Monday, May 25, 2009

KEMENANGAN ZAMBRY, AZAB ATAU UJIAN (Siri 2)


Sebelum ini telah disebut tentang azab yang diturunkan oleh Allah SWT dengan kemenangan Zambry. Maka kita harus mendidik diri kita supaya menjadi pejuang yang sebenar. Bukanlah pejuang yang tersilap, tetapi mendakwa dirinya adalah benar-benar pejuang. Akhirnya, apabila ditimpa bencana atau azab, mereka lari lintang pukang meninggalkan kami.

Selain itu, boleh juga kita letakkan kemungkinan bahawa kemenangan Zambry adalah ujian bagi kita. Allah SWT telah menyebut di dalam Surah al Mulk ayat 2, bahawa Allah SWT menurunkan bencana kepada orang-orang yang beriman untuk menguji keimanan kita. Inilah keimanan orang yang berjuang. Anggaplah kita sedang diuji untuk memastikan kita tidak putus asa.

Kadangkala, terdapat dikalangan kita yang merasa lemah setelah berhempas pulas untuk mendapatkan Perak, tetapi akhirnya kemenangan menyebelahi pihak yang salah. Adakah dengan sebab yang sedikit ini kita merasa lemah? Sedangkan kita sepatutnya berasa semangat dan gembira kerana kita diuji?

Kadangkala terdapat di kalangan kita yang mungkin hampir-hampir lupa daripada perjuangan asal, maka Allah SWT menurunkan ujian supaya kita terlupa. Apakah perjuangan sebenar kita? Iaitu perjuangan menegakkan Islam. Kadangkala kita terlupa bahawa berseluar pendek itu adalah membuka aurat. Maka, kita hendaklah berseluar panjang, sekiranya ingin menjadi pejuang yang sebenar.

Adakah kita ingin berjuang di jalan Allah dengan berseluar pendek? Sedangkan Allah SWT menyuruh kita menutup aurat tersebut. Kadangkala kita merasa suka untuk membuang masa dengan melepak. Maka pesanan bagi mereka ialah “Kewajipan anda lebih banyak berbanding masa yang dimiliki”.

Maka, adakah anda masih merasa terdapat ruang untuk melepak? Saya berharap agar semua perkara ini tiada pada diri pejuang-pejuang Agama Allah. Jangan terlupa, kita berjuang dengan kefahaman, bukan dengan semangat dan perasaan, kerana semangat akan hilang, dan perasaan akan bertukar.

Orang yang bersemangat akan meninggalkan perjuangan apabila semangatnya hilang, dan semangat itu pastinya hilang. Begitu juga perasaan. Janganlah berjuang kerana marahkan UMNO, tetapi kita menolak UMNO kerana kita mengetahui bahawa UMNO itu menolak Islam. Saya harap artikel kali ini tidak menyebabkan kita lebih bencikan perjuangan Islam.

Sekiranya kita mengatakan bahawa “Salahkah aku berjuang tanpa mengerjakan solat? Atau berjuang dengan berseluar pendek? Atau mencarut dan sebagainya?”. Maka saya harap tinggalkan ia sebelum ia menjadi penyebab kekalahan Islam buat masa ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 comment:

  1. Kemenangan Zambry akan jadii rahmat kalau dia bagus mentadbir Perak dan akan merugikan kalau di gagal menguruskan Perak.....

    ReplyDelete