Monday, May 18, 2009

ANDA BOLEH MERAYU SUPAYA DITANGGUH, TETAPI, KEMATIAN TIDAK BOLEH

Sedikit peringatan berguna buat Zambry anda The Gang, termasuk Najib sekali. Sebelum ini, anda telah berjaya menangguhkan jawatan Nizar sebagai MB sebanyak dua kali. Tetapi anda jangan lupa, kematian anda kelak, tidak mungkin dapat ditangguhkan walaupun sesaat. Allah SWT berfirman
.

Apabila datangnya ajal mereka, tidak akan dilewatkan sesaat, mahupun diawalkan (Surah an Nahl : 61)

Wahai Zambry and The Gang, anda boleh merayu kepada mahkamah supaya jawatan MB ditangguhkan sedangkan ia adalah perkara yang wajib (akan dijelaskan). Tetapi, kamu perlu ingat, ketika kamu hampir mati kelak, kamu tidak dapat merayu supaya ditangguhkan. Maka, apabila kamu mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat, kamu akan menyesal, dan sesalan tersebut tidak berguna.

Allah SWT berfirman
.

Apabila datang kepada mereka kematian, orang itu berkata : “Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di dunia). Supaya aku dapat mengerjakan amalan-amalan baik terhadap apa yang telah aku tinggalkan (Surah al Mu’minun : 98-99)

Inilah kata-kata manusia yang menyesal sesudah kematiannya. Apabila mereka mengungkapkan kata-kata tersebut, Allah SWT menjawab :
.

Tidak mungkin (aku akan kembalikan)!! Sesungguhkan itu hanyalah omongan kosong (yang sia-sia) sahaja, sedangkan di hadapan mereka adalah alam barzakh (yang mereka kekal di dalamnya) sehinggalah mereka dibangkitkan (Surah al Mu’minun : 99)

Inilah Firman Allah SWT terhadap mereka yang meminta supaya diberi peluang untuk hidup semula di dunia untuk buat kebaikan. Tetapi malangnya, apabila rayuan yang sama dibuat oleh Zambry kepada mahkamah, “mahkamah, kembalikanlah aku ke pejabat SUK walaupun sebentar, aku ingin buat kebaikan…”.. Mahkamah bagi sahaja.

Ataupun Zambry meminta kepada mahkamah supaya ditangguhkan walaupun dia sudah pun bersalah. Mana mungkin seseorang yang sudah sampai kematiannya, boleh meminta kepada malaikat pencabut nyawa, “saya membat rayuan supaya ditangguhkan kematian ini..”, tetapi malangnya, mahkamah hari ini masih belum sedar.

Wahai Zambry, kamu boleh merayu, merasuah dan memaksa manusia. Tetapi kamu tidak mungkin dapat merayu untuk dilambatkan kematian kepada Allah. Kamu juga tidak dapat merasuah malaikat maut supaya melambatkan tempoh kematian sepertimana yang diperintahkan oleh Allah. Kamu juga tidak dapat memaksa malaikat untuk tidak mencabut nyawa kamu.

Maka hari ini kamu berseronok, tetapi kelak kamu akan menderita. Ketawa kamu hari ini akan disudahi dengan linangan air mata yang tidak berguna. Sesudah mati, tidak guna penyesalan. Lebih baik menyesal sebelum penyesalan tersebut tidak berguna!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment