Tuesday, May 19, 2009

KEPADA SESIAPA YANG MERAGUI PERJUANGAN PAS (Siri 2)


Sebelum ini kita telah menjelaskan tentang ilham dan naluri yang menjadi penyebab seseorang itu ragu-ragu untuk melakukan kejahatan, membuat kezaliman dan sebagainya. Setiap manusia dikurniakan naluri untuk merasa “tidak suka” kepada kejahatan, dan perkara ini disedari oleh setiap manusia melainkan mereka yang sudah tidak berperikemanusiaan sahaja. Naluri ini juga adalah kurnia daripada Allah SWT.

Keraguan yang ketiga, ialah keraguan daripada syaitan. Sekiranya keraguan yang pertama disebut sebagai “ilham”, keraguan kedua disebut sebagai “naluri”, tetapi yang ketiga ini disebut sebagai was-was. Was-was adalah keraguan daripada syaitan dan Allah SWT sudah menjelaskan di dalam al Quran di dalam 4 tempat.

Iaitu di dalam ayat 20 Surah al A’raf, ayat 120 Surah Taha, ayat 16 Surah Qaf dan ayat 4 Surah an Nas. Dan setakat ini saya menemui lebih 26 hadis yang menyebut tentang was-was, dan 7 kalam ulama’. Setakat ini sahaja yang telah saya temui. Mungkin terdapat banyak lagi. Kesemuanya menceritakan tentang was-was yang buruk ini.

Cuma was-was yang buruk ini berpunca daripada tiga perkara, iaitu syaitan dari kalangan jin, syaitan dari kalangan manusia, dan hawa nafsu. Di dalam Surah an Nas menjelaskan tentang was-was daripada syaitan dari kalangan jin dan manusia, manakala di dalam Surah Qaf, ialah was-was daripada hawa nafsu.

Kesimpulan daripada kesemua ayat ini, menunjukkan bahawa was-was itu ialah bisikan yang cuba meragukan sesuatu yang benar. Syaitan sememangnya membisikkan manusia supaya meragui sesuatu kebenaran. Bahkan sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nas, bahawa syaitan terdapat dua jenis, iaitu dari kalangan manusia, atau jin.

Maka, lontaran saya kepada mereka yang meragui perjuangan PAS, adakah keraguan anda ini disebabkan ilham daripada Allah, bisikan naluri semulajadi, hasutan syaitan dari kalangan jin, hasutan syaitan dari kalangan manusia, atau hasutan hawa nafsu anda? Saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya.

Saya sudah jelaskan, bahawa meragui sesuatu yang salah itu samada ia adalah ilham, ataupun naluri. Tetapi meragui sesuatu yang benar itu ialah was-was daripada manusia, jin ataupun hawa nafsu. Maka anda sendiri layak mengukurnya. Gunakan ilmu, bandingkan yang mana betul dan yang mana salah.

Dan pesanan ringkas saya, janganlah anda memejamkan mata daripada melihat kebenaran, dan janganlah anda tidak menghiraukan kezaliman yang ada di hadapan mata! Segala-galanya sedang terjadi di hadapan mata anda, segala bentuk keadilan, kezaliman, perjuangan yang benar, perjuangan yang salah dan sebagainya.

Maka, ukurlah sendiri, keraguan anda itu dalam kategori mana satu. Setelah anda mengetahui jawapannya, segeralah bertindak, dan janganlah anda biarkan diri anda dibelenggu keraguan! Segeralah mencari keyakinan. Selepas anda yakin, tidak perlu diragukan pula keyakinan itu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

14 comments:

  1. Maka, lontaran saya kepada mereka yang meragui perjuangan PAS, adakah keraguan anda ini disebabkan ilham daripada Allah,
    Dr. Fikrah!
    Perjuangan PAS adalah perjuangan politik semata-mata tak ada kena mengena dengan perjuangan agama, sama seperti UMNO, PKR, MCA, MIC, iaitu satu kumpulan manusia yang merasakan mereka mampu memerintah negara kearah tuju yang mereka sendiri rasakan terbaik untuk negara. Mana-mana yang diizinkan ALLah atas usaha mereka sendiri maka itulah yang berjaya. Bagi orang yang tak tahu bolehlah kelentong dengan ayat-ayat.

    ReplyDelete
  2. Erm.. pastikan saudara punya kata-kata ini tidak termasuk daripada "keyakinan" daripada syaitan

    Ambil Wudhu' dahulu sebelum lontarkan sesuatu kepada PAS. setiap artikel saya tulis dengan berwudhu...

    ReplyDelete
  3. apakah dengan berwudhu kita akan selamat dari godaan syaitan...?

    sedangkan ketika solat pun boleh diganggu syaitan...

    teringat saya satu kes di johor... apabila seorang calon PAS ingin mengambil rasuah untuk menarik diri dari bertanding... perbuatan laknat itu didahulukan dengan lafaz bismillah...

    ReplyDelete
  4. Macamana saudara katakan wudhuk saudara telah melepaskan saudara dari syaitan, tulisan saudara kebanyakan membayangkan rasa irihati, sakit hati, sombong, angkuh dan banyak lagi. Kalau setakat cuci diluar, mana maunya sedangkan syaitan bertapak dalam hati, macamana nak bersihkan.

    ReplyDelete
  5. berwudhu adalah "salah satu cara" untuk selamat dari godaan syaitan. Tetapi, kadangkala walaupun sudah berwudhu, masih diganggu syaitan, maka, perhatikanlah wudhu itu.

