Monday, April 20, 2009

BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK (Siri 2)

Sebelum ini telah dicatatkan beberapa sejarah tercetusnya Perang Tabuk. Setelah kedua-dua pihak membuat persiapan, lalu masing-masing menuju ke Tabuk untuk berperang di sana. Di Malaysia hari ini, masing-masing sedang menuju ke mana-mana Dun yang kosong untuk menguatkan jentera masing-masing.

Tabuk adalah kawasan yang begitu jauh dengan Mekah, dan persiapan ketenteraan Islam agak kurang. Umat Islam yang keluar menuju ke Tabuk, seramai 30 000 orang, dan menyebabkan kelengkapan perang berkurangan. Seekor unta ditunggangi oleh 18 orang secara bergilir, dan unta-unta tersebut ada yang disembelih di pertengahan jalan, sebagai bekalan.

Berbeza dengan tentera Rom. Mereka mempunyai kelengkapan yang cukup, seperti baju besi, kuda dan sebagainya. Manakala Islam pula, terpaksa menuju ke Tabuk yang sangat jauh kedudukannya dari Kota Mekah. Sekiranya diukur dengan akal, kita akan berkata “agak susah bagi Islam untuk menang kerana mereka terpaksa berjalan jauh dalam keadaan kekurangan bekalan. Apabila sampai, sudah pasti ada di kalangan Islam yang lemah”….

Inilah ukuran akal kita. Sama sahaja sekiranya kita mengatakan “PAS terpaksa mengutip dana daripada sumbangan ahli-ahli mereka. PAS payah untuk mendapat permit ceramah untuk menguatkan kedudukan…” Ini juga ukuran mata kita. Tetapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Ketika Baginda SAW sampai di Tabuk, mereka berpusat di kawasan berhampiran. Mereka bersiap sedia di situ untuk menentang Rom. Baginda sempat memberi ucapan kepada tentera Islam supaya tidak melihat kepada material semata-mata. PAS hari ini juga diingatkan supaya tidak berjuang untuk merebut material seperti duit, pangkat dan sebagainya.

Setelah mendengar berita ketibaan tentera Islam, Kerajaan Rom agak takut. Mereka takut disebabkan takjub dengan kesungguhan umat Islam. Sudah lah berjalan kaki berbatu-batu, kekurangan makanan, kelengkapan perang tidak mencukupi, tetapi masih sanggup menentang Kerajaan Rom, yang besar itu.

Mereka tidak berani untuk mara ke hadapan kerana bimbang bertembung dengan Islam. Lalu mereka berpecah-pecah ke sempadan negeri. Mereka merasakan bahawa menarik diri itu lebih menyelamatkan keadaan mereka daripada ribuan tentera mereka terbunuh. Seorang pimpinan Rom datang berjumpa Rasulullah SAW untuk memeterai perjanjian (tidak berperang) dan bersetuju untuk mebayar jizyah.
.

Di Malaysia juga berlaku perkara yang sama. Barisan Nasional telah menarik diri daripada peperangan pilihanraya Penanti. Apakah sebabnya? Adakah mereka takut dengan kesungguhan PAS atau mereka tidak ingin untuk melihat PR mengamuk lagi di Penanti sepertimana yang berlaku di Bukit Gantang? Mungkin juga mereka tidak ingin melihat kemenangan PR di Penanti sebagai satu “menang mewah”.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment