Imam Ibnu Kathir, Tarikh Thabari, al Kamil Fi at Tharikh dll. Semua ni sejarawan Islam.

    ReplyDelete
  5. jika ada sejarahnya pastinya sunnah perjuangan islam... kenapa tidak pernah di ajarkan dengan jelas...?

    ReplyDelete
  6. Ia tidak diajar dengan jelas, atau anda yang tidak tahu?

    ReplyDelete
  7. jika ada bukti sejarah yang jelas, pasti tidak sukar menjawab soalan ini...

    Anonymous said...

    Boleh saya tahu nama parti nabi Muhammad tu apa namanya dan berapa kursi yang dimenangi oleh parti nabi Muhammad itu??
    May 21, 2009 11:38 AM

    ReplyDelete
  8. Tidak sukar untuk menjawab soalan, tetapi sukar untuk memberi kefahaman kepada anda..

    Nama parti nabi Muhammad SAW? - ISLAM

    Berapakah kerusi yang dimenangi? - Cuba baca artikel dengan baik-baik.

    Kalau saya tanya anda pula, "Kenapakah kamu bodoh sangat?" Perlukah soalan ini dijawab oleh anda? Atau tidak perlu? Fikirkan...

    ReplyDelete
  9. dalam ertikata sebenar tiada jawapan...

    parti islam...? islam itu cara hidup yang menyeluruh bukan label/nama/istilah yang ditampal-tampal...

    saudara cuma nak menegakkan benang yang basah sahaja...

    yang saya tak faham cara perjuangan islam sekarang yang didakwa mengikut sunnah nabi saw...

    jika faktanya salah, bukankah satu fitnah yang besar kepada nabi saw...? sanggupkah saudara menanggung dosanya...

    jika saudara tidak mampu menjawab kenapa saudara tidak bertanya kepada pimpinan pas...? mustahil dengan bilangan ulama yang ramai tiada satu jawapan yang konkrit dapat diberikan... bukan sekadar kias-kiasan...

    saudara bertanggungjawab keatas artikel2 yang saudara tulis, jika maklumat saudara salah, fahamkah saudara akibat kesannya...? mencambahkan kesesatan dari jalan yang lurus...

    walaupun soalan yang diajukan nampak menyindir, mungkin yang bertanya tu tahu apa yang saudara tidak tahu dan menempelak saudara kerana berlagak tahu...

    takkan cubaan yang kecil macam ni pun sudah hilang sabar...?

    ReplyDelete
  10. Janganlah marah Dr Fakir awak tu kan Doktor. Malulah dengan kami tak berapa berpelajaran ni...
    Cuba dr. releks, tarik nafas panjang-panjang...buka fikiran ... jangan terlalu jumud....pastinya dr akan lebih cemerlang mungkin boleh mencapai taraf professor pulak.
    Islam itu agama bukan parti. itulah jawapanya....

    ReplyDelete
  11. Di dalam mantik, kita akan pelajari "dilalah". Maka, saya bertanya, apakah dilalah yang mengatakan saya ini marah? Kalau anda tidak jumud, pastinya anda dapat menjawab soalan ini.

    ReplyDelete