    Di dalam al Quran menyebut, "Solat dapat mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran". Tetapi sekiranya seseorang yang mengerjakan solat, tetapi masih melakukan kejahatan, maka, perhatikanlah solatnya.

    Ketika berwudhu pun tidak dijamin dapat selamat daripada syaitan, apatah lagi sekiranya dalam keadaan tidak berwudhu'?

    Calon PAS menerima rasuah? Sumber manakah kata-kata ini? Entah betul atau tidak. Tetapi, UMNO menerima rasuah, tidak menyebut bismillah, lagi teruk.

    wahai Anonymous yang terakhir, saya mengajak saudara membaca hadis tentang hikmah wudhu lebih banyak. Anda boleh rujuk Shahih Bukhari, Muslim, Kitab Fiqh dah bertimbun-timbun cerita tentang hikmah berwudhu..

    Saya berwudhu ketika menulis kerana mengikut cara ulama' kita. Imam Ahmad, tidak akan meriwayatkan hadis melainkan dalam keadaan kemas, dan berwudhu.

    Imam Bukhari, setiap kali menulis hadis di dalam Shahih Bukhari, mengerjakan solat sunat. Juga dalam keadaan berwudhu.

    Imam Thabari menulis Tafsir Thabari dalam keadaan berwudhu. Bahkan antara adab-adab menulis ialah dengan berwudhu, mengadap kiblat, mengerjakan solat Sunat dan banyak lagi.

    Sila rujuk "Shafahat Min Sabril Ulama'" karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Ghudah, "Siar a'lam Nubala' karangan Imam Zahabi dan lain-lain.

    Maka, saya memilih satu daripada adab menulis ini, semoga dengan cara ini dapat menghindarkan saya daripada syaitan.

    ReplyDelete
  6. beritanya ada dalam harakah... kes dr adham tahun 2004... rasanya untuk menangkan syed hamid albar... calonnya seorang imam... saya lupa nama dan perinciannya kerana saya tidak terfikir untuk berdebat dengan sesiapa... tak kan perkara mungkar seperti ini dilupakan begitu sahaja... tidak disimpan sebagai pengajaran...?

    apa maksud menerima rasuah tanpa bismillah lebih teruk...? adakah kita wajar melafazkan bismillah untuk memberi dan menerima rasuah...? kalau begitu nak berzina pun kena bismillah...?

    saudara ni faham ke apa itu BISMILLAH...? itu lah asas perjuangan islam... berbuat sesuatu hanya kerana allah...

    ReplyDelete
  7. Tulisan saudara hanya berkisar di sekitar amalan syariat sahaja,kerja tubuh sahaja, saudara belum sampai kepada hakikat dan makrifat kerana itu saudara gagal menjelaskan apa itu wudhuk yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul, saudara hanya mengambil tulisan dari orang terdahulu sahaja. Mengapa saudara tidak mengambil ilmu yang ada disisi Allah itu sendiri.

    ReplyDelete
  8. Wallahua'lam. Kes tersebut saya tidak tahu. Tetapi, tidak kira siapa, rasuah tetap diharamkan. Samada membaca bismillah atau tidak. UMNO atau PAS.

    Membaca Bismillah pada asalnya bertujuan membetulkan niat kerana Allah. Maka, tiada perkara jahat yang diniatkan kerana Allah. Saya tidak mengatakan membaca bismillah ketika melakukan kejahatan adalah wajar.

    ReplyDelete
  9. Untuk Anonymous yang terakhir, sila jelaskan apakah yang dimaksudkan denganhakikat dan makrifat. Dan jelaskan tentang hakikat wudhu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  10. Hakikat adalah hak, adakah agama Islam ini hak saudara??
    Makrifat dalah mengenal, sudahkah saudara kenal orang yang punya agama???
    "hakikat wudhu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul."
    Kalau saudara sudah ada syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. tak perlulah saya ceritakan apa itu hakikat dan makrifat wudhu'

    ReplyDelete
  11. Saya juga nak tanya dr fikrah saudara menggunakan ayat-ayat Allah ni dah mintak izin dari yang empunya hak ke???? Kalau belum diizinkan namanya pencuri.

    ReplyDelete
  12. Anonymous 4.17 pm

    Hakikat adalah hak? Salah tu.. hakikat adalah berasal daripada perkata Haq, iaitu kebenaran. Cuba cek kamus.

    Makrifat adalah mengenal? Sebenarnya, saya yang bertanya kepada saudara, tetapi saudara tanya semula kepada saya. Cuba jelaskan dengan baik..

    Anonymous 4.32 pm

    Allah sendiri yang memerintahkan kepada kita untuk menyebarkan al Quran dan Hadis.

    ReplyDelete
  13. P156 kota tinggi 2004...

    syed hamid albar vs abu bakar sakak...

    syed hamid menang tanpa bertanding... abu bakar sakak tarik diri ... info yang berlegar di johor ketika itu calon pas di sogok rm50000 oleh wakil calon umno... dan dalam wawancaranya sama ada dalam harakah atau akhbar pembangkang yang lain (lupa sebab dah lama) ada disebutkan tentang ambil duit dengan bismillah... statement luar biasa itu sahaja yang masih lekat kat otak...

    ReplyDelete
  14. Calon PAS menerima rasuah? Sumber manakah kata-kata ini? Entah betul atau tidak. Tetapi, UMNO menerima rasuah, tidak menyebut bismillah, lagi teruk.

    statement ini pun akan saya ingat...

    ReplyDelete